Thursday, January 13, 2011

Contest Aku Dan Kereta -Ku...bukan kereta orang lain

internet buat hal. aku pun bengang gak. tapi aku sabar je. aku pun pergi blogwalking bila dah laju. pergi tengok blog Acu. sekali acu ni bergaya dengan kereta dia...sekali masuk contest. tapi aku tak kisah lagi. baca dia punya entry mak aiiii acu ni gila aksesori kereta rupa2nya. ku sangkakan acu begitu lembut..hehe padahal baru jumpa sekali je kat Ice Room..ehehehe. oklah dah kena TAG meh la nak jawab...

syarat2 pertandingan maya...heheh

  1. kena jadi follower didot n lurve shoppe - done
  2. letak gambar banner kereta didot dan didot kat side bar - done
  3. buat entry pasal contest dan buat karangan syok sendiri pasal kereta memasing - done
  4. tinggalkan link entry dekat blog didot - done
  5. tag 3 org rakan - aku mahu tag Mimy, Ann & Hanim...hahaha nasibla kawan2 ye...suka suki ajer..
ok tarikh penyertaan dari 9th January - 14 February 2011. hadiahnya rahsia sebab didot & suami nak surprise. takpe...aku nak cerita gak pasal kereta aku neh.

aku beli kereta ni May 2008. puas jugak menabung.. buat bajet jugak. kereta maintenance tinggi wor...pump minyak kau mampu, nak servis tak mampu memang sadis la...

disebabkan aku dah lama ambil lesen kereta, sekali bila nak bawa kereta sendiri 2 minggu demam. hahaha..percayalah....mula2 aku kerja parking kereta dekat rumah kawan aku. sebab aku kan menggigil lagi. so pergi kerja naik bas ataupun tumpang kawan aku ni. balik pun sama. hahahah..bila free time aku drive la kereta ni buat habis minyak dan test drive la...dah lama2 tu aku angkut jugak parking kat area rumah sewa aku. silap...bilik sewa. dah tentulah kereta tu parking luar rumah, ko agak2la aku nak parking dalam bilik pun.

bila dah boleh bawa dengan yakin, makin panjangla perjalanan kereta aku ni. sampai ke Kota Damansara aku merayap2.apasal ke sana? aku punya kereta, suka hatilah nak bawa. kereta aku ni auto, senang. yang pasti tak dimekapkan langsung. sebab aku tak mahu kereta ni jadi "idaman" orang lain pulak. baik dia stay at basic je..hehe..eh eh kereta aku ada nama la.BABY ok. panggil dia baby sebab mak dia ni baru mampu keluarkan dia dari kilang Perodua Myvi setelah bertahun menabung dan berhempas pulas mencari rezeki. susah nak besarkan anak tau.

setakat ni kereta aku dah mencecah 43k mileage dia. ah sikit je kan.. Negeri2 yang aku dah sampai Perak, Penang, Terengganu, Kelantan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan (Selangor of coz la kan..kata keja kat sini2, Pahang rumah mak aku..mestilah balik selalu..yeay...) yang belum sampai Kedah, Perlis. tak mungkin sampai Sabah & Sarawak. KL & Putrajaya persekutuan yang aku selalu bersekutu dengannya..hahahahaha..

okla korang mesti nak tengok aku dan Baby kan. mengaku jelah, dah namanya contest mestilah bergambar walaupun lately ni aku dah malas nak entry bergambar.

Dari Kuala Terengganu
sampaila ke Penang aku drive....hehehe tapi bukan dalam 1 hari la...

every year aku sentiasa ada je agenda nak berjalan2. ok semua siapkan baju kita travel lagi..bulan March or June pergi Singapore. ok nak drive. ok gila? parking mahal dowh. nanti aku fikir lagi sekali.
Previous Post
Next Post

About Author

5 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.