Isnin, 15 November 2010

Engkau Yang Kacak, Engkau Yang Manis...

mempunyai teman lelaki yang kacak memang menjadi idaman setiap perempuan. tambahan lagi popular...penyanyi ke, pelakon ke...model ke...janji kacak..bila senyum nampak gigi tersusun cantik. muka tak ada jerawat atau bekas jerawat batu. lagi pandai bergaya dan pandai mengambil hati. kalau si gadis merajuk pandai pula pujuk. kalau bukan setakat dengan kata2 yang mencairkan hati tapi dengan hadiah pula lagilah bertambah suka...

tapi perempuan juga suka lelaki nakal. lelaki nerd atau mat skema selalu tak dapat perhatian. walhal dialah pelajar terbaik sekolah/kolej/universiti. sebab dia pemalu atau tiada ilmu mengurat. kalau dia pekerja di pejabat, dialah yang selalu balik lambat untuk selesaikan masalah pejabat...maka dia ketinggalan untuk sertai kawan2 lelaki yang lain untuk keluar berseronok-seronok diluar. pergi karaoke, minum2 teh di kedai mamak atau kopitiam atau kafe. maka mat skema ni tertinggal gosip2 hangat..mungkin juga dia diumpat sebab tak pandai mengurat macam lelaki2 keparat yang suka mendekat dan senang je dapat apa yang dihajat.

maka gadis2 mudah layu dengan pujukan lelaki2 yang bisa mencairkan hati yang gersang. lelaki yang tak kacak pun dapat mencelah. kerana lelaki ni walau tak kacak sangat..biasa2 je...just okayla...tapi sebab pandai mengurat dialah yang dapat. 

mula memikat dengan cara mengambil berat. sms, telefon tanya dah makan ke? tiap2 hari benda yang sama je. tapi sebab dah tiap2 hari lama2 si gadis menjawab juga. bila diajak keluar mula2 takut juga. tak kenal..tak kacak manapun... kalau tak kacak la..kalau kacak..sekali sms terus sendiri yang gatal ajak jumpa. sekarang nak cerita pasal yang wajah biasa2 ni. sebab kat dunia ni ramai yang berwajah biasa dari yang kacak.

perjumpaan pertama, lelaki yang bayarkan bil. mestilah nak jaga status. kalau perempuan bayar malu pula nanti..itupun mungkin tadi ada yang pinjam duit kawan nak buat modal. kadang2 pinjam motor, atau kereta. tengok status perempuan itu pada tahap mana juga. ilmu mengurat penuh di dada. mesti tak akan gagal. 

dipendekkan cerita, perempuan itu akhirnya jatuh suka...jatuh SUKA ya. belum jatuh hati..sebab bila dah jatuh hati...pada masa inilah lelaki menunjukkan belangnya. ketika ini apa yang lelaki buat atau mahu, perempuan akur. dengar kata. tak mahu kehilangan. mahu jaga hubungan baik2. senang nanti pergi mana2 ada teman. pergi kenduri kahwin ke, karaoke ke..minum teh dengan kawan2 lama ke..atau bila keluarga tanya..boleh bagi jawapan dah ada teman. kalau masih muda mungkin pilihan banyak. sekarang nak cerita fasal perempuan yang perasan diri dia dah tua. jadi kena cepat2 settle kan pencarian jodoh. orang dah mengurat dan sayang kena terima walaupun orang itu tahap ok-ok je. 

apa tahap ok-ok? (ini berdasarkan pengalaman melihat kawan sendiri. diceritakan di sini sebagai pengajaran sahaja.) lelaki ini rupanya biasa. nakal. boleh sentiasa diajak bergembira. mengurat kali pertama dengan bunga. umur muda..tidak kisah jika perempuan ini baya kakaknya..pandai memujuk. percayalah lelaki pandai memujuk ini memang mudah mendapat perhatian. perempuan mudah memaafkan walau sebesar mana kesalahan. mulut mesti manis. mesti pandai memuji. walau perempuan tidak secantik mana tapi tetap kata " sayang, you nampak cantik hari ni." ingat! pujian ada makna. pujukan ada bayarannya.

lelaki ini kerjanya nak menempel dengan perempuan ini. menempel sebab nak sesuatu. nak ditanggung hidupnya. kerja malas. cakap bekerja itu ini macam ada syarikat besar nak diuruskan..ye pandai bercakap juga ilmu mengurat. cakap kosong. bila ada masalah disiplin, kena buang kerja. bila kena buang kerja, minta ditanggung sementara. ditaip sekali lagi SEMENTARA. sebelum dapat kerja lain.. perempuan sudi menanggung. ketika masih bekerja dia juga yang kena hantar dan jemput balik kerja. macam menanggung biawak hidup.. tapi kerana hati dah suka, dah sayang..maka inilah kelemahan perempuan.

kawan2 mula membebel. itu bukan suami. kenapa mesti tanggung. kalau suami pun..dia itu lelaki. lelaki tanggungjawabnya menjaga perempuan. ini sudah terbalik. perempuan sedar. tapi cintanya tidak pernah pudar. lebih takut kehilangan cinta dari kehabisan harta benda. anda ada dengar cerita macam ini juga?

perempuan hanya sedar sepenuhnya bila hartanya makin banyak dikikis. dan cinta lelaki semakin menipis. sudah pandai memberi alasan rasa diabaikan. perempuan bekerja, mestilah sibuk. tiada masa yang banyak untuk berbalas sms. maka lelaki mencari mangsa baru. modalnya sama. ianya berulang-ulang. air mata perempuan kering. dia berhak mendapat lelaki yang lebih baik. andai dia telah serahkan sesuatu yang berharga miliknya..sesalan tidak berguna. andai dia pandai menjaga kehormatannya, maka Allah akan temukan dia dengan insan yang lebih baik. sesungguhnya Allah sentiasa mendengar keluh-kesah kita, tapi adakah kita mengadu kepadaNya? saya sentiasa doakan dia bertemu yang lebih baik andai dirinya mengetahui bahawa lelaki terkini dalam hidupnya juga bagi saya masih belum layak untuknya.

cerita anda bagaimana?

8 ulasan:

  1. hati hati memilih pasangan...cinta tu kadang2 membutakan akal dan hati :-)

    BalasPadam
  2. yang penting satu kepala & ada chemistry

    BalasPadam
  3. aku suka badboyssssss... muahahahaaaa

    BalasPadam
  4. betul kene hati2 dlm memilih psgn..kene cr sekufu ngan kita..sy xsuka lelaki nakal suka yg nerd.Tp dapat suami agak nakal, dululah...skrg sy yg nakal..he eh he

    BalasPadam
  5. heheh ...ko kan pernah kapel model glamer u..tapiiii...ko sndiri tau kan..hehe

    BalasPadam
  6. sblum 'i do' tu...
    bior soal selidik dgn FBI baeeekknya hehehehe...

    BalasPadam
  7. aku dulu masa zaman bercinta..memang memilih yang encem lagi kacak jerk....
    tapi lumrah alam...lelaki encem lagi kacak nie..sendiri maw ingat la kan....
    dan akhirnya jodoh aku dengan seorang lelaki yang xencem tapi baik hati..dan sayang aku..tue yang lebih penting....
    so pikir2kan dah selamat beramal..eheheheh :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.