Isnin, 22 November 2010

Mengemaskini Barang2 Kenangan

aku hendak berpindah. macam nomad kan. asyik pindah je kerjanya. sejak tahun 2008 aku dah pindah 3 kali. sekarang nak pindah lagi. aku penat. bila nak pindah rumah bakal suami ni? hahaha..sengal dipetang hari.

last week aku kemas barang2 dalam kotak. berlambak2 barang aku simpan tapi tak diguna atau dipamer pun. barang2 kenangan. kalau tengok memang tahulah apa memori yang disimpan.

aku suka simpan setem, tiket2 bas, LRT, keretapi, wayang, segala mak nenek tiketla. hatta tiket naik kapal terbang dan feri pun simpan. aku terikut-ikut perangai arwah bapak atau aku memang dah suka sangat. dah jadi hobi. aku juga simpan tag baju yang dibeli. resit2 pun simpan. macam2 resit. resit paling sakit hati simpan ialah resit ambil lesen memandu. sebab habis banyak duit. kemudian teingat pakcik pengajar yang suruh aku simpan. tunjuk kat anak-cucu kau nanti berapa kali kau ambil test kereta. alamak kantoi! sekarang bawak kereta kerja nak drift ataupun merempit je.

aku juga simpan hadiah2 yang diberi. macam2. aku tak tahu nak simpan atau pamer je. senang duduk diam2 dalam kotakla. aku kan nomad. selalu pindah randah. dekat rumah mak pun masih banyak barang aku tak bawa ke sini. Gila..banyak sangat barang2 aku.

kemudian aku kemas2 aku jumpa je benda2 yang berkenaan dengan ex-BF kenalah buang. ex-BF pun dah selamat jadi suami orang. yang lama2 punya tak tahulah selamat jadi apa. hahaha...letih kemas barang dan buang barang memang senang. tapi nak buang kenangan? memang susah.

 tag baju2 yang aku beli. aku buang hampir 80%. masih simpan sikit sebab aku masih suka nak simpan
 zaman naik kenderaan awam dan pakai talian prepaid..tak boleh buang.
segala mak nenek patung2 kecil ni. aku bukan suka peluk patung..aku suka peluk orang eh bantal.

Ahad, 21 November 2010

Fallin’ For You

I don’t know but
I think I maybe
Fallin’ for you
Dropping so quickly
Maybe I should
Keep this to myself
Waiting ’til I
Know you better

I am trying
Not to tell you
But I want to
I’m scared of what you’ll say
So I’m hiding what I’m feeling
But I’m tired of
Holding this inside my head

I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’ve been waiting all my life
and now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you

As I’m standing here
And you hold my hand
Pull me towards you
And we start to dance
All around us
I see nobody
Here in silence
It’s just you and me

I’m trying
Not to tell you
But I want to
I’m scared of what you’ll say
So I’m hiding what I’m feeling
But I’m tired of
Holding this inside my head

I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’ve been waiting all my life
and now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you

Oh I just can’t take it
My heart is racing
The emotions keep spinning out

I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’ve been waiting all my life
and now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you

I can’t stop thinking about it
I want you all around me
And now I just can’t hide it
I think I’m fallin’ for you (x2)

I’m fallin’ for you

Ooohhh
Oh no no
Oooooohhh
Oh I’m fallin’ for you

Cerminku Retak..Retak..Seribu...

Pagi Jumaat yang cerah aku nak cuci kereta. kesian kan dah berbulan rasanya tak cuci kereta ni. alasan banyak sangat dibuat. nak hantar kereta untuk diketuk, cat balik sebab kemek kena langgar dengan jiran adik aku. belum lagi termasuk kemek2 kena langgar dengan siapa2 entahlah. bila nak masuk je kereta, tengok pintu kereta dah kemek2..

Khamis malam Jumaat hujan di kampung. jadi pagi Jumaat amatla indah cuaca. kalau basuh kereta semestinya tak kepanasan sebab mendung berarak lalu... sekali aku lihat cermin kereta ku retak-retak...RETAK seribu!!!!!!

ok jangan salah pandang. cermin ini memang retak hasil kerja tukang potong rumput yang mak aku upah.dia datang mesin rumput pagi Khamis.
 
terus aku mintak mak panggil balik tukang kebun tu.  aku tiba2 jadi naik angin la...yang tukang call adik aku. aku dah tak boleh bercakap. ada orang mungkin kena maki nanti..

bila encik tukang kebun datang dia memang meminta maaf. dia juga mintak aku share bayar. SHARE? kereta aku dahla tinted..lagi mahu share. aku dah call Perodua KL harga cermin RM350. aku call kawan sepejabat dia cakap dengan upah pasang RM400-RM450. kemudian aku call Perodua Raub semua sekali termasuk upah RM471.++ lagi...paling busuk mereka takde stok. kena tunggu hari Isnin. ISNIN? aku nak balik KL dah nak kerjala...takkan nak biarkan baby aku mandi hujan pulak. last-last aku cakap pada encik tukang kebun sila bayar RM300. sebab aku masih ada unsur2 kasihan walaupun geram. sebab dia hanya tukang kebun jadi aku pun kena bertolak ansur. aku pun bukan nak bermurah hati sangat tapi aku memang benci dengar dia cakap cermin kereta Proton memang mudah pecah. HELLO!!!! mana2 cermin kereta pun boleh pecah kalau dah kena batu. aku rasa nak bergaduh dengan dia ni pun ada jugak. tapi aku kawal emosi. errr sangat payah..in the end of the day, gaji dia bulan depan kena potong dengan emak aku sebab dia tak dapat bayar lump sum.

selepas semua dah bincang, aku pun ke bandar Raub nak cari bengkel kereta yang boleh ganti cermin. aku tak tahu sangat, jadi tanya pada jiran kami En Salleh. jadi kami menyusur je ke bengkel2 tepi bandar Raub yang dirasakan boleh baiki.

sampai satu kedai aku pun tanya pasal nak ganti cermin. bini tokey ini memang kerek. muka aku langsung tak dipandang masa aku bertanya. dah la muka kelat macam cuka. macam semalam laki tak bagi atau semalam dapat tahu laki main kayu 3. eeee langsung tak mesra alam. tapi last2 dia bagi tahu jugak kedai no 9 ada buat. itupun masih cakap acuh tak acuh.

aku dengan adik pun ke kedai no 9. dipendekkan cerita~sebab aku dah malas nak berkarangan panjang lebar~ aku bayar RM350 untuk semua. Cermin original RM250~siap macam dah tinted tu yang aku suka. RM25 silikon untuk lekatkan cermin. silikon kena cari yang bagus kata tokey. kalau yang murah RM8 kualiti gam bagus jugak cuma gam tu akan memakan besi kereta anda dan berkarat2la nanti. jadi upah pasang & buka cuma RM75. kan murah. siap tokey cakap Perodua pun panggil dia pasang cermin jika ada kes lepastu mereka akan mark-up. hahaha...adohai aku taktahula kalau tokey ni tipu aku tapi aku rasa tak.
saat2 cermin nak dipecahkan keluar. jika tak tinted kemungkinan lagi bahaya.
tokey tengah khusyuk piping gam silikon.
kena pakai koyok pulak sebab tiba2 hari mendung dan hujan.

kereta siap dipasang cermin baru jam 1:30pm, jam 4pm kitorang bergerak. hujan masih menitis. siap berteduh di masjid Cheroh kemudian bila dah berhenti baru bergerak semula. sampai rumah lapar. makan rendang ayam mak dengan berselera dan menikmati aiskrim rainbow.

Raya Haji 2010

di pagi raya, aku memandu keluar dari kawasan rumah terus menuju ke rumah emak di Pahang. jalan lengang, hati rasa lapang. pemanduan pun best saje. sampai rumah jam 10pagi. 2 jam driving untuk perjalanan 160km. 

disebabkan hanya aku berdua sahaja dengan emak, maka emak menunggu aku balik baru dia hendak makan. di pagi raya, kami makan soto nasi.
 belum isi kuah. makan banyak2 ulang2 sampai perut buncit
kemudian makan rempeyek sambil menengok TV. rasa gembira jadi tapau bawak balik rumah sikit.

raya ke-2 adikku sampai. saja nak buat surprise untuk mak katanya. aku pun tak cakap dengan emak. sebab adik dah janji nak balik Jumaat. tiba2 hari khamis sampai. mak pun mulalah kelam-kabut nak masak apa. adik bawa balik daging akikah Hannan.
mata tetap besar..gigi dah tumbuh 4 batang.

Selasa, 16 November 2010

Salam Eidul Adha

kepada pembaca dan pengikut blog, saya ingin ucapkan selamat hari raya korban. semoga pengorbanan Nabi Ibrahim menjadi iktibar kepada kita semua.

Isnin, 15 November 2010

Engkau Yang Kacak, Engkau Yang Manis...

mempunyai teman lelaki yang kacak memang menjadi idaman setiap perempuan. tambahan lagi popular...penyanyi ke, pelakon ke...model ke...janji kacak..bila senyum nampak gigi tersusun cantik. muka tak ada jerawat atau bekas jerawat batu. lagi pandai bergaya dan pandai mengambil hati. kalau si gadis merajuk pandai pula pujuk. kalau bukan setakat dengan kata2 yang mencairkan hati tapi dengan hadiah pula lagilah bertambah suka...

tapi perempuan juga suka lelaki nakal. lelaki nerd atau mat skema selalu tak dapat perhatian. walhal dialah pelajar terbaik sekolah/kolej/universiti. sebab dia pemalu atau tiada ilmu mengurat. kalau dia pekerja di pejabat, dialah yang selalu balik lambat untuk selesaikan masalah pejabat...maka dia ketinggalan untuk sertai kawan2 lelaki yang lain untuk keluar berseronok-seronok diluar. pergi karaoke, minum2 teh di kedai mamak atau kopitiam atau kafe. maka mat skema ni tertinggal gosip2 hangat..mungkin juga dia diumpat sebab tak pandai mengurat macam lelaki2 keparat yang suka mendekat dan senang je dapat apa yang dihajat.

maka gadis2 mudah layu dengan pujukan lelaki2 yang bisa mencairkan hati yang gersang. lelaki yang tak kacak pun dapat mencelah. kerana lelaki ni walau tak kacak sangat..biasa2 je...just okayla...tapi sebab pandai mengurat dialah yang dapat. 

mula memikat dengan cara mengambil berat. sms, telefon tanya dah makan ke? tiap2 hari benda yang sama je. tapi sebab dah tiap2 hari lama2 si gadis menjawab juga. bila diajak keluar mula2 takut juga. tak kenal..tak kacak manapun... kalau tak kacak la..kalau kacak..sekali sms terus sendiri yang gatal ajak jumpa. sekarang nak cerita pasal yang wajah biasa2 ni. sebab kat dunia ni ramai yang berwajah biasa dari yang kacak.

perjumpaan pertama, lelaki yang bayarkan bil. mestilah nak jaga status. kalau perempuan bayar malu pula nanti..itupun mungkin tadi ada yang pinjam duit kawan nak buat modal. kadang2 pinjam motor, atau kereta. tengok status perempuan itu pada tahap mana juga. ilmu mengurat penuh di dada. mesti tak akan gagal. 

dipendekkan cerita, perempuan itu akhirnya jatuh suka...jatuh SUKA ya. belum jatuh hati..sebab bila dah jatuh hati...pada masa inilah lelaki menunjukkan belangnya. ketika ini apa yang lelaki buat atau mahu, perempuan akur. dengar kata. tak mahu kehilangan. mahu jaga hubungan baik2. senang nanti pergi mana2 ada teman. pergi kenduri kahwin ke, karaoke ke..minum teh dengan kawan2 lama ke..atau bila keluarga tanya..boleh bagi jawapan dah ada teman. kalau masih muda mungkin pilihan banyak. sekarang nak cerita fasal perempuan yang perasan diri dia dah tua. jadi kena cepat2 settle kan pencarian jodoh. orang dah mengurat dan sayang kena terima walaupun orang itu tahap ok-ok je. 

apa tahap ok-ok? (ini berdasarkan pengalaman melihat kawan sendiri. diceritakan di sini sebagai pengajaran sahaja.) lelaki ini rupanya biasa. nakal. boleh sentiasa diajak bergembira. mengurat kali pertama dengan bunga. umur muda..tidak kisah jika perempuan ini baya kakaknya..pandai memujuk. percayalah lelaki pandai memujuk ini memang mudah mendapat perhatian. perempuan mudah memaafkan walau sebesar mana kesalahan. mulut mesti manis. mesti pandai memuji. walau perempuan tidak secantik mana tapi tetap kata " sayang, you nampak cantik hari ni." ingat! pujian ada makna. pujukan ada bayarannya.

lelaki ini kerjanya nak menempel dengan perempuan ini. menempel sebab nak sesuatu. nak ditanggung hidupnya. kerja malas. cakap bekerja itu ini macam ada syarikat besar nak diuruskan..ye pandai bercakap juga ilmu mengurat. cakap kosong. bila ada masalah disiplin, kena buang kerja. bila kena buang kerja, minta ditanggung sementara. ditaip sekali lagi SEMENTARA. sebelum dapat kerja lain.. perempuan sudi menanggung. ketika masih bekerja dia juga yang kena hantar dan jemput balik kerja. macam menanggung biawak hidup.. tapi kerana hati dah suka, dah sayang..maka inilah kelemahan perempuan.

kawan2 mula membebel. itu bukan suami. kenapa mesti tanggung. kalau suami pun..dia itu lelaki. lelaki tanggungjawabnya menjaga perempuan. ini sudah terbalik. perempuan sedar. tapi cintanya tidak pernah pudar. lebih takut kehilangan cinta dari kehabisan harta benda. anda ada dengar cerita macam ini juga?

perempuan hanya sedar sepenuhnya bila hartanya makin banyak dikikis. dan cinta lelaki semakin menipis. sudah pandai memberi alasan rasa diabaikan. perempuan bekerja, mestilah sibuk. tiada masa yang banyak untuk berbalas sms. maka lelaki mencari mangsa baru. modalnya sama. ianya berulang-ulang. air mata perempuan kering. dia berhak mendapat lelaki yang lebih baik. andai dia telah serahkan sesuatu yang berharga miliknya..sesalan tidak berguna. andai dia pandai menjaga kehormatannya, maka Allah akan temukan dia dengan insan yang lebih baik. sesungguhnya Allah sentiasa mendengar keluh-kesah kita, tapi adakah kita mengadu kepadaNya? saya sentiasa doakan dia bertemu yang lebih baik andai dirinya mengetahui bahawa lelaki terkini dalam hidupnya juga bagi saya masih belum layak untuknya.

cerita anda bagaimana?

Hampir..hampir

petang tadi semasa memandu pulang, nampak sebuah bas sedang menurunkan penumpang. kereta dibelakang bas dah berderet-deret. aku pulak memandu dengan kelajuan biasa-di kawasan taman perumahan yang penuh bonggolan 40km/j sudahla kan...tiba-tiba ada seorang remaja yang berdiri dibelakang bas menoleh ke kereta yang dipandu aku dan tiba-tiba juga dia melintas...

tak pasal-pasal aku brek mengejut...dah nampak kereta sedang dipandu masih nak melintas...lainla aku bawak 0km/j...memang terkejut dan seriau. tak bolehkan tunggu sebab ketika itu aku telalu hampir dengan dia. sayangilah nyawa...

Ahad, 14 November 2010

Edamame

Edamame (枝豆?) (English pronunciation: /ˌɛdəˈmɑːmeɪ/) is a preparation of immature soybeans in the pod commonly found in Japan, China, Hawaii, and Korea. The pods are boiled in water together with condiments such as salt, and served whole. source from http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page

mari cuba makan kacang soya bean ni. zcat amat menyukainya. aku mula2 makan masa pergi Tenji dulu. masa tu aku tak pandai makan...memang kelakar dengan kulit2 sekali aku makan masa tu..sekarang makan pun mengada-ngada..kalau tak kopekkan, aku tak makanla...haha

aku pulak makan sushi kat kedai sebelah. dah malam kan diskaun 30%..
salmon sushi with mango RM7.90
 sushi kecik2 ni nama apa tah RM3.90
ok kafe ni dekat bawah IKEA/Ikano

Sekinchan Ikan Bakar At Sri Gombak

semalam zcat nak pergi lunch di Sri Gombak. sanggup kan datang jemput aku kat rumah. dia diminta untuk cuba makan di Sekinchan Ikan Bakar oleh kawan2 gym yang tinggal di area situ. aku kan last week dah pergi makan Papparich kat situ, so tahulah tempatnya kat mana..

Lunch hour hari sabtu memang ramai orang. pulak tu kami dah lewat sampai.. biasalah stuck jammed dekat persimpangan Flamingo-AKLEH-MRR2. 

mahu jam 2 lebih gak baru tiba..itupun berpusing2 cari meja dulu sebelum boleh tempah ikan. sebab ikan2 bakar ni ambil masa yang lama untuk dimasak.
 boleh bawak laptop dan surf web percuma. handphone canggih pun boleh tumpang wifi..
pekerja cuma bawakan air dan ikan bakar..nasi, ulam-ulaman kena ambil sendiri
 pilih ikan di sini
 makan di sini selain dari tingkat atas

 tunggu ikan


jadi kami pun duduk dimeja no 106. kat area bawah. ingat nak duduk atas dapatla air-cond. cuaca kan panas sekarang ni..tapi dah full, kemudian macam ada event pulak tu siap boleh dengar dari speaker.

jadi..kitorang order air dulu..haus ni....
sirap bandung RM1.80, jus epal hijau+asam boi RM4.00
 kerang bakar RM8.00
 ikan keli bakar RM10.00
 ikan pari bakar RM10.20

 ulam-ulaman RM2.00
 sambal termasuk harga ulam-ulaman.berapa kali nak ambil pun sekali bayar je
 dah licin!
jangan segan2 kalau dapat makan sehingga licin. ini menunjukkan makanan sangat sedap. tapi tak dapat melawan kehebatan Ikan Bakar Sri Nikat kat Hulu Langat tu

ok semua puas hati tengok gambar? pergi try la kalau mahu rasa..kitorang kena RM39.00 je...

Sabtu, 13 November 2010

Mencari Hadiah Untuk Mimy

mimy kan nak kawen...nak belikan dia apa yang dia nak..demand kau..nak barang IKEA je...

tapi sebelum ke Ikea, kitorang pergi makan brunch dulu.


 layered tea
 nasi beriani ayam goreng crunchy
half boil egg ni tak order tapi diorang hantar..sengalkan..penat je bagi kitorang list apa nak makan..tapi aku bantai ok je..sedap yummy like crazyyy

lepas dah makan macam nak jadi ular sawa tu sambil jalan2 snap gambarla...
 aku suka aksi aku dan reen ni..hehehehe sorokkan kaki gemok

dlm ikea sempat lagi amik gambar kat area pick-up
dengan bakal pengantin mimy...

lepas dah shopping bagai..kitorang pun pergi wangsa walk pulak.. masukla Georgetown Kopitiam...aish macam2 daaa nama kopitiam sekarang..kalau aku buat kopitiam korang nak datang tak? aku nak jual cekodok ikan bilis+bawang, lempeng telor, half-boil eggs, nasi lemak, nescafe gold..hahahaha...berangan...

 white coffee
 rojak buah
hehe...nak jugak kan...

Jumaat, 12 November 2010

Pengantin Kecik

last thursday saje main2 kat FB nak tgk gambar2 yg neenaanuar amik. nak tengok kat TV LED 42 inchi..tak agak2kan...demand tu...haha..sekali jom...adoi..

aku pun pergila dgn ann ke rumah za...sebelum tu sempat menapau makanan ala2 nak buat pot luck...aku tapaula roti canai 12 keping. tamak kan..sebab aku tahu sure ramai yang datang...

tiba2 meja za penuh je...

kemudian za cerita pasal nak buat akikah untuk anak dia Airisy..barang2 dah beli tapi tak bungkus lagi..katanya sikit je...nak buat dekat2 nanti masa raya haji... kitorang ni nak menolong kawan je..za ni anak2 dia kecik2 lagi..kang tak mampu buat kang..hehe....

 maka acara masukkan gift pun bermula
 
 
dan kemudian masing2 terlongo menengok betapa kreatifnya video yang dibuat khas oleh Lee untuk anakanda yang tercinta...nantikan...