In

Tertinggal

Lepas makan kat De'Pauh semalam, kami rasa selipar Aqlan tertinggal masa naik kereta. Sebab masa tu dia mengamuk jadi kemungkinan dia buka selipar tinggal luar pintu kereta.. jadi sebelum ke Taiping kami singgah balik Parking area situ. Dah tak jumpa. Sebelum tu dah puas cari tak jumpa juga. Aku sedih....sebab aku baru belikan masa cuti Dec lepas..tak sampai sebulan dan aku suka sangat selipar tu....harga murah je tapi nak cari susah...

Kadang2 kami fikir kenapa ada orang nak ambil barang2 yang tertinggal. Adakah orang2 ni fikir pemiliknya takkan datang balik? Kalau ikut aku belajar barang yang dijumpa kena simpan setahun dulu takde dituntut baru boleh ambil. Itupun kena war warkan pada umum..

Last time kasut Aqlan tertinggal di Parking area kedai Mak Jah di Ampang Jaya..pun kami datang balik dah tak jumpa. Tapi kami tanya2 orang kat situ katanya memang ada pada mulanya pastu dah lama sikit dah takde..tapi sebelah je yang tertinggal tu..

Jangan suka ambil barang orang tertinggal...agak2la...

Babai selipar...

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...