Ahad, 1 Oktober 2017

Perilaku Zalim Tanpa Sedar

Zalim ialah mengambil hak tanpa kebenaran. Sedar2 je macam2 musibah dapat. Tu pun kadang2 tak sedar juga.

Kita selalu dengar pemimpin yang zalim. Rakyat menderita. Akibat peperangan, kezaliman penakluk2..kita nampak yang besar2 je..kita lupa ada perbuatan kecil kita rasa alahhhh apa sangat tapi sebenarnya zalim. Dan apabila didoakan ke atas penzalim oleh orang yang teraniaya, maka sampailah doa tu.  Kerana doa orang dizalimi tiada hijab/penghalang.

Luasnya perbuatan zalim ni takdelah aku nak bincangkan. Tapi aku cuma nak share keadaan zalim yang berlaku tanpa sedar ni. Aku mungkin pernah lakukan..korang mungkin pernah lakukan juga..hurmm.. ya tanpa sedar.

Double park - berapa ramai orang merasa susah untuk lalui satu2 jalan tu kalau kenderaan di parkir sesuka hati. Dah sempit kan..kalau tersagat kereta tu tahu pulak marah2. Orang yang nak keluar parking pun sakit hati, hon 80x pun tak muncul2 orang yang block kenderaannya. Adalah lebih baik kalau diletakkan nombor untuk dihubungi di atas dashboard kereta anda.

Parking di garisan kuning - kat situlah nak parking kenderaan.. siap parking semalaman. Ada sebab kenapa garisan kuning digunakan. (Malas aku nak tulis pasal parking kat tepi2 jalan yang memakan jalan2 awam. Laluan untuk 2 kereta jadi satu misalnya).

Rosakkan barang tuan rumah - ni macam bertamu tapi tiba2 ada anak yang rosakkan barang tuan rumah. Tuan rumah cuba senyum2 tahan diri..si pelaku buat2 muka comel. Eldest yang bertanggungjawab bawak budak tu tahu minta maaf je..ke ada yang biarkan je? Takde ada unsur2 nak ganti. (Kalau adik beradik, saudara mara, anak beranak lagila boleh pulak cakap takkan itupun nak berkira!) Zalim tak kira siapa ya.

Haiwan merosakkan harta - pemilik haiwan cuma cakap alah dia makan je..kalau disebabkan haiwan tu, yang kau sengaja bebaskan untuk makan rumput free ke pastu merayap2 di atas jalan sampai melibatkan kemalangan ko jangan ingat ko lepas. Jangan tahu cakap haiwan tak berakal. Ko owner haiwan tu mana letak akal?

Zalim ni banyak, luas dan selalu orang terlepas pandang. Even menyandar pada kereta orang pun zalim. Fikir2kan apa kezaliman dah kita buat hari ni?


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.