Sunday, March 11, 2012

Photos of World Kidney Day Run 2012

Kidney Day disambut pada 8 March setiap tahun di seluruh dunia.  bersempena dengan sambutan hari buah pinggang sedunia ni, diadakan larian untuk mengutip dana bagi tujuan amal.

seawal jam 630am dah sampai di dataran merdeka. jadi dapat parking dengan gembira.
 
 
 

buat2 senaman panas badan mengikut rentak instructor dari Fitness First. kemudian tak sampai 5 minit dah masuk line. aku memang berjalan je since last running masuk January. harusla aku pancit. ini pula 1st time aku masuk 7km. penatla wei sampai Bukit Tunku tu..lepas tu patah balik. aku macam dan nak give up sebenarnya. in the end aku teruskan juga, kuatkan semangatla.

di akhir larian dapatla medal dan sijil penyertaan. kalau zoom betul2 medal ni berbentuk buah pinggang. lepas tak dapat minum milo sebab dah habis, kitorang bali aje. lepas tu barulah nak belek2 acara..rupanya ada cabutan bertuah. takpelah dah tak larat sangat2. 

terus pergi makan nasi lemak Chawan di Bangsar. kemudian kelam kabut balik rumah sebab nak bersiap pergi jumpa Dina. 4 tahun sekali sambut birthday anak buah aku ni. sian.
Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

  1. member aku pun lari sama tempat macam ko

    ReplyDelete
  2. 29 feb ye dina, takpelah...happy belated birthday

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.