Isnin, 3 Januari 2011

Perempuan Kongsi, Lelaki Ikut Turn

bagaimana anda bayar bil bila makan bersama kawan2 perempuan? soalan ini untuk kaum perempuan.

jawapan aku; share bayar. kalau seorang tu dah bayarkan dulu, bila keluar nanti kena calculate lagi share sama rata tak kira kau makan apa..except kau gatal2 nak makan steak yang harga RM50 ke atas! begitulah acara bayaran aku dengan my girlfriends.

bagaimana pula kalau ada lelaki bercampur dalam group makan?
jawapan aku; still share bayar. tak kuasa nak belanja boyfriends..hehehe..

tapi aku tahu lelaki kalau makan ramai2 dengan kawan2 dia, mesti bayar ikut turn. hari ni kau, esok aku...mereka takde kaedah share. bagus kan..

tapi aku tahu juga ada kawan2 laki yang kena paw tiap2 hari dengan orang yang sama. asal turn si kaki kelepet ni mesti dia tertinggal duit atau buat muka sedih macam tak makan 8 hari...-aku dah perna tengok orang macam ni..itu pasal perempuan tanak bayar ikut turn. settlekan semua masa tu juga. takde yang cakap2 belakang..

korang macam mana?

~tapi kalau teman istimewa anda belanja makan setiap kali keluar, anda rasa malu ke tidak? rasa terhutang budi ke tidak? ke rasa best je setiap masa.....tak pernahnya nak menghulur seringgit dua ketika dia tak cukup duit kecil nak ngamkan harga kat bil? ni soalan kat perempuan juga. aku tak tahu kalau kat luar sana perempuan yang taja lelaki makan setiap kali keluar dating.

8 ulasan:

  1. Kak Azie tetap setuju cara pertama. Bayar sendiri sendiri. Kita sebut “A-A” means Sendirian Berhad.

    Kecuali ada orang nak belanja plak, kita sebut “Ada penaja” dan jika ada gathering yang takleh tahu sapa nak belanja lak, kita sebut “Tong-Tong”

    Kita kena ikut resam.... supaya adil dan tak mengata belakang.

    BalasPadam
  2. salam
    ini sebenarnya masalah pada saya.sebab ada sorang kat opis ni jenis makan nak ramai tapi bayar tak mau. last-last kitaorang pernah kenekan dia..bila nak bayar, bangun sekali tapi sorang kononnye terima panggilan telefon..sorang nak pergi toilet..sorang nak aih kereta..dia terkena..semenjak ari tuh dia tak ikut kitaorang dah..sebab kitaorang bertiga makan bayar gilir2 ataupun share

    BalasPadam
  3. aku ngan laki aku...kalau makan hebat best duit aku...sbb di dah bagi aku duit dapur tapi aku tak masak..so dah jadi tanggungjawab aku bg dia makan kenyang...

    BalasPadam
  4. jinkamen; wah hebatla boleh buat macam tu. bagus gak ajar sikit si muka tembok ni. padan muke..hahahaha

    BalasPadam
  5. acu dengan BFF acu bayar ikut turn
    kalau dgn BF pulak sesekali acu belanja dia makan jugak terutama bila ari istimewa dia..

    BalasPadam
  6. salam kenal dari saya. saya dtg dari info mengenai ice room. jom tukar link, cerita dan pendapat. sudi2 le follow saya plak eh.

    bila dah jadi geng alam maya, teringin nak wat pertemuan blogger di ice room...

    BalasPadam
  7. acu; yelah kalau dah besday kan..heheh

    Nm02; salam...eh mane2 tempat pun boleh buat perjumpaan. set tempat, jumpa borak, ambik gambar kemudian blog. hehe

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.