Khamis, 22 Oktober 2009

atau hanya aku je yang perasan...(2)

ini bukan sambungan entry sebelum ni, tapi kali ni aku luahkan apa yang aku rasa..

bila aku bertemu B, aku rasa dunia aku berkembang luas..menemui seseorg yg berbeza skop pendidikan menjadikan aku asyik nak korek macam2 pengetahuan yang dia ada..mulalah aktiviti burn kan cd, berkeping2, berepisod2, bermacam2 genre; anime, drama...adeh..penat gak dia memnuhi rayuan mengada aku masa tu..oklah end of story, actually kitorg dah berpisah. yang frust menonggeng, aku jugak..kenapala aku gatal2 cabar dia disebabkan aku dgn beraninya kata, " i dah biasa ditinggalkan, break-up it just make me strong la"--->konon2nyelah.

owh puas jugak aku merayu, siap janji bagai..tanak ulang sikap mengada, tak faham bahasa--->dia ni selalu ckp ringkas je, aku kenala memahami sendiri, tak pasal karang dpt sms "hati i tgh panas!" kalau perempuan selalunya kata diorg mudah fahami bahasa kiasan, aku bukanle macam tu...mestilah dijelaskan...direct je takyah nak berbunga bagai buat penat je aku buat donno karang, aku gak yg kena balik or aku gak yang rugi..adeh.

dlm tempoh2 merayu meminta peluang..--->ni bukan style aku merayu kat lelaki..please la...tapi aku sanggup jatuhkan ego disebabkan terlampau kecewa, menyesal dan tolonglah jgn fikir aku pernah buat mende tak senonoh ok..ni semua sebab keistimewaan yg ada pada dia..short msg dpt; "if u treasure this friendship, please do not ask about this anymore"..owh no no no...aku tak sanggup kehilangan dia sebagai kawan..setelah bbrp bulan hal ni, aku menjadi seorg yg redha dgn perpisahan ni..ku pujuk diri...selalunya after break-up aku mesti belikan sesuatu utk diri aku--->nak pujuk dirila kengkononnye...ha..sekali aku beli kereta Myvi..mahal sungguh harga perpisahan kali ni..

aku dan dia tak berjumpa selepas Februari 2008. aku sibukkan diri dgn melayan family aku..bwk mak p jenjalan sampai ke Penang la..mileage keta aku laju je....ting tong ting tong...dah abis tahun 2008..tahun 2009 pun bermula..aku pun dah pindah rumah sewa ke-2..eh eh silap la..aku sebenarnya ada pergi tgk rumah yg dia beli..ingat nak sewa tapi jauh sgt dr ofis..mmg sebelum ni pun dia offer rumah yg tak pernah diduduki tu utk aku tinggal dgn mak..kira byr sewa pun atas dasar kawan2 la..tapi tulah jauh rasa nak dkt 20km br sampai opis..dahle jauh, nanti nak tgk wayang mlm pun tak best nak balik takut2..

ok nilah PERASAN aku no. 1; dia langsung tanak sewakan rumah tu pada org lain..dia offer hanya pada aku...yelah aku kan xGF...walaupun ngengade tapi aku cerewet bab2 kebersihan..jd dia fikir aku akan jaga rumah dia elok2 la..kalau nak diikutkan dia boleh je bg sewa kat org lain, interview jelah depa yg nak sewa umah dia tu...bab ni mmg aku pernah tanya kat dia, dan dia mmg ngaku yg dia mmg tanak sewa kat org lain, kat aku je dia ade hati nak bg sewa..eleh...

kegemaran kitorg selain sms biasa, kitorg suke mms...ade jelah gambar nak send, muka sendiri ker, beli gajet baru ker, tgh santap makanan sedap ke..lebam2 kat badan pun kalau ade nak sms gak nak bgtaule...update keadaan diri memasing even dah berakhir hubungan istimewa.."i syg u mcm syg kwn i je..." yelah....aku kwn dia skrg..lg best dia nak buli2 aku, kalau aku geram takyah pujuk..ketap bibir or buat muke toye jelah..

PERASAN no. 2...ingat dah break-up maka hentilah segala mms ni dari dia..disebabkan dia start hantar balik, aku pun dgn berbesar hati membalas balik mms mcm ni..aiiyy....dah suke sgt mms, sampai bil pun manjang sbb sms dan mms je kejenya...oh ye..dulu becinta sgtla aku pakai prepaid..tiap kali aku takde kredit aku tak bls la sms or call dia blk kalau nampak miscal..aha, ni pun leh jadi isu tau..aku tukar postpaid, kitorg break-off pulak...takpelah...yg penting, "ni no hp baru i, yg lama dah tak pakai tau.." gara2 nak berkawan dan sentiasa connected punya pasal la..

katanya dah takde komitmen dgn dia, aku pun start keluar dgn lelaki lain..tp hati aku susah betul nak bg peluang...tambah2 pulak tak jumpa org yg ngam..contohnya aku suka tgk wayang--->movie yg best dan rasa berbaloi je tau..tiket mahal!tp disebabkan dia ni dulu suka benar ajak aku ttgk wayang, movie yang tah ape2 pun layan, asalkan berdua bersama..habiskan masa together2..maka disebabkan takde yg ngam, aku pun keluar tgk wayang dgn kwn aku si kembar--->sorg je aku bwk, sorg lg tu tak rapat pun dgn aku.. apa lagi asal free, jom..jom..lagi2 hari Rabu dkt MBO...RM5 je..tp citer yang dah seminggu dua la..parking free..cantik..minah ni pun selalu blanja aku mkn, alasan aku bwk dia jenjalan naik keta dia tak byr minyak..lantak, asal aku ade geng..tup tup, 1 Januari 2009, "u buat apa hari ni?jom tgk wayang"

PERASAN no. 3...1 Januari 2009,aku melepak kat rumah mak angkat di Lestari 8, sanggup bergegas balik nak tgk wayang bersama..owh sudah lama tak tgk bersama...yg terakhir Januari 2008..sudah setahun laa...alamat rumah sewa baru aku disms, dan dia pun dtgla menjemput aku...maka aku yg perasan ni pun terujala sangat dapat tgk wayang dgn dia dan terkenang2lah zaman2 "u kan pengarang jantung i.."apa ayat aku nak karang jumpa dia ni???

paling PERASAN la... kan..bila dia mintak aku amik dan hantar dia balik kat rumah dia...aku cakap "akhir2 ni u selalu suruh i amik anta u balik kan..u nak manja2 dgn i ye..?" "dulu u janji, ada kereta u amik i..i tuntutla janji u.." ello encik...dulu janji zaman u buah hati i..skrg ni u anggap i kawan je...ni mcm mana aku tak perasan ni...???confuse2

dan perasan2 seterusnya terus ada sehingga kini..terutamanya bila dia sakit2, dia mengadu2 dkt aku..bila aku tanya pandai ye sakit2 cari i...sihat cari org lain..erm..dia a'ahkan je sambil ketawa2 dlm chatroom..ah ye aku pun sanggup amik dan hantar balik mcm biasa waktu kaki dia tempang sebab kena inject after tercedera masa main futsal..--->aku sedar kdg2 aku rasa aku dipergunakan dia, waktu2 dia takde kawan nak teman dia tgk wayang kot..mungkin aku la 'kwn' terakhir yg dia cari, mungkin aku jelah yg sudi dengar soseh2 dia, bila dia nak berlagak dgn gajet baru dia..maybe aku je yg sentiasa menyokong dan memberi dorongan kerana dia tahu aku masih sayangkan dia..eh tak ke buang masa kata kawan2 lain..entah...sebab tulah aku tulis blog ni...atau hanya aku je yang perasan

4 ulasan:

  1. aku paham pa ko rasa sbb ko aku pernah alami tapi ko beruntung masih berkawan dan keluar sama.. tapi pada aku B tak adil wat ko cam gitu..sbb ko susah nk kembang diri mencari pengganti baru..tp tu la beb bkn senang nk lup akenangan with somebody nice treat...direct je la tanya..I PERASAN KE???

    BalasPadam
  2. amat setuju ngan Mimiy Hamid nih.....
    lupakan B..he s unfairly treating kaneng like that...he s so mean..Ignore him...he s has high ego....one day he ll regret and feel lonely too....

    BalasPadam
  3. oopss tetibe rase nk bukak blog ni skali entry dia panasss..hehe..ala kak anis..B tu sgt la selfish..melampau la dia..tp bile hati da syg sume cam xnmpk kan..da bt istikharah?haa sti takut lg ni..kalo dia bkn jodoh yg u cari mayb theres someone better waiting for u..amin

    BalasPadam
  4. thanks guys, actually i couldn't comments anymore about this..i just pray and hopefully i can slap my own face :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.