ada sesetengah org suka menunjuk/menayang teman-kekasih hatinya semasa di alam percintaan kepada kawan2 rapatnya. umm adakah sebab nak bgtau yg...
1. aku ensem/cantik~senang dpt teman sepadan
2. aku dah tak sepi lagi~dah ada org teman jln2 hjg minggu, tgk wayang
3. aku nak perkenalkan kat korg bakal teman hidup aku~korg jgn tackle lak
4. aku dah nak kawin dgn dia ni..pasni jgn bising ckp bila aku nak ada teman hidup..
5. aku nak tanya pendapat korgla, dia ni sesuai tak jd teman hidup aku~walau mcm mana pun pendapat korg aku ttp pilih dia, ada aku kisah dgn telahan korg terhadap dia~aku yg nak kawin dgn dia weiii aku taula semuanya pasal dia...
rasa2 korg pernah dgr tak statement mcm ni bila korg jumpa kwn2 baik/rapat/lama korg yg titibe ajak kuar mkn/reunion dan citer pasal hal ni trs jadi topik hangat masa perjumpaan tu..
tp ayat2 dia byk ayat2 tersirat la..sebab no 5 tu selalu terjadila..di alam percintaan semua indah..mmgle indah saya pun bercinta gak, tp harap2 tolonglah dgr atau pertimbangkan nasihat kawan2 sekiranya mereka dapati bakal-teman-hidup anda tu bakal menyusahkan hidup anda. takde sape yg nak hidup susah~bukan susah dr segi kewangan je...susah nak amalkan agama, susah nak bersosial, susah nak bekerja, susah nak taat ibu bapa (melawan je kejenya), dan menyusahkan kita dgn masalah2nya yg kita tau dia sedang hadapi dan bakal hadapi bersama setalah menjadi teman-hidupnya.
bg saya lelaki yg sanggup membawa kita lari sampai ke Siam demi nak kawin atau guna sindiket nikah tanpa persetujuan ibu bapa kita atau ibu bapa dia adalah lelaki yg pengecut. dimana taatnya dia pada ibu bapa pd org tua kita, mana susila dan adabnya sbg anak? kenapa begitu mementingkan cinta dan hawa nafsu sehingga sanggup membelakangkan ibu bapa? mungkin pada masa itu syaitan telah memenuhi fikirannya sehingga tak dpt berfikir dgn betul. ingatlah setiap anak tu dikandungkan selama 7-9 bulan, dibesarkan dgn penuh kasih, diberi mkn dan tunjuk ajar..tup-tup jd kurang ajar.
ingatlah, keredhaan Allah terletak dibawah keredhaan ibu bapa kita. marah ibu bapa pd kita, begitulah marah Allah pada kita. bagaimana nak meneruskan kehidupan tanpa restu dan berkat sebuah perkahwinan. (ya aku dah berceramah pulak...) kerana saya sendiri risau jika saya terjebak sama dan anak2 buahku yg semakin meningkat dewasa. alam kehidupan penuh cabaran.
takde ibu bapa yg mahukan anaknya hidup susah, penuh derita. jgn nanti ditempelak bila gagal dlm alam rumahtangga~dulu kau yg pilih dia. jika ibu bapa tak suka dgn bakal teman-hidup, cuba2lah ambil hati dulu, jgn terus lari-merajuk-bawak diri-kawin-beranak-kena tinggal.ini fasa2 yg tak seronok. ini fasa2 yg menyedihkan. takpela kalau kawan2 tak approved pasangan anda, tp mintalah restu ibu bapa, supaya hidup tu berkat, tenang dan dapat anak2 yg soleh.
sekiranya anda sanggup hadapi keadaan2 yg boleh menyebabkan jantung gugur selepas musim2 mengawan pertama dlm hidup~anda isteri ke-2, suami/isteri kaki hutg dgn along atau hutg keliling pinggang, pasangan anda boros/kedekut ya amat!!!, anda hilang hak utk bergosip dgn kwn2/blk kg anda utk raya~maka anda bersabar la ye byk2..sebab masa tu pasti telinga anda titibe terngiang2 nasihat kawan/keluarga anda sebelum berkawin bahawa dia ni sekian-sekian. kami nampak, kami tahu dr sumber2 boleh dipercayai~tp sebab masa tu anda tgh dilamun cinta gila anda jwb tak caya selagi tak tgk..selagi tak alami. apahal??? lu sape??? maka jgn dtg dan menyesal tak sudah tp cuba atasi dgn secara berhemah. gunakan saluran yg betul, jgn bunuh diri atau menyusahkan org2 lain yg anda tau mmg syg anda dgn ikhlas(kwn2/keluarga). selagi anda berdaya hadapi dugaan ni, maka anda telah meningkat lebih matang kerana berjaya mengharungi salah satu ujian kehidupan.
maka sekiranya saya menjadi org utk anda luahkan perasaan, saya akan mendengar, saya tak mahu menempelak kerana anda telah pilih jalan anda dan anda bila rasa jalan tu terpesong, anda sendiri yg mesti menukar haluannya. anda ialah pemandu kehidupan anda, dan kami keliling anda ialah si penumpang yg kadang2 jengok kat luar tingkap dan boleh bgtahu anda apa yg anda terlepas pandang ketika anda memandu.
p/s sekiranya sy terjebak dlm situasi yg menunjukkan unsur2 kederhakaan dan kelihatan semacam...maka tlg! selamatkan saya. terima kasih.
mak bapak penting nk tgk bf aku..kengkawan?? penting gak untuk bg kenal kenal..sebab senang kan keadaan..tp pepandai la hala tuju..jgn pndi ckp je ..praktik nya idakkk
BalasPadamye mimi bg aku kwn2 patut tau..aku ni kdg2 pikir agak melampau..baik bg no henpon "dia" ni kat kwn plg dipercayai, mana tau apa jadi..kwn ni leh gak tlg selamatkan kita ker...
BalasPadam