Last Saturday ke Bangi singgah Manjaku nak beli susu. Sekali tengok dah naik harga RM4 lagi...oh oh..itu step 3 ya. Kalau step 4 RM110.90 untuk 900gm. Uiks mahalnya. Takpelah kami nak cari tempat lain pulak nak survey2 harga. Kot..kot..
Hari Isnin ke Farmasi AAA. Sebab dekat dengan rumah..nak survey la ni.. sekali harganya RM110.91. Lebih kurang je..so agak2 kat Mydin pun mesti sama harga. Kedai lain baik jangan pergi..mesti nak RM120. Baik tak jadi beli. Pastu terpandang susu kambing lain yang letak sebelahnya. Eh eh harga lagi murah. Halal Jakim lagi. So bagitahu kat Zcat. Ok baik kami isi perut dulu kat kedai sebelah.
Masa makan hujan turun lebat...makan settled kaminke farmasi tu balik. Semua masuk kedai. Tapi alhamdulillah Aqlan behave dengar cakap.
So laki pun tengokla susu Purenat tu. Belek punya belek akhirnya dia kata belilah, cuba. Kalau tak serasi dia minumlah susu tu. Beli 2 tin terus sebab ada offer. Satu pure..satu ada campuran Omega. Semua selamat untuk setahun dan ke atas. Harga tertera kat tin RM70.70 untuk offer 2 tin setiap sati 400gm. Bila punch kena RM59.80 ahhhh senyumlah laki. Ok belum boleh senyum sampai anak tu minum dan takde masalah.
Jadi siang minum Karihome, malam bagi Purenat. Bagi 150ml je...bila bagi dia minum habis terus. Eh eh bagusnya ko nak.. tapi tetap nak kena tunggu esok apa jadi. Elok ke dia membuang. Perut tak sakit ke..kan.. kalau dia ok dengan susu Purenat ni kami teruskanlah...susu Karihome dah 74 tin step 3. Masa step 2 dulu 54 tin.
Rupanya susu Karihome ada 61% je kandungan susu kambing. |
Salaam puan. Selepas anak consume Purenat apa resultnya? Boleh sharekan feedback? Especially purenat gold. Terima kasih
BalasPadamMaaf tak dapat bagi result sebabnya yang minum susu gold tu suami, anak minum yang satu lagi. Lepas habis minum tak mahu dah anak tu minum susu. Jadi kami stopkan dia dari minum susu.
PadamAnak syarikat ambik purenat.kulit cantik sygnya kerap sembelit
BalasPadamTak sesuai la tu dengan perut budak tu. Sian kena sembelit..
PadamSbanarnya susu nie okey tak?
BalasPadamBlh share ?
susu ni lebih banyak kandungan susu kambing berbanding Karihome. I mean kalau u baca betul2 kandungan di label tu memang lebih elok. tapi bergantung pada penerimaan budak jugak. kalau takde masalah teruskan. sebab tu belilah yang saiz kecil dahulu.
Padamdari pembacaan saya berkenaan pemberian susu kepada kanak2, adalah normal mereka stop minum susu umur 3 tahun. kami dah cuba macam2 susu tapi memang dia tak mahu minum susu dah...