Ahad, 11 Januari 2015

20 Rabiulawal 1436

Hari ni renew Cosway membership dan borong hampir RM200 nilai barang tapi bayar tak sampai RM100. Sebab apa? Sebab memang bila renew kita layak dapat diskaun 50%. Cuma rugilah tahun lepas RM500 nilai barang tapi aku beli sikit je sebab time tu dah sarat. So mostly yang aku borong ialah toiletries especially for Aqlan. Macam bottle cleanser dia la..

And then akhirnya tercapai hasrat beli selipar jamban untuk kegunaan di pejabat. So bolehla buang yang dah putus sebelah tu. Beli di AEON Quill Mall ada members day so dapatla voucher RM20. Beli barang Aqlan juga yang banyak. Handbag tak dapat. Sedih warna terakhir itulah yang display. Ku berkenaan electric blue nanti nak match payah sikit. So nak ambil hitam dah tinggal display je. Kecewa.

Perfume? Ah beli online jelah.

So sebenarnya kat Quill Mall tu surau harap surau AEON jelah?

Ok nak cek beg tu ada tak jual online..

Sabtu, 10 Januari 2015

19 Rabiulawal 1436

Kesian Aqlan kena gigit dengan pijat. Bengkak tangan dia...

Disebabkan tidurnya terganggu dia bantai tidur petang lama. Sudahnya jam 4 petang baru kami keluar cari lunch. Gigih lunch di Bandar Baru Bangi sebab nak shopping di Minaz.

Selepas makan di Jemari baru pergi Minaz So dah jam 5 petang dah terlepas happy hour ada diskaun tambahan. By the way tengok yang baju untuk happy hour tu tak berkenan sangat kat mata ni.

Aku cuba sehelai pakaian je. Terus nak. Dan yang itulah helaian terakhir. Nak pakai pergi mana pun tak tahu lagi. Maybe outing tak pun kenduri kahwin. Haaaa aku pun tengah tunggu seseorang ni bagi aku kad jemputannya. By WA dah dijemput. Hihi.

Kemudian ke Bangi Gateway sebab nak tengok Tudung People. Ermmm Sudahnya minum dan makan kek je. AZRAA FLUER dah tinggal size M je. Tengok material kain pun tak kenan.
Kek lobak kegemaran Zcat

Nak cari puting susu Aqlan pun tak jumpa yang diperlukan. Dah habis jenis yang aku nak.

After tapau pastri balik jelah....

I am happy with this material.

Jumaat, 9 Januari 2015

18 Rabiulawal 1436

Sampai lewat ke office hari ni. Jam 9.19 pagi. Hujan dan accident reported ahead kata makcik Waze.

Jam 2 petang ada seminar GST lagi. Topik tak berkenaan dengan scope kerja aku tapi dengar jelah. Dah disuruh pergi. Sekali ha kau keluar macam2 perkataan baru untuk aviation industry. Aku tahu akaun ni complicated sikit.
standard rated
exempted
zero rated

Ok done. Sudahnya topik untuk financing for property dibuat lain kali je. Adoi.

Yang pasti GST boleh dikenakan kepada company yang mendaftar GST sahaja iaitu due date dia dah due pun 31 Disember 2014. Every lewat day kena denda RM10 kalau tak silap kata auditor tu.

Jualan melebihi RM500,000 setahun je ye. Kalau RM499,999.99 tak kena GST dan tak boleh kenakan pelanggan atau end customer.

Bagaimanapun sekiranya jualan selepas 1 April 2015 mencapai RM500,000 setahun maka dia boleh dikenakan GST tapi mesti mendaftar. Sebab tu pendaftaran GST tetap digalakkan.

Ok cukuplah pasal GST dulu. Nak ingat ilmu baru ni perlu latihan hari2.

Petang sampai rumah pun dah maghrib. Kemas rumah sikit basuh baju dan balik Puchong. Ada mertua. Rindu cucu.

Khamis, 8 Januari 2015

17 Rabiulawal 1436

Masuk kerja dah kena pergi seminar GST run by PKF di tingkat 9. Pusing kepala kejap.




Jam 10.30 pagi ada tea break. Dan sambubg semula jam 2 petang. Mengantuk juga walau dah bergelas minum Nescafe.

Balik ambik Aqlan hujan. Tapau nasi goreng kicap je.

Penat kepala ni beratur dalam kepala perkataan baru untuk GST.
Standard rate
Zero rate
Out of scope
Exemption

Tiba2... kenapa aku ambil accounting course. Kenapa?

Dah jangan nak menyesal. Hadap je.

Rabu, 7 Januari 2015

16 Rabiulawal 1436

Pagi2 selepas hantar Aqlan kami beli kuih didepan rumah pengasuh. Sambil meredah jammed sambil makan karipap, kuih badak, keria, kuih bom dan kasturi.

Jalan masih lapang jadi selamba je naik AKLEH dah jam 8.42 pagi.

Balik kerja masak. Wahhhh dah lama tak masak penne carbonara. Aqlan ditidurkan papa dia so senangla aku nak memasak kalau tak memang melekat jelah budak kecul tu ajak main.

Lepas makan tunggu kain pulak siap dibasuh untuk disidai. Aku memang sidai baju dalam rumah sebab kat luar banyak anjing yang suka buang najis merata-rata.

Selasa, 6 Januari 2015

15 Rabiulawal 1436

Ok hari kedua bekerja dalam tahun 2015. Macam biasa tak datang kerja penuh meja dengan nombor2 yang nak kena key in dan update. Tu takpe lagi. Yang bencinya ada orang guna pc aku dan tak log out keluar. Eiii memangla tu pc company tapi aku tetap tak suka orang macam ni. Heyyyyy...
Dah letak jadi desktop wallpaper pun tak dipedulikan..

Hujan lebat tengahari jadi aku makan Subway je. Alahai dah tak banyak offer murah macam dulu2. Belasah jelah kang lapar pulak.

Hujan reda aku pun keluar ofis buat kerja menampal. Hehe. Letak notis di pintu masuk yang memerlukan kad akses.

Malam masak filet ikan talapia dan goreng pop corn size hash brown.

Ngantuk dah.

Isnin, 5 Januari 2015

14 Rabiulawal 1436

Pagi ni rasa tak sihat. Cramp dan kepala pusing. Maybe sebab keuzuran. Jadinya lepas hantar Aqlan pergi jumpa doktor Adam di Klinik Mediveron Ampang Point. Dapat ubat pergi breakfast kat Mak Jah. Makan soto nasi dan teh tarik. Padahal lepas hantar Aqlan dah makan kuih 5 biji.

Balik rumah makan ubat tidur sampai jam 1 lebih. Jam 3 petang baru start mengemas balik. Aiiii banyak betul pay nak mengemas.

Buang semua makanan tercemar. Expired dan resit. Yeah aku suka simpan resit dan tags barang. Konon nak buat kenangan.

1 thing about keeping or hoarding... bukan boleh bawak mati pun. Full stop terus aku buang je benda2 yang menyemak tu. But yes aku masih menyimpan tin dan ada je koleksi baru sebab ya...limited. Ya tak boleh bawak mati. Tapi boleh simpan benda lain dalam tin tu.

Habis mengemas jam 11 malam. Penat tapi puas.

Sambung lagi bila tiada gangguan Aqlan. Hahaha dia pun suka mengemas. My sweet baby 10 bulan hari ni kalau ikut Tahun Masihi. Love him so much.

Ahad, 4 Januari 2015

13 Rabiulawal 1436

Bestnya tidur pagi Ahad! Tambah best golek guling dengan anak dan suami. Tapi bila si anak dah bangun dan kejut kita nak tak nak kena bangun juga. Nak kena beri makan. So hari ni Aqlan makan nasi bubur tanpa di blend.

Lunch ikan salmon di Fresco Empire. Sebelum sempat lunch Aqlan dah muntah selepas disuap makan oleh Jija.. nampak gaya Aqlan belum sedia dengan bubur biasa. Mesti diblend juga. So menjadi cabaran mencari balik baby room. Jumpa di tingkat 1.

Lepas makan terus balik Puchong. Terlupa dah nak shopping untuk diri sendiri selepas beli barang untuk Aqlan.

Tidur ajelah kami.

Lepas Isyak balik Ampang. Dah 3 hari tak makan malam. Takde mood even lapar juga.

Nampak gayanya kena pakai lagi selipar separuh putus ni.

Sabtu, 3 Januari 2015

12 Rabiulawal 1436

Oh pagi2 dah datang. 10 bulan jugakla tunggu dia datang. Tapi bukan kisah pun. Cuma bila dah datang tu macam leceh pulak rasa. Erk..

Misi jumpa Mak berjaya hari ni. Hari tu tak berjaya sebab mak balik kampung tengok cucu Mak dari abang sulung kami bertunang. Kalau dah jodoh cucu tu akan bernikahla tahun ini juga. Alhamdulillah. Eh dah jodoh tu juga cucu kawan mak di sebelah blok kampung je. Haha.

Masa nak pergi jumpa mak punyalah panjang. Sebab Aqlan dah tidur aku sambung kemas rumah dan pack pakaian dan kasut untuk disedekahkan. Bukan boleh pakai dah pun. Kaki dan badan sama naik mengembang. Adusss.

Dah siap semua kami pergi makan kat Nu Sentral makan di Puffy Buffy. Aku try nasi ayam nenek dan Adzman makan nasi daging salai. Hidangan tengahari tambah RM2 dapat teh tarik atau ice lemon tea dan 2 keping kuih. Kuih yang dapat kuih Seri Muka. Semua sekali kena RM45 teemasuk 10% service charge dan 6% tax.




Sampai rumah mak hujan lebat. Baru duduk2 dapat panggilan dari adik ipar katanya Mama sakit. Jadi Adzman dan adiknya terus plan nak jemput mama balik ke Puchong. So aku tak ikut sebab mereka nak balik hari. Dengan keadaan aku yang uzur dan aku rasa lebih baik spend masa dengan mak. Aqlan juga tak perlu travel dengan masa yang macam tu. Yelah dah pergi balik tu dijangka 11.30 malam baru sampai Kota Damansara semula.

Jumaat, 2 Januari 2015

11 Rabiulawal 1436

Jumaat.

Rasa macam Isnin sebab semalam cuti hari ni kerja balik.

1st day hari bekerja untuk tahun 2015. Tetap gagal nak buat filing 2014. Bank slip je lepas. Yang lain semua dah membukit.

Cuaca mendung di KL. Tak hujan sehingga sampai di rumah selepas menjemput anak.

Plan kemas rumah tergendala sebab Aqlan nak tidur berteman. Merengek nak rasa mama dia ada sebelah. Kesian juga.

2nd time bangun masa aku baru nak habis cuci pinggan. Rupanya berak. Hahaha.

Malam2 budak ni aku pakaikan Pet Pet Night Tape. Lebih tebal jadi tak payah bangun banyak kali tukar diapers. Papa dia juga yang syorkan. Tapi kalau dah berak.... Kenalah juga tukar. Kesian kan. Geli.

Khamis, 1 Januari 2015

1 Januari 2015, 10 Rabiulawal 1436

Planning:
Jumpa mak.
Pergi Jakel beli kain langsir.
Beli diapers dan susu Aqlan.

Achievement:
Beli susu Aqlan 8 tin di Giant Taman Permata.
Susu ni selalu takde stok. Cashier pun cakap macam tu. Nak tunggu umur Aqlan setahun ni lagi 2 bulan.
Sebelum tu cari di Giant Kota Damansara takde stok.
Dapat beli diapers jenama Pureen 84 keping. Baru nak cuba. Mengikut kata seorang ibu Pureen terbaik. Buat masa ni Aqlan takde masalah guna Pet Pet pun. Mamanya gatal nak cuba yang lain.

Lain2 yang takde dalam plan..tapi dapat:
Beli telekung warna merah cili. Dah lama sangat mengidamnya. Kata hadiah hari jadi tahun lepas. Masih ada lagi satu hutang hadiah..heheheh...tuntut mesti tuntut.

Dah Aqlan tidur barulah dapat kemas rumah sikit. Rumah kecil tapi banyak barang. Perlukan daya kreatif nak susunnya. Ada juga yang mahu diberi dan dibuang.