Isnin, 22 November 2010

Mengemaskini Barang2 Kenangan

aku hendak berpindah. macam nomad kan. asyik pindah je kerjanya. sejak tahun 2008 aku dah pindah 3 kali. sekarang nak pindah lagi. aku penat. bila nak pindah rumah bakal suami ni? hahaha..sengal dipetang hari.

last week aku kemas barang2 dalam kotak. berlambak2 barang aku simpan tapi tak diguna atau dipamer pun. barang2 kenangan. kalau tengok memang tahulah apa memori yang disimpan.

aku suka simpan setem, tiket2 bas, LRT, keretapi, wayang, segala mak nenek tiketla. hatta tiket naik kapal terbang dan feri pun simpan. aku terikut-ikut perangai arwah bapak atau aku memang dah suka sangat. dah jadi hobi. aku juga simpan tag baju yang dibeli. resit2 pun simpan. macam2 resit. resit paling sakit hati simpan ialah resit ambil lesen memandu. sebab habis banyak duit. kemudian teingat pakcik pengajar yang suruh aku simpan. tunjuk kat anak-cucu kau nanti berapa kali kau ambil test kereta. alamak kantoi! sekarang bawak kereta kerja nak drift ataupun merempit je.

aku juga simpan hadiah2 yang diberi. macam2. aku tak tahu nak simpan atau pamer je. senang duduk diam2 dalam kotakla. aku kan nomad. selalu pindah randah. dekat rumah mak pun masih banyak barang aku tak bawa ke sini. Gila..banyak sangat barang2 aku.

kemudian aku kemas2 aku jumpa je benda2 yang berkenaan dengan ex-BF kenalah buang. ex-BF pun dah selamat jadi suami orang. yang lama2 punya tak tahulah selamat jadi apa. hahaha...letih kemas barang dan buang barang memang senang. tapi nak buang kenangan? memang susah.

 tag baju2 yang aku beli. aku buang hampir 80%. masih simpan sikit sebab aku masih suka nak simpan
 zaman naik kenderaan awam dan pakai talian prepaid..tak boleh buang.
segala mak nenek patung2 kecil ni. aku bukan suka peluk patung..aku suka peluk orang eh bantal.

1 ulasan:

  1. kenangan takkan dapat di buang...kecuali lupa ingatan. meh aku hantuk pale ko bagi lupa ingatan muahahahaha

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.