Rabu, 12 Januari 2011

Panas Dalam Badan

Last friday makan mee goreng Ulfa waktu breakfast. aku rasa masinnya. Ping cakap aku panas dalam. aku rilek lagi...

pagi sabtu tu dah sah2 panas dalam badan aku pasang surut. aku rilek lagi. minum teh o lemon. tak mahu pergi jumpa doktor. aku rasa rugi dan mahal la doktor private ni. tahun lepas beberapa kali aku jatuh sakit. beratus2 duit aku habis. ngeng...aku rasa nak jumpa doktor government balik. aku suka doktor kat poliklinik Tanglin KL. best..walaupun lama menunggu giliran. sebab ubat dia bagi lagi mudah sembuh. Ye, Allah yang tentukan sihat sakit kita, tapi mencari ubat ialah usaha, kan?

so masih lagi tak baik2 sehingga petang semalam dah ok sikit akhirnya....aku pun melawan dan minum air cap 3 kaki. air cap badak. Ann yang bagi dulu2. aku simpan baru minum je tahun ni. alasan aku ngeri nak taste air tu. haha sekali maca, air mineral je daaa..

petang tu jugak Aishah datang nak bagi kad kawen dia, tahniah dik. akak jugak yang belum sampai jodoh. tapi Acu, memang penyabar dalam perhubungan beliau. apapun kita berserah pada Allah. kata kak Aya, baca ayat 4 surah Yusuf, semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

3 ulasan:

  1. salam
    alhamduliLLAH dah OK. kalau saya pulok, ada simpton2 nak demam ni selalu beli air 100plus berbotol2..jarang sekali gi klinik/makan ubat walaupun ada klinik panel. tapi tahun 2003 pernah kene injection. tu demam paling teruk.

    BalasPadam
  2. surah yusuf ayat 4 yea..ok, huhu good info

    BalasPadam
  3. jinkamen, saya pernah hampir kena denggi memang kena cucukla time tu siap masuk air 1 botol...

    delarocha, amalkanlah ye....senang je nak hafal pun...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.