Isnin, 1 Mei 2017

Dah Tak Mampu Mengemas

Ada helper datang rumah. Katanya semalam nak datang jam 7 pagi. Aku pun dah turun ke dapur lebih awal untuk cuci kain dan buat air. Tepat jam 7 bunyi loceng.

Masuk2 helper tu terus bermula.  Zap zap zap jam 10.30 pagi siap cuci kipas 4, ruang tamu..mainan Aqlan semua dia kemas termasuk cuci tanah liat buatan tangan aku yang dah mencair selepas 10 hari. Cuci kat mana? Atas kabinet TV dan meja mainan dia..oh oh. Dia juga cuci dapur, bilik air dan ruang belakang yang dah lama tak jengah sejak kematian Jack Jack. Habis bersih semua aku offer air. Dia bawak bekal bila aku suruh makan dulu sebelum ke rumah seterusnya dia tak mahu. Selepas dia buang sampah, adik ipar bagi upah dia terus pecut ke rumah seterusnya.

Dia sangat peramah. Macam2 cerita keluar. Pasal diri dia, pasal klien2 dia..hehe..pastu pasal kami ditanya umur..bila cakap 40 dia kata apa makan? Aku jawab je tengok kami makan benda sama je korang makan. Pagi tu aku makan nasi lemak yang didermakan untuk jemaah masjid Kinrara dan minum teh o. Pagi tu juga ada jenazah yang disempurnakan oleh pihak masjid. Nasi lemak tu laki bawak balik ye ada ceramah subuh pagi tu juga...

Bersihnya rumah. Kagum juga dengan dia buat kerja walau banyak borak tapi siap. Aku pun sambil2 kemas barang2 di rak dapur. Tu pun nak kasi settle. Pening aku tengok..aku ni kan suka alih2. Hahaha. Eh eh laki cakap jin tak suka tau kalau kita suka ubah2 perabot ni. So kawan2 rajin2lah ubah2 perabot kat rumah tu ya..bab beli perabot baru tu semua pun suka kan..aku pakai apa yang ada je. Duduk terfikir kalau balik Taiping memamg pengsan nak kemas!

So tingkat bawah settle kecuali bilik menjahit. Bilik tu pun boleh tahan serabai dia dengan kain2 aku..hahaha...nak kena kemas laaa..bilik tu nak kasi ruang untuk tetamu yang kot2 datang nak tumpang tidur.. aduhh bilik Aqlan pun belum start apa pun..

Dulu2 masa bujang aku memang kemas sendiri rumah sewa aku. Alih2 perabot tu tiap2 bulan kot sebab aku mudah bosan. Tapi sejak ada anak dan czer pulak..kerja2 berat ni aku tak buatlah..walaupun sakit mata tu tengok segala clutter things tu. Memang aku nak buang aje!!! Nak kena pilih2 pulak lepas ni. Hopefully sebelum puasa la...bolehla ajak orang datang raya kat rumah..eh eh...


6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.