Monday, June 18, 2012

Team Malaysia Fan Run 2012

last Sunday pergi main lari-jalan-lari..jalan banyak di Dataran Merdeka. cuaca yang berjerebu tak menghalang hampir 7000 peserta.

jam 8 pagi baru start running. sebelum tu diperkenalkan atili2 negara yang akan menyertai Road To Olympic di London. kemudian 7km runners berlepas. masa menunggu tu nampakla pakcik veteran yang pernah berlari 42km tersenyum pada zcat. dan aksi2 peminat pakcik yang tua tapi hebat pun bermula dengan panahan flash2 kamera yang bermacam jenama. okay aku bosan tiba2 tengok 1 budak perempuan spoil di pampered lebih2 oleh ibu bapanya.

bila tembakan dilepaskan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, kami semua berlari sambil2 aku cuba buat muka Mr. Photogenic Guy during marathon. haha. lepas tak nampak diorang, dah aku jalan je..penat.

tengah2 jalan, guruh berdentum..diikuti hujan renyai2 dan tiba2 terus lebat selebatnya. aku pun jalan jelah sebab nak tiba juga di garisan penamat. zcat sampai lambat sikit, kaki dia sakit.

aku berteduh di Bangunan Mahkamah bersama runners lain. kami semua kebasahan. Kuyup!

setelah hujan reda, kami pun pergi collect goodie bag. dan aku dapat 2 goodie bag. yay!
baju dibungkus cantik last week ambik di Wisma OCM


beg ni sangat besar...




hehehe aku muka sememeh. baju basah lencun. gatal2 wei..spek aku dah berkabus teruk..

Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.