"i rasa i terpaksa tinggalkan u, sampai sini je hubungan kita. pasni jgn cari2 i lagik".
sms ringkas. berderai2 la airmata pastu- yg tukang hantar sms dgn yg terima sms. dlm hati sakit. azab. mana tak..buat2 spot check kat telefon rumah keluarga, sekali adik dia ckp, dia keluar jumpa tunang diala....
setahun kemudian anda dikhabarkan dia telah berkahwin dgn seorang doktor anak kepada seorg yg bergelar Dato'. anda jadi rasa hina, miskin, walaupun anda lawa, cantik, berpendidikan tinggi, anda tetap rasa kehinaan.
beberapa tahun kemudian anda baca berita. anda rileks je selak helaian suratkhabar. sebab dah jadi tabiat anda baca paper tiap2 pg sebelum pergi kerja. titiba mata anda menangkap satu tajuk berita:-
'Seorang jurukomputer telah didakwa kerana merogol orang gajinya'
anda teruskan bacaan sebab anda nampak nama org didakwa ialah nama ex-bf anda yg pernah buat anda rasa terhina dan dipergunakan. anda nak pastikan, betulkah maklumat yg dinyatakan menepati ciri2 ex-bf anda. checked:-
1. namanya sama dgn nama bapak dia sekali betul, tak salah eja langsung sebab anda pernah tgk name tag kerjanya dulu.
2. isterinya seorang doktor yg sedang sarat mengandung anak pertama mereka~kemungkinan tak dpt layanan, maka dirogolnya org gaji itu.
3. kerjanya jurukomputer~anda tahu dia pernah ambil diploma komputer dulu sambil bekerja.
4. jumlah adik-beradik dan...
tap! anda tahu itu dia. anda legakan sebab tak teruskan hubungan dgn dia malah berani tinggalkan dia. even diala cinta pertama bg anda(konon2).
KISAH 2
kemudian anda berjumpa dgn seorg kenalan chat anda diluar. anda rasa selesa utk berjumpa kerana anda mempercayainya. anda terhibur dgn jenakanya, dgn sifat romantiknya. anda tahu dia baru mula bekerja. gajinya tak banyak. anda pun masih belajar. kadang2 bila keluar memangla dia yg keluarkan duit utk belanja anda makan. anda suka sebab dia juga hantar anda sampai rumah. anda juga suka kerana dia berani bertemu bapa anda dan nyatakan yg dia mmg berminat dgn anda dan mahu ada hubungan yg serius. tp dia mahu kumpul wang, jadi anda kena tunggu.
jadi bila dia dihantar jauh-PJJ la lepas ni- anda redha je. anda yakin dgn janji2nya even ada kawan mintak anda bertunang dulu utk ikat. tp anda tak mahu. anda dan dia berutus surat cinta dan hadiah setiap minggu. sms, telefon hanya dgr suara..berbulan2. kemudian tiba2 semua diam. anda call berkali2 tak dpt. anda sgt sedih. anda buat keje gila. anda spot check. anda utus surat pada ibu bapanya utk tanya dimana dia. tiada jawapan. anda juga hampir2 hendak ke rumah ibu bapanya. anda berani kerana cinta!!!
7 bulan kemudian anda dpt panggilan dari dia. anda terkejut! ketika itu anda sudah tamat belajar. anda sedang berada di cafe siber utk cari kerja melalui internet. anda tak ckp byk. terkejut. kemudian anda diminta call dia semula. dan anda ikut perintah. lalu apa yg anda dpt ialah:-
" i can' get along with u anymore."
anda terdiam lama. nangis? mestilah... ada org kata mungkin dia sudah terpaut dgn gadis di sana. anda sudah dilupakan. jadi anda berhenti berharap. buang masa je kan.
KISAH 3
sekali pandang, anda rasa dia hensem, 2x pandang, kawan anda kata dia gay..asyik lepak dgn kawan dia yg comel mcm dia jugak...anda gelak2. tiba2 suatu hari dia ajak anda makan bersama. kemudian ketika dlm kereta, dia kata dia suka anda. anda terkejut~owh dia bukan gay, dia suka perempuan!..
dia lemah lembut dan layan anda dgn baik. dia suka keluar makan dgn anda dan kadang2 rasa rendah diri dgn taraf pendidikan dia. anda tak berkira kerana anda sudah cinta. dia membeli rumah utk anda dan dia duduk selepas kawin. dia juga ada rumah lain yg disewakan utk menambah pendapatan. anda suka dgn pandangan kehadapan dia. anda berangan2 akan dpt anak comel,cute hensem mcm dia dan mcm anda. anda dan dia~mmg sama2 cantik dan sepadan!
utk memastikan restu keluarga, anda sering dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di kg. anda ikut. anda pun mahu berkenalan dan memahami latar belakang bakal in-laws anda. tapi lama2 anda bosan. anda rasa tak sanggup dah nak ikut balik kg tiap2 bulan. anda juga tak sanggup dgn keadaan fasiliti rumah bakal in-laws anda. selalu balik takde air, anda kepanasan, anda mmg jemulah senang ckp.
kerana kekerapan ini, dan tiada perbincangan lanjutan anda mula buat perangai. anda lambat bertemu dgnnya bila diajak keluar, anda buat muka. lama2 dia juga geram dgn perangai buruk anda yg selama ini tersimpan rapi sebab nak jaga hati. anda tahu anda tak patut buat, tp anda rasa ini cara buat dia tinggalkan anda. maka dia tinggalkan anda. anda menangis dan merayu. tiba2 anda tersedar, kenapa begitu pentingkan diri? anda mahu diberi peluang ke-2. sorry. NO!
walaupun dia dtg dr keluarga susah, kdg2 pinjam wang anda, tp dia pulangkan balik. sebab tu anda percaya dan sayang dia. kdg2 anda tahu dia seperti tak mampu dgn sikap suka membeli barang branded anda. anda faham dan anda guna duit sendiri kalau nak sgt. tp anda dpt lepaskan dia sbb pemikiran kamu berdua mmg tak sama. kamu terkejut2 ketika dia bg tahu org tuanya menilik anda berdua dgn bomoh~anda tak sesuai bersama dia.kamu bersyukur, kerana kamu diberi didikan agama yg lebih kuat dr dia. Wallahua'lam.
dan pada baru2 ini, anda dikhabarkan oleh kawan anda, dia kelihatan di majlis konvokesyen utk mengambil segulung kertas diatas pentas. maka anda doakan dia semoga hidupnya kini mmg lebih baik tanpa anda disisinya.
KISAH 4
dia suka bawak anda pergi menonton wayang. dia kongsi minat dgn anda. walaupun umur sudah dewasa, anda berdua masih minat kartun dan komik. akhirnya seseorang yg anda rasa soulmate telah muncul. anda rasa yakin benar; yes! dialah orgnya. dialah yg pasti terakhir menyinggah cinta dlm hidup anda. anda sgt sukakannya, anda rasa dia terbaik dr segala-galanya yg lain. anda memuja kebijaksanaannya. sikapnya yg suka memenuhi angan2 anda. anda cakap je, dia tunaikan cepat2. anda rasa wow best gila dia ni!
cinta anda makin dalam...crimson blood. anda dan dia meneruskan kehidupan begitu-begini. kemudian lama2 anda rasa dia lebihkan kawan dia ketika anda sgt2 perlukan dia disisi anda. anda rasa anda dipinggirkan. anda takut, anda akan kehilangan cinta ini. jadi anda bertahan. anda cuba tidak merajuk2 spt cinta dulu2, anda dapati anda kena selalu memujuk. sebab kdg2 mulut anda laser dan perilaku atau tabiat biasa anda tak dpt diterima dia. anda cuba kontrol seboleh mungkin. anda hilang personaliti anda sedikit demi sedikit. lama-kelamaan, anda tak tahan lagi. anda rela ditinggalkan. and then u get what u wish!
rupanya dia mmg soulmate anda, tp bukan bakal suami anda! anda dan dia terus-terusan berhubungan sebagai kawan dan bertukar2 cerita dan lebih berterus terang. tiada rajukan atau kecil hati. tiada cinta, hanya rasa selesa dan gembira ambil berat satu sama lain.
JODOH! TUHAN YG TENTUKAN. WALAU BERAPA BANYAK ANDA TERPAKSA LALUI EPISOD CINTA, JADIKAN IKTIBAR SETIAP SATUNYA DAN DALAMI HIKMAH DISEBALIKNYA. ALLAH TETAPKAN YG TERBAIK UTK ANDA. ANDA MMG TAK TAHU SIAPA BAKAL SUAMI ANDA JADI BERDOALAH.
kisah sebenar ke kisah tak sebenar..heheh
BalasPadamkisah2 yg dikhabarkan setakat yg patut2 sahaja....
BalasPadam