petang tadi semasa memandu pulang, nampak sebuah bas sedang menurunkan penumpang. kereta dibelakang bas dah berderet-deret. aku pulak memandu dengan kelajuan biasa-di kawasan taman perumahan yang penuh bonggolan 40km/j sudahla kan...tiba-tiba ada seorang remaja yang berdiri dibelakang bas menoleh ke kereta yang dipandu aku dan tiba-tiba juga dia melintas...
tak pasal-pasal aku brek mengejut...dah nampak kereta sedang dipandu masih nak melintas...lainla aku bawak 0km/j...memang terkejut dan seriau. tak bolehkan tunggu sebab ketika itu aku telalu hampir dengan dia. sayangilah nyawa...
nyaris nyaris ..isk isk..
BalasPadam