Masa mula2 bekerja aku menumpang tinggal di rumah kakak aku di Bangsar. Lebih tepat kuarters pegawai KTM. Masa tu anak kakak aku berjumlah 7 orang. Aku sempat jaga kakak dalam pantang, dia lahirkan anak 29 Februari 2004 dan aku dapat offer kerja 15 Mac 2004. Anak sulung dia nak ambil SPM tahun tu. Jadi memang tiada siapa yang jagakan dia sangat. Tapi sebab dah 2 minggu ok kot lagipun dia dah ada pengalaman. Boleh camtu?
Kakak aku ni pada mula tak setuju aku pergi kerja tapi aku cakap susah aku cari kerja tak dapat2. Ni dah ada orang offer kira dah baik. Itupun sebab ada orang tolong hantarkan resume aku. Senang cerita guna orang dalam. Lebih tepat masa aku jadi volunteer kat Petrosains ada pakcik bahagian maintenance yang minta resume aku nak hantarkan ke HR ofis dia.
Masa tu aku memang banyak hantar resume tapi takde siapa menjawab. Yelah aku habis belajar Oktober 2003. Graduation day aku hanya pada bulan 8 tahun 2004. Takde pengalaman..fresh grad. 0 okay.
Aku pun bantai pergila walaupun aku minta gaji RM1800 tapi dapat RM1000 je. Alasan aku fresh grad la. Aku ingat lagi bos HR tu cakap kat aku. Yang GM tu memang nak pakai orang. Aku iya kan jelah. Desperate gitu...umur dah 27. Ah aku memang habis belajar lama tapi tak pernah repeat sebab aku pergi banyak sekolah. Sekolah biasa..sekolah pondok...sekolah agama...matriks...universiti.
So hari aku bermula jam 830pagi dah kena ada kat ofis di Wisma Central. Jadi pagi2 aku akan naik PUTRA-LRT dari Bangsar which is very convenient sebab aku just turun kat KLCC dan menapak sikit pergi bangunan sebelah. Masa tu tambang RM1.60 ke RM1.80 sehala. Bangsar-Pasar Seni-Masjid Jamek-Dang Wangi-KLCC. Masa tu KL Sentral tapak pun takde. Perjalanan dalam setengah jam. Jalan kaki dari rumah kakak aku 10 minit. Naik stesen tunggu tren bergantunglah. Selalu 4-5 tren berlalu sebab penuh. Haa kalau macam ni memang azab..Jadi aku suka keluar rumah jam 7pagi..
So aku selalu jadi orang terawal sampai. Sudahnya aku diberi kunci pendua untuk buka pintu ofis hampir setiap hari. Ni pun gila gak sebab diorang percaya kat aku walaupun baru....
Bila balik kerja masa balik jadi lebih lama. Orang ramai. Boleh jadi sejam. Pastu jadi penat nak jalan kaki balik rumah sebab atas bukit. Hoii kalau hari hujan lagila mencabar.
Ada hati tren rosak aku kena naik bas. Aishhh pening gak sebab tambah masa. Pulak kena tukar kat bus stand Klang. Pastu cam biul2 sikit cari bas ke KLCC.
Haa macam ni dah bertambah belanja
tambang. Sebab masa tu aku guna pas tren RM65 sebulan.
Bulan 10 aku kena transfer kat Ampang lak. Lagi laa bertambah tambang. Aku pun kena ambil pas bas+tren. Harga tak berapa ingat masa awal2. Takde pun. Aku guna touch n go je rasanya. Bila dah ada tu dalam RM100 sebelum last aku beli dah kena caj RM125. Tapi dah tambah boleh guna STAR-LRT. Memang takdelah bas RapidKL ada Intrakota dan Cityliner je. Naik bas Metro cepat je tapi benci sebab dia suka tunggu lama2 nak kasi penuh penumpang. Kena sediakan syiling naik Intrakota 90sen. Kalau ko masuk singgit dia tak pulangkan. Benci je. Kadang ada pakcik baik tu dia pulangkan. Tapi dia pun tak kose nak sediakan syiling. Zaman tu pakai syiling emas singgit.
Memang benci sangat bila tren rosak. Aku ada pengalaman la masa tu KL Sentral dah siap. Ada manusia terjun atas trak. Nak bunuh diri. Bongok betul. Menyusahkan kamila....dah kena naik 3 bas. Letih ok. Memang sampai lambatla kalau kes camtu.
Selalu aku memang sampai awal. Masa kat Ampang tu masuk kerja jam 9 pagi tapi aku tetap keluar awal. Tak boleh harap sangat bas kat Ampang Park ke Ampang Point tu. Selalu penuh dan terkejar2. Lagi kena tahan dengan polis trafik kat simpang Jelatek Perkeso. Paling teruk 17 minit kena tahan. Hampeh tul. Still aku manusia terawal dan dapatlah pegang kunci.
Ada sekali aku sampai awal tapi tertinggal kunci jadi aku tunggulah. Pastu MD sampai..bos HR tak sampai lagi. Hahahahaha..tu yang aku nak gelak. Sebab bukan kewajipan aku bukakan pintu ofis. Dan cleaner pun tak datang kerja hari tu, cuti. Aiii rumah memasing dekat semua lambat sampai..aku dok Bangsar kot. Pastu aku buat dek je..ko HR ko lah wajib ada kunci.
Masa balik aku leh jadi 2 jam. Oh pergi kerja 1 jam. Gilalah..dah jangan tanya masa bulan puasa dan hari Jumaat. Aku memang tak mampu beli kereta sebab gaji akhir aku kat company tu RM1300 je walaupun dah 3 tahun lebih kerja. Kontrak lagi.
Jawatan akhir aku...Akaun Eksekutif. Jaga 7 akaun projek. General cost accounting. Multi task.
Isnin, 13 Julai 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
rindu tapi ini pengalaman pertama jugak dalam hidup aku...aku lg la diploma je gaji starting bg rm700...byk memori nokkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
BalasPadamYe memang banyak sangat pengalaman masa tu...zaman2 tengah naik....katanya.
Padamoo..akak pon abis blaja lmbt ek.. sy pon..step by step..otak tak geliga sangat.haha..tu jauh sikit perjalanan nk dpt dip je pun..umur dah 25.. naseb lepas grad trus dpt offer...lain org lain rejeki.
BalasPadam