Rabu, 11 Januari 2017

ZooMoo

Sekarang Aqlan layan chanel ZooMoo. Aku pun sengaja pilih. Nyampah dah tengok Disney Junior. Feminism sangat.

Bagusnya ZooMoo sebab Aqlan lebih mengenali haiwan2. Ada untung bawa ke Zoo Taiping last time.

Masa sampai Zoo, badak ni show bontot je ko....

Ni macam2 nak bawak di pergi Aquaria la..Petrosains, Petting Zoo dan Zoo Negara.. semua tu pun boleh tahan harga tiket. Sementara belum masuk 3 tahun memanglah free..tapi harga tiket untuk mak pak dia...

Selasa, 10 Januari 2017

Tertinggal

Lepas makan kat De'Pauh semalam, kami rasa selipar Aqlan tertinggal masa naik kereta. Sebab masa tu dia mengamuk jadi kemungkinan dia buka selipar tinggal luar pintu kereta.. jadi sebelum ke Taiping kami singgah balik Parking area situ. Dah tak jumpa. Sebelum tu dah puas cari tak jumpa juga. Aku sedih....sebab aku baru belikan masa cuti Dec lepas..tak sampai sebulan dan aku suka sangat selipar tu....harga murah je tapi nak cari susah...

Kadang2 kami fikir kenapa ada orang nak ambil barang2 yang tertinggal. Adakah orang2 ni fikir pemiliknya takkan datang balik? Kalau ikut aku belajar barang yang dijumpa kena simpan setahun dulu takde dituntut baru boleh ambil. Itupun kena war warkan pada umum..

Last time kasut Aqlan tertinggal di Parking area kedai Mak Jah di Ampang Jaya..pun kami datang balik dah tak jumpa. Tapi kami tanya2 orang kat situ katanya memang ada pada mulanya pastu dah lama sikit dah takde..tapi sebelah je yang tertinggal tu..

Jangan suka ambil barang orang tertinggal...agak2la...

Babai selipar...

Isnin, 9 Januari 2017

Pengajar

Sebab ke Penang ialah Zcat nak kena bagi kursus pada staf2 kontrak di pelabuhan. Katanya ada 13 orang yang hadir. Pagi petang mengajar which is itu passion dia. Dia balik muka senyum2 gembira.

Zcat ni suka mengajar. Dia sangat happy beri ilmu pada orang. Aku pernah suruh dia jadi pensyarah je..haha. Tapi kena lanjutkan pelajaran lagi..nak kena amik Master la pulak.

Last year masa tidur sampai 5 hari kat rumah Mama tu, Mama minta Zcat kerja di Ipoh. Sebab dia nak selalu jumpa cucu dia. Ha la cucu seorang...siapa ada maklumat pasal peluang pekerjaan dalam bidang IT di Ipoh silalah emel saya. Eh kalau dengar cakap ibu ni Allah akan mudahkan hidup kita...aku tak kisah pindah Ipoh. SERIUS!..


Kerja kat Penang pun syok gak...hahaha...

Ahad, 8 Januari 2017

Donut

Dalam perjalanan ke Penang kami singgah banyak tempat. Zcat cuba penuhi apa yang aku nak makan..keke..satu lagi dia ni suka melayan so adalah isi untuk blog. Padahal aku ni dah ada unsur2 tak kuasa nak hadap blog.

Kami ke Waterfront Kuala Kangsar lepas solat di Masjid Ubudiah. Last time tak solat sebab dah solat jamak dirumah Mama.. ni nak jamak juga..zuhur dan asar.

Kemudian nak pekena cendol sedap tu sekali lagi..kedainya tutup. Tataula tutup Ahad atau awal sangat. Makan kat food court je. Pastu singgaj kedai2 kraftangan beli buah tangan untuk peserta kursus esok dan beli sepasang baju untuk Aqlan.

Pastu barulah cari donut. Perenggan ke 4 baru cerita donut..aku memang suka donut. Dah tentulah donut buatan sendiri aku tak pernah buat. Makan yang mak dan kakak2 buat adalah.

Aku juga suka J-Co donut berbanding Dunkin donut. Big Apple pun aku tak gemar. Tapi untuk glaze donut paling sedap ialah dari hotel Equatorial. Dulu selalu beli sebelum diruntuhkan. Sebelah Menara MBf je kan..


Baikla aku nak ke Kuala Kangsar nak beli donut yang viral masuk suratkhabar bagai...dipanggil donut hipster sebab pelbagai warna. Masa sampai dalam jam 3.30 petang dah beratur..tapi tak panjang. Aku teruja ya..kadang2 kuasa viral itulah dia..harganya memang 50 sen sebiji sama ada ada inti coklat atau tidak. Tapi aku tak terus makan..sebab aku sangat kenyang makan pisang goreng abu lepas keluar dari rumah Mama tadi dan makan pulak cendol lepas tu..

Zcat terus makan dan katanya dia lebih suka donut Kisya Bakeri. Hurmmm..aku makan malamnya..donut macam banyak tepung dan aku tak faham bila penulis berita tulis donut setanding donut mahal. Maaf tekak tak sama..kalau korang suka boleh cuba beli di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar. Dekat je dengan masjid Ubudiah dan waterfront Sayong tu.






Sabtu, 7 Januari 2017

Aircond

La ni balik Ipoh ada aircond dalam bilik yang kami biasa gunakan untuk beradu.. dipasang sehari sebelum kami tiba 24 Dec 2016 lepas.

Syokla tidur malam2..sejuk pun ada juga...tarikla selimut tu tutup seluruh tubuh. Kalau tak on aircond tu rasa berkuap pulak.


Kalau kat rumah kami, walau sudah dipasang aircond...kipas pun masih on kan juga sebab tak cukup sejuk terutama musim2 panas...bilik besar aircond 2.5HP pun tak dapat cover semua...

Satu lagi aku ni berjimat juga.. selalu on aircond waktu malam je..siang2 pakai kipas siling je. On laju2 sampai nombor 5...

Aircond tak cekap tenaga maintenance murah. Aircond cekap tenaga pulak sebaliknya. Itu kata laki la sebab dia yang bayar pada orang maintenance. Jadi aku selalulah nak berjimat.. tu pun tetap bil elektrik cecah RM300++ sebulan.

Jumaat, 6 Januari 2017

Tersentuh

Semalam nak tidur sebelum aku dan Aqlan nak lelap, ketika dia baring berbantalkan lengan aku, sempat dengar dia cakap..

"Ibu...." katanya.
"Ummmm? " jawabku.
"Good night.."ucapnya perlahan tapi jelas.
Aku pun menjawab.."Good night Aqlan" sambil dalam hatiku masih sedikit terkejut dengan ucapannya. Dan aku pulak kadang2 anggap dia sudah besar walaupun dia baru 2 tahun 10 bulan.

Pelancar roket adalah trailer pengangkut kereta bomba sebenarnya. Ya kami bagi dia tengok dokumentari berkenaan roket. Dia sangat sukakan roket melebihi perkara lain buat masa ni. Dan bukan senang nak cari permainan roket. Roket kayu ni beli kat Lazada.

Khamis, 5 Januari 2017

Penang

Dah berapa kali aku ke Penang ye..plan terbaru nak ke sana Sabtu atau Ahad ni. Kali ni sebab Zcat ada kerja di sana...memangla salah satu sebab aku selalu ke Penang atas sebab dia ada kerja di sana.. ada projek belum habis kontrak.

Aku dulu nak elakkan belajar matrik kat Penang masa isi borang matrikulasi bawah UKM. Lepas dah isi borang berdoa aku dapat matrik dekat Negeri Sembilan. Hahahahaha...apa yang aku dapat jauh benar rasanya. Belajar kat Kuala Terengganu dah jauh nak la dekat2..sekali Penang juga yang aku dapat tempat. Pening kepala nak pack barang tu tak sangat. Tapi nak sediakan diri tak boleh selalu balik jumpa mak bapak sebab jauhkan..tambang semua nak kena fikir.

Maka mulalah episod cari beli barang2 seperti yang di listkan dalam borang matrik. Antaranya yang aku masih ingatlahhh..

1. Quran tafsir - beli kat jalan tar tapi terjemahan bahasa Indonesia. Harga dalam RM30 kot.

2. Kasut sukan - beli cap Power by Bata je..

3. Kasut kuliah mesti bertutup.. beli kat Bata gak jenis loafers. Kaler coklat...

4. Kalkulator saintifik. Jenis Casio pun beli kat Jalan Tar.

Ah hampir semua benda penting beli area jalan tar dengan arwah bapak aku..masa beli ni antara excited dan risau bapak tak cukup duit. Maklumlah kami orang Felda je..dan bapak makan pencen Navy...berapa sangat. Ye kami bukan miskin gila tapi kami ramai..so still kena bajet dan makan dicatu tu dah biasaaaaa.

Aku pulak jadi yang pertama ke universiti jadi aku rasa nampak riak bangga pada muka bapak aku. Kot? Aku ni kan degil..apa nak semua aku akan dapatkan sebab bapak sebenarnya pernah cakap tak mampu nak hantar aku ke universiti. Takde harta nak jual macam ada sesetengah ahli keluarga sanggup bergolok gadai demi anak menyambung pengajian ke universiti. Paling tinggi boleh pinjam dengan saudara mara atau menantu yang berduit.

Eh dah lain macam cerita ke Penang aku ni...ah lantak...memori terimbau dengan arwah bapak aku banyak sangat. Di Penang lah permulaan aku bergaul dengan kawan berlainan jantina dan kali pertama berkelas campur dan duduk dekat2 pulak tu..nasibla budak2 laki ni ada yang faham dan selalu diorang ni duduk meja belakang2..ha la aku sekolah perempuan. Memang culture shock.

Nak cerita pasal Penang ni banyak sangat...aku pulak letih nak type hahaha..

BTW aku rindu burger kat Caltex tu..ada kacang kisar dan epal hijau. Pergh sedap gila...jalan kaki je dari Krystal Point, Bayan Baru. Kami student semua duduk apartmen di situ...pihak kolej yang aturkan..senang nak ke kelas di bangunan sebelah..

Oh Penang...you give me so much experience and i tak boleh nak cerita semualah kat sini... mungkin patut ada Penang series dalam entry blog aku. Hahaha...

Kad fastlane tu kena telan la lepas dah check out dari Penang Hill. Ambikla gambar siap2 sebelum berpisah...

Rabu, 4 Januari 2017

Likes

Kalau post gambar kat IG bila ada orang like, cepat je nak tengok siapa yang like ni... kalau kawan2 yang dikenal sama ada dalam alam maya atau pernah berjumpa ke perasaan macam okkkkk... tapi kalau ada orang tak dikenali like, cepat2 pergi profile orang tu nak cek dia tu siapa?

Kadang2  bila orang2 macam tu like gambar aku post, aku pun mulalah follow dia...tapi kalau dia ni peniaga online payah sikitla... maafla ek..

Kadang2 mood nak shopping online datang aku pulak yang pergi cari peniaga ni...tapi i tak LIKE la yang hashtag tah apa2 kat barang jualan dia...sehingga aku rasa KO NI BIAR BETUL?

Sukatilah kan...apa aku nak sibuk pulak cuma kadang2 memang nak gelak pun ada..

Dah 2017 baru tahu macam mana cek balik gambar mana aku like kat IG. Ceh..lembab betul.



Selasa, 3 Januari 2017

CC

Tadi tengok itsy bitsy Korea kat MTV...apalah CC ni kan..

1. Campus Couple

Nasibla aku tak pernah bercouple dengan kawan sekampus dulu. Memang ada drama kawan2 yang bertukar pasangan..serangan di bilik asrama...memangla aku syukur takyah lalui benda2 tu..

2. Cushion Compact

Aku dulu tertanya apalah CC ni lepas popularnya BB cream. Rupanya bedak dalam cushion. Pakai kat muka dab dab je. Syok juga pakai jenis ni. Sebab aku benci bedak serbuk atau bedak kompak biasa. Jatuh je pecah takpun berterabur.

3. Carbon Copy

Kertas karbon aku tahulah.. zaman dulu pekedai tulis resit ada carbon copy untuk memudahkan salinan. Aku suka juga guna untuk saja2. Popular warna biru. Yang hitam pun ada.

Carbon copy juga perkataan CC yang di klik bila hantar email sebagai salinan kepada orang lain..lepas tu kalau klik send to BCC, penerima lain takkan nampak alamat email penerima BCC. Cam rahsia gitewww.

4. Closed-Circuit

Apalah CCTV tu kan..rupanya untuk memantau..tapi ada juga gunakan perkataan CCTV untuk orang yang sekodeng hidup kita melalui akaun media sosial dan pergi hebahkan. Eh macam takde kerja kan..

Isnin, 2 Januari 2017

Azam

Tiap tahun masuk new year mulalah azam berjela..


Macam aku mesti nak beli diary.. walaupun tulisnya pun belum sepatah walau dah hari ke-2. Kali ni beli kat Popular je. Suka diary free yang majalah Female bagi dulu tu..tapi dah dicari2 tahun untuk 2017 tak jumpa...

Azam nak solat awal waktu. Azam nak ngaji hari2 tak tinggal. Juga azam nak tulis perbelanjaan seharian.

Perlaksanaan azam tu yang akan membawa perubahan. Berapa lama boleh mengekalkan azam tu dan terus laksanakan adalah berbalik pada niat kita..

Aku ada kawan matrik nama Azam. Cakap Kedah pekat..hehe.. mana tah dia berada sekarang..last aku tahu berita pasal dia ialah dia nak jual kereta MyVi dia.

Juga ada kawan perempuan nama Aizam. Kawan sekolah menengah ni..pun tak tahu mana dah dia..lost contact.

Dulu ada gak supplier nama Kazam.

Ada kawan sekerja di Petrosains dipanggil Zam. Last aku tahu dia kerja di Telekom.

Kawan sepermainan kat blok Felda nama Zamri. Yang aku tahu dia kerja di kilang di Bentong tu pun zaman lama dah...

Dan aku tak gemar sangat minum air zamzam sebab payau. Tapi bila dah terkena yang segar punya...hurmmm yang jenis tu jelah aku nak minum. Bertenaga rasa badan!

Ahad, 1 Januari 2017

Telekung

Telekung masa kecil dibuat oleh kakak sulung.

Mak suka belikan telekung siap sebagai hadiah harijadi. Ada berlaku tu setiap tahun dapat telekung sebagai hadiah harijadi.

Bila dah pandai menjahit, kita pulak buat sendiri telekung.

Dah bekerja ada duit kat tangan beli telekung berkerawang bagai sebab teringin...

Still rasa telekung SK tu mahal walaupun kata ada diskaun. Haha.

La ni sayang nak buang telekung lama2 kita baiki pulak.

Juga buat telekung abaya senang nak travel. Saja buat kaler hitam sebab takdelah jarang...dan kain kena pilih yang tak panas la...walaupun harga gulp jugak. Tapi modalnya tak sampai RM80 pun..termasuk renda2 tu.

Sentiasa kena perbaiki teknik jahitan. Takpelah yang penting kali ni elok sikit.