Isnin, 10 Januari 2011

Ubat Gigi Untuk Gigi Sensitif

dah macam2 ubat gigi aku test sejak kali pertama aku memberus gigi. masa kecik2 dulu of coz la jenis ubat gigi dah ditentukan mak bapak. yang aku ingat;-

  • close-up. ada kaler hijau dan merah. macam jelly jek.. hehe tapi pedas la
  • darkie. sekarang nama darlie. hahaha tukar nama kan sebab darkie macam pakai ubat gigi berdaki je..kekekeke.
  • colgate - pergh aku siap masuk ahli kelab colgate tu..dapat majalah, badge..suka...

kemudian semakin banyak ubat gigi di pasaran..aku pun sejak dah meningkat ni gigi aku makin sensitif pulak. dulu rajin jumpa doktor gigi untuk buat scaling. la ni ak buat appointment tu yang "rajin"...

so aku cuba Pearl White - kengkonon nak hilangkan gigi kuning. aku hantu teh dan nescafe. sekian.

kemudian aku cuba pulak ubat gigi cosway - special toothpaste from ancient China herbs. sekali rasa macam makan rumput..hehehe tapi gusi aku kurang berdarah la lepas tu.kagumla... harga pun mahal jugak.

La ni aku guna Zact pulak sebab kengkonon nak kurangkan kuning gigi. argh kekadang nak je baut rawatan tapi bila fikir ongkosnya aku sabar balik. Ok aku tunggu je Yuhana lepas ijazah kedoktoran dalam pergigian dia jelah...

aku alah Colgate - terus berdenyut gusi aku lepas guna.. nangis satu hari...

korang pakai apa?

2 ulasan:

  1. salam
    kecik dulu mak pakaikan kolget
    sudah besar beli sendri darlie
    skrang pakai arang..hehehe

    BalasPadam
  2. umah aku pakai colgate ok..tp ada gak standby fresh n white...ada yg takleh colgate...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.