Pagi selasa kami bertolak ke Penang dulu. Asalnya tak mahu pergi. Encik Sebelah nak pergi makan laksa zaman sekolah kat stesen keretapi Bukit Mertajam tapi tutup pulak. Jadi kami pun calling2 ajak makan sekali kat kedai mamak tepi Giant Seberang Jaya. Kami pun pergi rumah kak ted dulu amik dia dan suaminya. Anak2 semua takde. Yang bongsu nak duduk rumah je.
Lepas makan nasi kandar baru pergi balik rumah kak ted nak tukar lampin Aqlan. Lepas asar baru pergi ke Sungai Petani.
Jadi inilah rupa bilik hotel kami untuk 4 hari 3 malam. RM70++ semalam. Bayar RM300 je. Tanpa sarapan.
|
Bantal 4 je. Takde tambahan dan takde kusyen |
|
Ada benda asas ni aku dah ok. Takde kettle susah woo tapi kat luar bilik kami ada machine air sejuk panas Coway. Okaylah tu |
|
Takde meja jadi rak ni kami letak beg2 kami yang ringan |
|
Ini jelah mejanya untuk letak beg |
|
Takde almari. Hanger disangkut diluar bilik air |
|
Bilik air..hurmm aku cuma komplen pasal kepala paip air ni je. Bila ditanya katanya semua bilik dibuat begitu. Kau tak dapat tekan dari kepala paip kena pusing kepala paip utana kat tepi which is leceh bila nak bersuci |
|
Shower yang best. Puas mandi woiiii. Ah ya sabun mandi tekan jelah kat dinding dah tersedia. Takdela boleh nak bawal balik dalam botol2 kecil tu. Haha. |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.