Tapi sementara nak tunggu buku2 yang baru sampai aku khatam baik aku review beberapa buku lain dulu. Aku review ikut kegemaran aku pasal satu2 buku.
- Aku tak kisah buku tu tebal atau nipis yang penting font dia. Aku tak suka sangat font kecik gila macam kamus atau besar macam buku teks sekolah rendah pulak.
- Aku ada penulis kegemaran. Itupun aku baru "tersedar" selepas 6 tahun membeli Buku Fixi.
- Penulis kegemaran aku mestilah gaya bahasa dia ada unsur lelucon sikit. Nangis2 pun takpe. Kalau straight dan banyak bahasa sains aku terus nyampah.
- Aku suka buku jujur. Macam aku pulak boleh masukkan diri dalam cerita dan jadi watak tertentu. Kalau aku takde rasa tu maknanya buku tu memang no lah untuk aku....tapi kalau dah beli baca jelah. Tu pun...sangkut2.
- Aku memang suka movie fiksyen tapi novel ni aku tak berapa gemar. Aku suka kisah2 kehidupan yang jujur. So unsur2 macam zombie, paranormal, tak masuk akal.. bahasa sains terlebih2 aku pun meluat. Eh 2 x aku cakap kan maksudnya memang aku tak sukalah.
Minggu ni aku baca buku....
SASAR BY SYAIHAN SYAFIQ
Penulis bagi novel bersiri Bisik, Koyak dan M. Dalam Sasar juga ada watak Nazzman. Haaaa terus boleh dikaitkan. Ni buku psiko. Dan ada juga cerita berkisar di UKM (my Uni), PTSL.. so aku gembira la. Gambaran tempat2 tu aku boleh bayangkan. Ada Nu Sentral. MidValley. Cerita ni aku rekomen pada yang suka psiko thriller. Sayang, Penulisnya dah meninggal awal tahun lalu. Aku cuma tahu melalui IG. Aku pernah berbalas borak juga dengan beliau di IG.
BADUT dari karya terjemahan Bahasa Indonesia
Pasal Badut ni macam sesuai pulak baca dengan pasca cerita IT. Tapi twist la pula. Badut ni baik je. Nama dia Oyen. Tiba2 dijumpai mati tergantung diri. Padahal bukan dirinya seorang yang mudah putus asa dengan kehidupan walaupun hidupnya sangat miskin. Hurmmm fishy kan. Apa lagi pembunuhan akibat cemburu la. Pastu dah ada cerita2 pulak Badut ni roh tak tenteram dan kacau orang kampung. Mulalah orang kampung cek diri diorang ada tak buat dosa dengan badut ni masa dia hidup. Aku pun mula2 tak faham. Tapi aku memamg suka la dikenakan penulis untuk berfikir hingga hampir hujung cerita. Suasana perkampungan di Indonesia dapat ku bayangkan. Dengan memanggil tok dukun la.. pak polisi la..
PAKAR BY NADIA KHAN
Ada 2 cerita. Dua2 pun pasal pakar. Satu pakar cinta satu lagi pakar sakit jiwa. Bacaan ringan2 je. Nadia Khan buku2 dia seperti Gantung dan Kelabu banyak berkisarkan orang2 muda. Tapi yang ni lebih dewasa. Buku ni tak kick la bagi aku berbanding 2 buku dia sebelum ni.
VELVET
Siapa penulis aku tak ingat. Tulah kalau buku tak best memang aku tak berapa nak hafal nama penulis. Ni pun cerita bunuh ugut bunuh gitew. Hasil kejahatan masa sekolah dulu. So siapa2 masih belajar tu jangan buli sangat orang. Diorang ingat dan balas dendam. Ko ingat hidup ko aman la dah tua2 kan. Sekali dibalas kau pun tak duduk diam. Tapi cerita ni banyak tak masuk akal. Di epilog ada pula sambungan dia. Tahla aku nak beli ke tidak..nyampah aku dengan watak2 dia.
now aku tengah baca 'Asrama 2'
BalasPadamBaru habis Gantung 2. Dehh..
Padamwahhhh.. mesti akak dah banyak koleksi buku fixi kan.. e'in baru nak berjinak-jinak.. hihi
BalasPadamBolehla...tu pun dah lama tak beli sebab buku2 yang dah lama dibeli tak habis2 baca lagi. Ikut mood dan kesesuaian masa.
PadamSetakat ni belum pernah lagi baca fixi...hihi
BalasPadamUntuk pembaca matang katanya. Sila bersedia dengan perkataan2 yang xxxxx rate.
Padam