Ahad, 7 Mei 2017

Underwaterworld Langkawi Island

Mula2 kita akan bercakap pasal parking.... RM3.50 sejam ya..

Underwaterworld ni dekat je dengan penginapan kami. Kami ke sini dulu memikirkan Aqlan masih penat travel. Ikut plan nak ke SkyCab. Cuaca juga sesuai untuk aktiviti dalam bangunan je hari ni.

Masuk2 je jumpa ikan yang sangat besar di lobi. Amboi ikan tu mukanya dahla macam permukaan batu..kemain aku tengok dia berenang2.

Bila dah tag masuk tu biasalah kena ambik gambar..tinggal lagi nak ke tak je bayar nanti..so ko bergaya jelah kasi kamera diorang habis bateri. Hehe.

Aku pun first time masuk sini. Jadi nakla jalan lambat2..tapi Aqlan lama2 dia ajak cepat2. Haish....bagilah mak kau ni tengok penguin..octopus semua tu dulu... grrrr...

Pastu kami berhenti kat kafe dia mintak aiskrim. Mujur sedap kan...Magnolia. pastu kami pun masuk dalam studio kat dalam tu dan bergambar dengan singa..disebabkan RM10 je kami belilah. Tapi kualiti kertas tak berapa baik sangat...tapi nak buat kenangan.







































 


 
Kinder Joy kat sini pun sebiji RM4.30 apa kes?

Lepas habis tengok semua kami ke Kedai Kak Yan. Tapi masa tu dah jam 3 petang. Makanan dah hampir habis jadi kami makan nasi dengan ikan je. Beronok ada dijual di sini tapi dah habis. Memandangkan Isnin dan Selasa dia tutup kami cadang nak datang lagi esok.

Petang tu kami ke Makam Mahsuri tapi tak jadi masuk. Aku rasa macam membazir je masuk kena bayar RM12 seorang. Apa kes.

Malam kami ke Telaga Walk @Chenang. Kedai makan tak buka banyak pun. Kedai2 jualan pun tak banyak dibuka. Baru sangat area ni dibuka..

1 ulasan:

  1. tak reti makan beronok, sedap ke?
    betol, patutnya kinder joy kat sana lg murah la, dah sama harga macam kat sini jeee

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.