aku ni dah lama tak pakai moisturizer. katanya kerja dalam bilik berhawa dingin. harus kulit aku kering2 lepas dah solat zuhur - aku malas nak sapu krim balik. oklah aku patut cerita aku pakai apa sekarang. gatal2 tukar produk lepas nutox aku dah habis. disebabkan aku tak berpuas hati dengan hasil nutox..mahulah aku tukar...yelah aku dah pakai 8-10 bulan hasilnya macam biasa je....baik aku tukar.
dah aku nak citer pasal krim Dermagic by SimplySiti memang tak boleh. sebab aku baru je beli hari ni. hahaha.
sabar..resultnya pasti aku beritahu selepas aku guna pek percubaan. yer harga per percubaan ialah RM23.90 di Watson. ye SimplySiti ada kat Watson je setakat yang aku nampak sekarang ni.
| warna ungu ni sebenarnya cantik lagi tapi SE aku dah buta warna... |
| ini serum 8ml |
| ini moisturizer 8ml |
secara peribadi..aku ni memang susah sikit nak guna barang kosmetik tempatan. tapi Dato' Siti ni berusaha nak tembuskan pasaran untuk berlawan pulak dengan lambakan produk tempatan & antarabangsa, maka tentulah perlu banyak wang dilaburkan untuk R&D - research & development. dan dermagic ni made in Korea ok...
aku tak pernah guna barang make up SimplySiti tapi aku memang teringin nak cuba dermagic ni pun salah satu sebab asyik tengok iklan je. pulak2 produk ni untuk anti-aging. gitu katanya aku ni beza 2 tahun dengan Dato' Siti. for this usaha, Dato' Siti, i bangga la nak cakap u satu daerah dengan i.
aku ni memang payah sikit nak suka kat orang terutamanya artis. hehe.. selepas Chef Wan yang sekampung FELDA dengan aku jadi Celebrity Chef, oklah aku nak berbangga sikit dengan Siti dengan produk SimplySiti. yay.













