Ahad, 8 Januari 2017

Donut

Dalam perjalanan ke Penang kami singgah banyak tempat. Zcat cuba penuhi apa yang aku nak makan..keke..satu lagi dia ni suka melayan so adalah isi untuk blog. Padahal aku ni dah ada unsur2 tak kuasa nak hadap blog.

Kami ke Waterfront Kuala Kangsar lepas solat di Masjid Ubudiah. Last time tak solat sebab dah solat jamak dirumah Mama.. ni nak jamak juga..zuhur dan asar.

Kemudian nak pekena cendol sedap tu sekali lagi..kedainya tutup. Tataula tutup Ahad atau awal sangat. Makan kat food court je. Pastu singgaj kedai2 kraftangan beli buah tangan untuk peserta kursus esok dan beli sepasang baju untuk Aqlan.

Pastu barulah cari donut. Perenggan ke 4 baru cerita donut..aku memang suka donut. Dah tentulah donut buatan sendiri aku tak pernah buat. Makan yang mak dan kakak2 buat adalah.

Aku juga suka J-Co donut berbanding Dunkin donut. Big Apple pun aku tak gemar. Tapi untuk glaze donut paling sedap ialah dari hotel Equatorial. Dulu selalu beli sebelum diruntuhkan. Sebelah Menara MBf je kan..


Baikla aku nak ke Kuala Kangsar nak beli donut yang viral masuk suratkhabar bagai...dipanggil donut hipster sebab pelbagai warna. Masa sampai dalam jam 3.30 petang dah beratur..tapi tak panjang. Aku teruja ya..kadang2 kuasa viral itulah dia..harganya memang 50 sen sebiji sama ada ada inti coklat atau tidak. Tapi aku tak terus makan..sebab aku sangat kenyang makan pisang goreng abu lepas keluar dari rumah Mama tadi dan makan pulak cendol lepas tu..

Zcat terus makan dan katanya dia lebih suka donut Kisya Bakeri. Hurmmm..aku makan malamnya..donut macam banyak tepung dan aku tak faham bila penulis berita tulis donut setanding donut mahal. Maaf tekak tak sama..kalau korang suka boleh cuba beli di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar. Dekat je dengan masjid Ubudiah dan waterfront Sayong tu.






0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.