Ahad, 21 November 2010

Cerminku Retak..Retak..Seribu...

Pagi Jumaat yang cerah aku nak cuci kereta. kesian kan dah berbulan rasanya tak cuci kereta ni. alasan banyak sangat dibuat. nak hantar kereta untuk diketuk, cat balik sebab kemek kena langgar dengan jiran adik aku. belum lagi termasuk kemek2 kena langgar dengan siapa2 entahlah. bila nak masuk je kereta, tengok pintu kereta dah kemek2..

Khamis malam Jumaat hujan di kampung. jadi pagi Jumaat amatla indah cuaca. kalau basuh kereta semestinya tak kepanasan sebab mendung berarak lalu... sekali aku lihat cermin kereta ku retak-retak...RETAK seribu!!!!!!

ok jangan salah pandang. cermin ini memang retak hasil kerja tukang potong rumput yang mak aku upah.dia datang mesin rumput pagi Khamis.
 
terus aku mintak mak panggil balik tukang kebun tu.  aku tiba2 jadi naik angin la...yang tukang call adik aku. aku dah tak boleh bercakap. ada orang mungkin kena maki nanti..

bila encik tukang kebun datang dia memang meminta maaf. dia juga mintak aku share bayar. SHARE? kereta aku dahla tinted..lagi mahu share. aku dah call Perodua KL harga cermin RM350. aku call kawan sepejabat dia cakap dengan upah pasang RM400-RM450. kemudian aku call Perodua Raub semua sekali termasuk upah RM471.++ lagi...paling busuk mereka takde stok. kena tunggu hari Isnin. ISNIN? aku nak balik KL dah nak kerjala...takkan nak biarkan baby aku mandi hujan pulak. last-last aku cakap pada encik tukang kebun sila bayar RM300. sebab aku masih ada unsur2 kasihan walaupun geram. sebab dia hanya tukang kebun jadi aku pun kena bertolak ansur. aku pun bukan nak bermurah hati sangat tapi aku memang benci dengar dia cakap cermin kereta Proton memang mudah pecah. HELLO!!!! mana2 cermin kereta pun boleh pecah kalau dah kena batu. aku rasa nak bergaduh dengan dia ni pun ada jugak. tapi aku kawal emosi. errr sangat payah..in the end of the day, gaji dia bulan depan kena potong dengan emak aku sebab dia tak dapat bayar lump sum.

selepas semua dah bincang, aku pun ke bandar Raub nak cari bengkel kereta yang boleh ganti cermin. aku tak tahu sangat, jadi tanya pada jiran kami En Salleh. jadi kami menyusur je ke bengkel2 tepi bandar Raub yang dirasakan boleh baiki.

sampai satu kedai aku pun tanya pasal nak ganti cermin. bini tokey ini memang kerek. muka aku langsung tak dipandang masa aku bertanya. dah la muka kelat macam cuka. macam semalam laki tak bagi atau semalam dapat tahu laki main kayu 3. eeee langsung tak mesra alam. tapi last2 dia bagi tahu jugak kedai no 9 ada buat. itupun masih cakap acuh tak acuh.

aku dengan adik pun ke kedai no 9. dipendekkan cerita~sebab aku dah malas nak berkarangan panjang lebar~ aku bayar RM350 untuk semua. Cermin original RM250~siap macam dah tinted tu yang aku suka. RM25 silikon untuk lekatkan cermin. silikon kena cari yang bagus kata tokey. kalau yang murah RM8 kualiti gam bagus jugak cuma gam tu akan memakan besi kereta anda dan berkarat2la nanti. jadi upah pasang & buka cuma RM75. kan murah. siap tokey cakap Perodua pun panggil dia pasang cermin jika ada kes lepastu mereka akan mark-up. hahaha...adohai aku taktahula kalau tokey ni tipu aku tapi aku rasa tak.
saat2 cermin nak dipecahkan keluar. jika tak tinted kemungkinan lagi bahaya.
tokey tengah khusyuk piping gam silikon.
kena pakai koyok pulak sebab tiba2 hari mendung dan hujan.

kereta siap dipasang cermin baru jam 1:30pm, jam 4pm kitorang bergerak. hujan masih menitis. siap berteduh di masjid Cheroh kemudian bila dah berhenti baru bergerak semula. sampai rumah lapar. makan rendang ayam mak dengan berselera dan menikmati aiskrim rainbow.

7 ulasan:

  1. dear, which part of raub???

    BalasPadam
  2. Raub is located after Bentong, Pahang. i think you can google this area.

    BalasPadam
  3. adui..retak plak...nasib tkg kebun tu nk byr sikit...nasib dah tukar dah sblum balik kl...

    BalasPadam
  4. seb baik tukang kebun tu nk bayor. kalo x, gadai dia nyer mesin rumput... ;p

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Tanya pasal kedai cermin ke? Susah nak cakap tapi yang pasti dekat jirat cina. Simpang tu masuk dari Sg.Lui.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.