Tuesday, January 3, 2017

CC

Tadi tengok itsy bitsy Korea kat MTV...apalah CC ni kan..

1. Campus Couple

Nasibla aku tak pernah bercouple dengan kawan sekampus dulu. Memang ada drama kawan2 yang bertukar pasangan..serangan di bilik asrama...memangla aku syukur takyah lalui benda2 tu..

2. Cushion Compact

Aku dulu tertanya apalah CC ni lepas popularnya BB cream. Rupanya bedak dalam cushion. Pakai kat muka dab dab je. Syok juga pakai jenis ni. Sebab aku benci bedak serbuk atau bedak kompak biasa. Jatuh je pecah takpun berterabur.

3. Carbon Copy

Kertas karbon aku tahulah.. zaman dulu pekedai tulis resit ada carbon copy untuk memudahkan salinan. Aku suka juga guna untuk saja2. Popular warna biru. Yang hitam pun ada.

Carbon copy juga perkataan CC yang di klik bila hantar email sebagai salinan kepada orang lain..lepas tu kalau klik send to BCC, penerima lain takkan nampak alamat email penerima BCC. Cam rahsia gitewww.

4. Closed-Circuit

Apalah CCTV tu kan..rupanya untuk memantau..tapi ada juga gunakan perkataan CCTV untuk orang yang sekodeng hidup kita melalui akaun media sosial dan pergi hebahkan. Eh macam takde kerja kan..

Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.