Ahad, 7 Mei 2017

Underwaterworld Langkawi Island

Mula2 kita akan bercakap pasal parking.... RM3.50 sejam ya..

Underwaterworld ni dekat je dengan penginapan kami. Kami ke sini dulu memikirkan Aqlan masih penat travel. Ikut plan nak ke SkyCab. Cuaca juga sesuai untuk aktiviti dalam bangunan je hari ni.

Masuk2 je jumpa ikan yang sangat besar di lobi. Amboi ikan tu mukanya dahla macam permukaan batu..kemain aku tengok dia berenang2.

Bila dah tag masuk tu biasalah kena ambik gambar..tinggal lagi nak ke tak je bayar nanti..so ko bergaya jelah kasi kamera diorang habis bateri. Hehe.

Aku pun first time masuk sini. Jadi nakla jalan lambat2..tapi Aqlan lama2 dia ajak cepat2. Haish....bagilah mak kau ni tengok penguin..octopus semua tu dulu... grrrr...

Pastu kami berhenti kat kafe dia mintak aiskrim. Mujur sedap kan...Magnolia. pastu kami pun masuk dalam studio kat dalam tu dan bergambar dengan singa..disebabkan RM10 je kami belilah. Tapi kualiti kertas tak berapa baik sangat...tapi nak buat kenangan.







































 


 
Kinder Joy kat sini pun sebiji RM4.30 apa kes?

Lepas habis tengok semua kami ke Kedai Kak Yan. Tapi masa tu dah jam 3 petang. Makanan dah hampir habis jadi kami makan nasi dengan ikan je. Beronok ada dijual di sini tapi dah habis. Memandangkan Isnin dan Selasa dia tutup kami cadang nak datang lagi esok.

Petang tu kami ke Makam Mahsuri tapi tak jadi masuk. Aku rasa macam membazir je masuk kena bayar RM12 seorang. Apa kes.

Malam kami ke Telaga Walk @Chenang. Kedai makan tak buka banyak pun. Kedai2 jualan pun tak banyak dibuka. Baru sangat area ni dibuka..

Sabtu, 6 Mei 2017

Cuti2 Langkawi Menaiki Malindo Air

Lama dah plan cuti ke Langkawi. Asalnya tahun lepas. Di postpone ke tahun ni. Adalah hikmah tangguh tu. Alhamdulillah boleh tukar tarikh perjalanan sebab Malindo sendiri menukar timing kami pergi. Tapi kali ni pun Malindo delay lagi. Tak marah pun..naik dari KLIA so cantikla berbanding naik di LCCT ke..dulu2 atau klia2.

Pagi2 dah bangun nak sediakan Aqlan lagi. Nak kejut dia bangun tidur tu satu hal jugak. Kami ke airport awal sebab adik ipar ada hal lain..jadi dudukla kat airport KLIA sampai lebam. Dari food court naik ke MarryBrown syok juga ada pemandangan direct ke pesawat. Jadi bolehlah bercerita dengan Aqlan. Pastu.....dia pun tidur..haha.

drama pagi2 tanak pakai kemeja, bila suruh pakai sekali dengan jaket ni terus setuju

Flight delay dah diberitahu sehari lebih awal. Oklah...nak buat camno. Duduk kat buaian dalam MarryBrown memang terbaik. Calm je dan takyah kejar2 Aqlan.



first time tengok kalap terbang dari dekat, Aqlan teruja sangat2



Sampai saatnya baru kami duduk kat area boarding. Last sekali tempatnya...jadi boleh nampak macam2 jugak. Sukalah budak kecil tu.

 



Masa nak naik flight guna aerobridge tu kan..jadi senang nak handle budak. Aqlan pun duduk kat tepi tingkap saja bagi dia experience. Laki dah booking tempat jadi kami duduk 3 orang sebaris. Booking tempat seorang kena RM26.. oklah takdelah berpisah dan budak tu elok je tak nangis tapi genggam tangan akulah...masa naik dia excited sambil takut2 sikit. Dah masuk awan semua...tengok awan2...pastu dia dah boring minta phone. Ada je movie nak tengok kan...ada lcd tv depan2 kita tapi dia tak berminat.






Bila nak landing balik tu dia excited balik sambil takut2. Tapi serius laju maybe sebab dah lambat kan..macam baru naik itu ini pastu eh dah landing. Hujan renyai2 sambut kami di Langkawi.




 

Diluar pintu airport kami jumpa pekerja kereta sewa yang memang dah di book sejak Mac lepas. Book MyVi dapat Saga BLM. Habis Myvi. Dia nak bagi Mitsubishi Mirage tapi tengok bagasi kami dia bagi Saga.. takpelah....yang penting aircond keta memang power. 4 hari sewa RM240 campur deposit RM50 yang akan dipulangkan bila balik nanti.

Dapat keta kena isi minyak dulu sebab dah tinggal satu bar ko...pump RM20 je..

Kami check in di The Village, Chenang. Tak tahu Chenang ni one way, 2x pusingla..hahaha..jadi kami akan stay 5H4M. Jumlah semua RM392.

Malam tu kami makan di Uncle Jai Cafe. Disebabkan tak bawa kasut getah Aqlan, aku pun ke pasar seberang sungai restoran tu je untuk beli kasut getah RM10 je. Aqlan pulak tidur sampai kami habis makan. Penat sangatlah tu. Kami pun tapaukan dia nasi goreng cina jelah..



macam dia bawak kapal terbang..



Jumaat, 5 Mei 2017

New Hair, Same Person.😉

Aqlan ikut abah dia pergi gunting rambut. Sekali dia pun kena potong rambut. Masa kena panggil duduk atas kerusi tu mata dia bulat2 pandang aku..hehe.

Aku sebenarnya nak kekalkan je potongan rambut dia tu. Just trim depan dan belakang sikit je. Last2 bila orang tu tanya nak potong style apa? Aku pun cakap potong style sesuai dengan kepala dia la. Kepala Aqlan ni bulat..








Oklah tu RM10 je kena caj. Hehe. Kedai ni di kawasan Puncak Jalil. Sederet dengan KFC.

Happy Birthday To My Baby!

Baby ialah nama kereta aku. Ok 9 tahun dah umur dia..dulu2 aku yang drive dia. Tapi sejak 5 tahun lepas sugarbaby yang drive dia. Hahaha..muntah ijo..😄😄😄

Banyak jasa Baby ni. Tujuan asal beli pun untuk memudahkan nak bawa ahli keluarga ke mana2. Kenapa bukan jenis Kancil ke Kelisa kan...sebab masing2 punggung lebar. Ok diam. Lagi satu aku suka seat belakang boleh turunkan..mudah bila nak pindah randah barang. Hahahaha.

Masa bujang berjalan2 dengan mak sampai ke Kuala Terengganu, Pulau Pinang, dan Melaka.

Jalan dengan kawan2 pulak sampai ke jeti nak ke Pulau Perhentian melalui jalan Kuala Lipis-Merapoh-Pasir Putih. Fuiyoo masa tu memang menguji skil. Bawak malam pulak tu..

Tapi bila dah dengan sugarbaby ni dia sampai ke Johor Bahru. Sampai Kedah. Nasib tak sampai Singapura.

Kenapa sugarbaby? Sebab dia yang bayar maintenance Baby. Bayar petrol. So Baby tu dah digula2kan sampai aku pun dia tak berapa nak kawan. Aku nak drive pergi KD sorang2 pun tanak bagi.. asyik fikir yang bukan2 je..Helo ni my first baby tau!...

Hari ni juga baby kandung dah 3 tahun 2 bulan. Amboi pagi semalam naik baby pusing taman je siap cakap kat aku Goodbye Ibu. Amboi ko...

Excited.

Ni baby jugak ke?haishhhh

Rabu, 3 Mei 2017

Try Susu Kambing Purenat Untuk Anak

Aqlan dah masuk 3 tahun. Tapi aku terlepas pandang pasal step susu dia. Masih lagi minum step 3 padahal patut dah guna step 4. Takpelah kan..hehe..

Last Saturday ke Bangi singgah Manjaku nak beli susu. Sekali tengok dah naik harga RM4 lagi...oh oh..itu step 3 ya. Kalau step 4 RM110.90 untuk 900gm. Uiks mahalnya. Takpelah kami nak cari tempat lain pulak nak survey2 harga. Kot..kot..

Hari Isnin ke Farmasi AAA. Sebab dekat dengan rumah..nak survey la ni.. sekali harganya RM110.91. Lebih kurang je..so agak2 kat Mydin pun mesti sama harga. Kedai lain baik jangan pergi..mesti nak RM120. Baik tak jadi beli. Pastu terpandang susu kambing lain yang letak sebelahnya. Eh eh harga lagi murah. Halal Jakim lagi. So bagitahu kat Zcat. Ok baik kami isi perut dulu kat kedai sebelah.

Masa makan hujan turun lebat...makan settled kaminke farmasi tu balik. Semua masuk kedai. Tapi alhamdulillah Aqlan behave dengar cakap.

So laki pun tengokla susu Purenat tu. Belek punya belek akhirnya dia kata belilah, cuba. Kalau tak serasi dia minumlah susu tu. Beli 2 tin terus sebab ada offer. Satu pure..satu ada campuran Omega. Semua selamat untuk setahun dan ke atas. Harga tertera kat tin RM70.70 untuk offer 2 tin setiap sati 400gm. Bila punch kena RM59.80 ahhhh senyumlah laki. Ok belum boleh senyum sampai anak tu minum dan takde masalah.

Jadi siang minum Karihome, malam bagi Purenat. Bagi 150ml je...bila bagi dia minum habis terus. Eh eh bagusnya ko nak.. tapi tetap nak kena tunggu esok apa jadi. Elok ke dia membuang. Perut tak sakit ke..kan.. kalau dia ok dengan susu Purenat ni kami teruskanlah...susu Karihome dah 74 tin step 3. Masa step 2 dulu 54 tin.



Rupanya susu Karihome ada 61% je kandungan susu kambing. 


Selasa, 2 Mei 2017

Nak Mula Kerja Dari Rumah

Tapi lepas puasa kot..atau masa bulan puasa tu. Tengoklah keadaan. Aku sign up last year lagi. Bayar RM50 untuk seumur hidup kot. Dalam tempoh setahun kerja aku kena jawab survey je.

Survey ni bertanyakan pasal macam2 hal juga. Bila dah completed tu baru offer kerja datang. Aku pun tak reti nak ulas sangat sebab belum amik mana2 offer. Memang sejak April aku terima banyak job. Kalau aku agree baru proceed la. Ala keje2 data entry je...walaupun aku belajar bidang perakaunan dan memang buar kerja2 akaun je sepanjang 11 tahun kerja tapi bila nak buat kerja balik..baik aku start dengan yang mudah2 dulu..

Antara kerja2 yang ditawarkan taip resipi dari buku ke word. Taip alamat2 klien.. haha memang nampak mudah kan..tapi dah tentulah aku kena buat timetable sebab anak aku ni attached sesangat. Bukan handbag dah..asyik nak melingkar je kalau ada chance. Yang pasti kerja2 ni kena ada komputer. Kena ada kemahiran dan tahu bahasa Inggeris. Sebab bayaran dalam dollar US. Ni lagi satu aku tak cek lagi pembayaran wire transfer atau paypal ke apa...

Bukan apa..kalau tak guna ilmu yang ada ni lama2 karat juga. Ko jangan mintak aku buat add math sudah. Memang aku geleng2 je..hahahaha. takat akaun debit kredit tu petik jari pastu ko kejap..ko kejap..haha..

Suami hantar keta untuk servis. Keta..kamu dah nak 9 tahun..


Isnin, 1 Mei 2017

Dah Tak Mampu Mengemas

Ada helper datang rumah. Katanya semalam nak datang jam 7 pagi. Aku pun dah turun ke dapur lebih awal untuk cuci kain dan buat air. Tepat jam 7 bunyi loceng.

Masuk2 helper tu terus bermula.  Zap zap zap jam 10.30 pagi siap cuci kipas 4, ruang tamu..mainan Aqlan semua dia kemas termasuk cuci tanah liat buatan tangan aku yang dah mencair selepas 10 hari. Cuci kat mana? Atas kabinet TV dan meja mainan dia..oh oh. Dia juga cuci dapur, bilik air dan ruang belakang yang dah lama tak jengah sejak kematian Jack Jack. Habis bersih semua aku offer air. Dia bawak bekal bila aku suruh makan dulu sebelum ke rumah seterusnya dia tak mahu. Selepas dia buang sampah, adik ipar bagi upah dia terus pecut ke rumah seterusnya.

Dia sangat peramah. Macam2 cerita keluar. Pasal diri dia, pasal klien2 dia..hehe..pastu pasal kami ditanya umur..bila cakap 40 dia kata apa makan? Aku jawab je tengok kami makan benda sama je korang makan. Pagi tu aku makan nasi lemak yang didermakan untuk jemaah masjid Kinrara dan minum teh o. Pagi tu juga ada jenazah yang disempurnakan oleh pihak masjid. Nasi lemak tu laki bawak balik ye ada ceramah subuh pagi tu juga...

Bersihnya rumah. Kagum juga dengan dia buat kerja walau banyak borak tapi siap. Aku pun sambil2 kemas barang2 di rak dapur. Tu pun nak kasi settle. Pening aku tengok..aku ni kan suka alih2. Hahaha. Eh eh laki cakap jin tak suka tau kalau kita suka ubah2 perabot ni. So kawan2 rajin2lah ubah2 perabot kat rumah tu ya..bab beli perabot baru tu semua pun suka kan..aku pakai apa yang ada je. Duduk terfikir kalau balik Taiping memamg pengsan nak kemas!

So tingkat bawah settle kecuali bilik menjahit. Bilik tu pun boleh tahan serabai dia dengan kain2 aku..hahaha...nak kena kemas laaa..bilik tu nak kasi ruang untuk tetamu yang kot2 datang nak tumpang tidur.. aduhh bilik Aqlan pun belum start apa pun..

Dulu2 masa bujang aku memang kemas sendiri rumah sewa aku. Alih2 perabot tu tiap2 bulan kot sebab aku mudah bosan. Tapi sejak ada anak dan czer pulak..kerja2 berat ni aku tak buatlah..walaupun sakit mata tu tengok segala clutter things tu. Memang aku nak buang aje!!! Nak kena pilih2 pulak lepas ni. Hopefully sebelum puasa la...bolehla ajak orang datang raya kat rumah..eh eh...