Isnin, 2 Januari 2017

Azam

Tiap tahun masuk new year mulalah azam berjela..


Macam aku mesti nak beli diary.. walaupun tulisnya pun belum sepatah walau dah hari ke-2. Kali ni beli kat Popular je. Suka diary free yang majalah Female bagi dulu tu..tapi dah dicari2 tahun untuk 2017 tak jumpa...

Azam nak solat awal waktu. Azam nak ngaji hari2 tak tinggal. Juga azam nak tulis perbelanjaan seharian.

Perlaksanaan azam tu yang akan membawa perubahan. Berapa lama boleh mengekalkan azam tu dan terus laksanakan adalah berbalik pada niat kita..

Aku ada kawan matrik nama Azam. Cakap Kedah pekat..hehe.. mana tah dia berada sekarang..last aku tahu berita pasal dia ialah dia nak jual kereta MyVi dia.

Juga ada kawan perempuan nama Aizam. Kawan sekolah menengah ni..pun tak tahu mana dah dia..lost contact.

Dulu ada gak supplier nama Kazam.

Ada kawan sekerja di Petrosains dipanggil Zam. Last aku tahu dia kerja di Telekom.

Kawan sepermainan kat blok Felda nama Zamri. Yang aku tahu dia kerja di kilang di Bentong tu pun zaman lama dah...

Dan aku tak gemar sangat minum air zamzam sebab payau. Tapi bila dah terkena yang segar punya...hurmmm yang jenis tu jelah aku nak minum. Bertenaga rasa badan!

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.