Ahad, 22 Oktober 2017

Kadang2 Jadi Manja Sebab Sakit

Rasa tahun ni ujian kesihatan agak lama melanda pada diri aku. Bulan 7 masa bulan Birthday pun sakit nak dekat sebulan. Now bulan 10 bulan birthday suami sakit pun dah nak masuk 3 minggu.

Banyak plan2 terbantut. Contohnya nak buat surprise kat laki. Sudahnya surprised laki dengan bil surgery. Hanya kek yang sempat ditempah dari kedai kek Jalan Tiung dan dibelanja adik ipar. Kek ke chocolate tarts.. tapi rasanya sedap dan semua orang happy dengan pemilihan aku. Aku sendiri makan sikit je. Semua makanan nak kena hisap sampai hancur baru boleh telan.

Dalam pada masa aku sakit ni mak dan abang sulung aku pun sakit. Kesian mereka tu. Rabu lepas aku lawat mak. Tengok mak sakit sedihla..sebab aku sendiri sakit dan tak dapat tolong jaga. Ya kami adik beradik ramai tapi mak pilih siapa yang dia nak untuk jagakan dia. Disebabkan mak berkeras nak duduk dengan abang di KD, kami adik beradik datang bergilir2 tengok mak. Ada yang tolong masakkan bubur. Aku? Beli kuih je. Sebab aku sendiri lemah.

Ikut sejarah sakit aku ni memang kalau aku jatuh sakit aku jadi lemah semacam. Apa pun tak daya. Tapi bila ada daya aku cuba juga buat kerja2 ringan. Tapi bila dah ada suami memang kadang2 nak manja2. Tapi bukan setiap masa. Cuma minta laki memahami yang aku tak daya angkat bakul baju untuk dibasuh, cuci pinggan, mandikan Aqlan.. bila dia pergi kerja kadang2 aku susah hati. Aku tak larat masak. Sudahnya Aqlan aku bagi makan roti dan jem. Bila dah laki balik malam tu baru makan ok sikit. Aku sendiri tak mampu nak mengunyah ni tak tahulah esok apa nak makan. Aku suka berharap yang aku kuat dan sihat esok jadi boleh masak2. Lauk macam2 ada dalam freezer tu.

Sampai la ni aku masih makan ubat yang pelbagai untuk sakit saraf, batuk berkahak dan gigi yang baru lepas operate.

Cerita pasal operate gigi dalam group family, masing2 ada cerita rupanya...yang terbaru sorang kakak nak kena juga buat bulan depan. Dia pulak dah takut2 bila aku citer kisah aku. Tapi aku cakap lain orang lain kes la. Dalam group kami kan ada doktor gigi dia rilek2 je citer. Siap pesan jangan makan benda panas2. Aku lak cakap aku rindu nak makan. Asyik makan bubur dan sup je. Haish bila nak citer apa jadi pada aku lepas sejam bedah tah.... pengalaman yang SANGAT menyakitkan.

Tunjuk gambar p makan tadi dahla...


Sup ikan overcook. Kenyal. Lagi susah aku nak makan..

Sulky sebab kena marah dia main mangkuk kaca. 

Kami je yang lunch tadi. 



Dah 46 suamiku encik zcat. Maaflah isterimu tak mampu nak masak yang special. 


2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.