Balik nak tidur je.
Makan malam kat depan Wisma RKT. Aku makan cucur je.
Hari ni agak Stressed. Dengan audit, dengan rakan sekerja, dengan supervisor.
Ya Allah pada kau saja aku mengadu. Bahawa kadang2 aku dah tak mampu hadapinya.
Bersyukur padaMu kerana diberi kenikmatan hidup bersama seorang yang amat memahami perasaanku. Lebih2 lagi di saat2 ini.
My other half, Adzman, thanks for being so supportive, .....and let the special words we understood just between us.
Heyyy dah masuk minggu ke-2 aku selsema dan batuk makin menjadi waktu tidur malam.
Hari ni pergi klinik Lourdes je. Kena bebel sikit dengan doktor. Haha. Sebab aku makan ubat sebelum ni tak ikut turutan jadi lambatla sihatnya.
Tak pasal2 kena minum ubat batuk. Itulah makin menjadi pula sakit time dah sarat ni. Adalah tu dosanya... semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Amin.
Hari ni last day Zcat berkursus. Kami masih lagi disediakan makan tengahari. Which is ianya lebih sedap dari hari-hari sebelumnya.
Check out lambat sikit sebab makan dulu. Zcat punya kursus pun habis jam 1230pm. Kan ke lambat tu. So aku dah santap dulu. Lapar.
Tengah nak keluar tu dapat call dari receptionist kata kami kena denda RM100 sebab lambat. Masa tu jam 1:15pm. Aku yang jawab call kata ok je. Sebab company Zcat yang bayar semua. Jadi kami takde bagi apa2 deposit pun. Aku pun pertama kali hadap situasi macam ni. Sebelum ni aku ke hotel lain tak pernah pula diingatkan macam tu sekali.
Secara keseluruhan ikut pengalaman aku yang tengah sarat ni...hotel ni..
aku letak 3 bintang. Lobby panas. Pantai jauh sikit. Tepi kolam renang kawasan park boat.
kami dapat bilik dengan 2 katil super single dan satu katil tepi tingkap which is kami guna letak telekong dan kain pelekat je. Nak baring atas tu takdela bila tengok kaki katil tu..halus jer..
toiletries boleh tahan. Sabun wangi gak tapi aku tetap guna shampoo dan conditioner sendiri. Rambut kami sensitif. Eh kulit kepala kami. Berus gigi pun tak guna diorang punya. Ada la juga shower cap, cotton buds, sanitary bag, dan sabun ketul. Tak faham bagi conditioner 3 botol shampoo 1 botol je.
Yang lain dari segi kebersihan ok. Cuma takde pili dalam shower. Pili kat toilet je.
Makanan sepanjang kursus pun sedap je. Cuma disediakan teh kopi air kosong je.. air jus waktu breakfast je. Tu pasal bila balik KL kami terus pergi KLCC cari air jus sedap.
Overall hotel ni untuk kursus sesuai kot. Nak bercuti takdela nak ke sini. Sebab pantai jauh. Camner nak mandi laut kan. Takat mandi kolam renang je..
Tapi bagi sesiapa yang suka untuk bercuti kat sini terpulangla. Ini pendapat aku je sebab aku kalau dah duduk hotel tepi pantai mestila nak jalan2 tepi gigi pantai. Cuma time pergi ni aku tengah sarat dan tak sihat pulak bantai tidur jelah.
Zcat masih dengan jadual kursus yang padat. Aku pulak asyik terbaring kat katil. Alhamdulillah sakit pun dah nak baik.
Waktu Zcat pergi kursus aku tengok tv, main game solitaire atau ice age. Pening. Haha.
Gambar2 yang awesome sangatla konon kat kamera godang Zcat. Dia lak ke hulu ke hilir dengan kamera tu. By the way ada satu benda yang menarik perhatian aku kat sini.
Aku tak tahu ada banyak private boat. Bila dah keluar ke dewan makan baru nampak. Zcat la yang beria tunjuk melalui kamera. Ku ingat mula2 lawak je. Rupanya betul2 ada!
Aku bukan peduli dengan boat ni. Cuma ada satu nama boat yang menarik perhatian. Boat big boss. Dah tampal iklan nak jual pun. Aku tergelak dan teringat betapa banyak wang telah dihabiskan untuk maintenance boat ni. Baguslah jual. Membebankan kot.
Masuk kerja hari ni walaupun tak sihat sepenuhnya. Audit nak kena hadap. Payment nak kena buat. Filing nak kena susun. Aii macam2.
Aku mampu buat audit pun takat sampai jam 6pm. Takdela nak stay cam zaman anak dara.
Dapat call pulak kata ada staff bawa makanan non-halal dan simpan dalam fridge? mungkin juga dah re-heat guna microwave. Aku sekadar email pada kawan2 seagama. Maklum sekarang majoriti bukan seagama.
Kadang aku terfikir tahap sensitiviti diorang ni. Maybe diorang tak peduli pun. Walaupun share span pencuci dan sudu garfu?
Er er.. bab ni yang aku malas. Karang ada yang bawa span sendiri..
Setahun dah tak tengok wayang. Last time tengok The Hobbit tahun 2012. La ni dah tahun 2014 baru nak tengok The Hobbit 2nd.
The Hobbit pun dah sebulan ditayangkan. Jadi tak semua panggung tayangkan. Maka kami ke GSC Signature kat The Gardens.
Tak tahulaj apa kisahnya kali ni. Tak ambil pot. Tapi yang pasti sebelum tengok wayang jam 1035pm nanti kami nak sisip pepermint tea 1 pot.
Dengan berpandukan majalah PaMa edisi January 2014, aku dan Zcat ke One Baby World untuk mendapatkan barang keperluan bayi dan ibu pada harga yang murah. Sempat juga aku tunjukkan pada kawan di ofis yang dah berpengalaman membeli barang bayi.
Mula2 pergi 1 January kedai tutup di Taman Permata. Kemudian 11 January cuba pergi di cawangan Shah Alam Seksyen 13. Oh buka. Muka happy. Kepenatan balik dari maternity check up, tetap aku nak pergi juga.
Kalau mengikut majalah tu harga jualan amatla berbaloi selepas diskaun dan hadiah sampingan. Aku cari2 kat rak macam takde je.. alamak dah habis ke... rugi besar ni. Selepas bertanya rupanya mereka akan ambilkan satu2. Bukan dah dibungkus siap2. Oklah...
Aku rasa kalau orang tak tahu yang OBW ni tengah buat sale mesti mereka rasa rugi. Sale sehingga 31 January 2014.
Nilai barangan yang kami beli tu mencecah lebih RM2800. Tapi kami hanya bayar RM1370. Breast pump Medela je dah RM1499. Kan untung tu. Yang lain aku tu harga pun ratus dan puluh la. Pembelian ini termasuk sterilizer, ice pack, 10 botol penyimpanan susu, beg botol, breast padding dan nursing bra.
Hadiah sampingan insuran Zurich bernilai RM10,0000 tapi aku belum daftar online lagi. Ada receiving blanket, drying rack dan voucher. PWP lebih RM100 dapat pula beli barang2 lain dengan harga murah. Erhhhhh...
Oh dah beli lebih RM500 boleh jadi ahli dan dapatkan diskaun 25% untuk next purchase. Tapi kena daftar online dan lepas 3 minggu baru aktif. Untuk lebih lanjut dapatkan majalah PaMa bulan Januari ye. Sebab aku tadi baru pergi Manjaku di Bandar Baru Bangi memang tak dapatla harga penjimatan tak ingat ni..
Yup jadi rambang mata tengok barang. baby ni. Haha. Itupun sempatla aku beli lagi sikit barang untuk dibawa dalam beg pergi bersalin nanti.
Hmmm masih ada list belum beli. Tapi hari ni baru basuh pakaian baby.