Sabtu, 6 Mei 2017

Cuti2 Langkawi Menaiki Malindo Air

Lama dah plan cuti ke Langkawi. Asalnya tahun lepas. Di postpone ke tahun ni. Adalah hikmah tangguh tu. Alhamdulillah boleh tukar tarikh perjalanan sebab Malindo sendiri menukar timing kami pergi. Tapi kali ni pun Malindo delay lagi. Tak marah pun..naik dari KLIA so cantikla berbanding naik di LCCT ke..dulu2 atau klia2.

Pagi2 dah bangun nak sediakan Aqlan lagi. Nak kejut dia bangun tidur tu satu hal jugak. Kami ke airport awal sebab adik ipar ada hal lain..jadi dudukla kat airport KLIA sampai lebam. Dari food court naik ke MarryBrown syok juga ada pemandangan direct ke pesawat. Jadi bolehlah bercerita dengan Aqlan. Pastu.....dia pun tidur..haha.

drama pagi2 tanak pakai kemeja, bila suruh pakai sekali dengan jaket ni terus setuju

Flight delay dah diberitahu sehari lebih awal. Oklah...nak buat camno. Duduk kat buaian dalam MarryBrown memang terbaik. Calm je dan takyah kejar2 Aqlan.



first time tengok kalap terbang dari dekat, Aqlan teruja sangat2



Sampai saatnya baru kami duduk kat area boarding. Last sekali tempatnya...jadi boleh nampak macam2 jugak. Sukalah budak kecil tu.

 



Masa nak naik flight guna aerobridge tu kan..jadi senang nak handle budak. Aqlan pun duduk kat tepi tingkap saja bagi dia experience. Laki dah booking tempat jadi kami duduk 3 orang sebaris. Booking tempat seorang kena RM26.. oklah takdelah berpisah dan budak tu elok je tak nangis tapi genggam tangan akulah...masa naik dia excited sambil takut2 sikit. Dah masuk awan semua...tengok awan2...pastu dia dah boring minta phone. Ada je movie nak tengok kan...ada lcd tv depan2 kita tapi dia tak berminat.






Bila nak landing balik tu dia excited balik sambil takut2. Tapi serius laju maybe sebab dah lambat kan..macam baru naik itu ini pastu eh dah landing. Hujan renyai2 sambut kami di Langkawi.




 

Diluar pintu airport kami jumpa pekerja kereta sewa yang memang dah di book sejak Mac lepas. Book MyVi dapat Saga BLM. Habis Myvi. Dia nak bagi Mitsubishi Mirage tapi tengok bagasi kami dia bagi Saga.. takpelah....yang penting aircond keta memang power. 4 hari sewa RM240 campur deposit RM50 yang akan dipulangkan bila balik nanti.

Dapat keta kena isi minyak dulu sebab dah tinggal satu bar ko...pump RM20 je..

Kami check in di The Village, Chenang. Tak tahu Chenang ni one way, 2x pusingla..hahaha..jadi kami akan stay 5H4M. Jumlah semua RM392.

Malam tu kami makan di Uncle Jai Cafe. Disebabkan tak bawa kasut getah Aqlan, aku pun ke pasar seberang sungai restoran tu je untuk beli kasut getah RM10 je. Aqlan pulak tidur sampai kami habis makan. Penat sangatlah tu. Kami pun tapaukan dia nasi goreng cina jelah..



macam dia bawak kapal terbang..



1 ulasan:

  1. tak pernah lagi naik malindo air, flight delay tu biasa la, airasia pun bnyk kali delay, tapi nak menunggu tu yg mcm haram jadahhhhh hahaa

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.