Khamis, 8 Mac 2018

Bila Takde Air

Kami kat BK jarang2 kena takde air. Tapi minggu ni kena jugalah. Ingat tak kena sebab 6hb Selasa tu masih ada air. Rabu 7hb pagi jam 8 dah takde air. Huahua..masa tu yakin dah masukkan sikit air dalam mesin basuh. Sudahnya separuh je.

Kemudian pergi klinik sebab Aqlan demam. Alololo naik umur baru demam. Dah bengkak tonsil. Malam semalam tu dia punya badan panas. Siap ukur suhu nak cecah 38°. Puas tuam dengan air suam bagi pori2 terbuka. Masa tu jam 11 malam.

Lepas balik klinik laki ajak pergi beli lauk. Aku nak beli sarapan sekali. Sebab masa sebelum keluar ke klinik air ada semula. Cuma tak besar. Aku masak nasi dan sup daging sebab nak bagi Aqlan makan.

Sampailah jam 4 petang camtu air dah takde. Keluar angin je. Pasrah jelah dah la tak tadah air. Sebab yakin air akan kembali esok.

Baca berita pulak pasal jadual air terganggu sebab paip pecah masa testing tu. 5 orang pekerja cedera. Kuasa air kan. Sudahnya air mungkin datang hari Ahad. So mana nak cuci pinggan dan kain sebab nak jimat air tangki rumah. 2 beradik tu cuba mandi kat gym. Aku dan Aqlan memang mandi kat rumah lerrr...

Tengah fikir malam Sabtu apa kata kita pergi rumah adik...kekeke...jenuh ni nak tunggu Ahad. Nak masak pun kena yang lite2 je tak guna banyak air dan pinggan mangkuk.

Kat bawah ni gambar2 orang share di Telegram.



8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Rela takde letrik dari takde air..cubaan..kena sabar.

      Padam
  2. Bila tak ada air, nak memasak, membasuh semuanya tergendala...

    Mandi pun bercatu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mandi sekali je takleh cuci rambut 😂😂😂

      Padam
  3. Balasan
    1. Ko bukan balik Ampang ke.. haha. Takpelah dapat jugak mandi kat rumah abang.

      Padam
  4. Pergh.. Gitu kisahnya..
    Semoga diPermudahkan segala urusan kalian di sana. Air xde memang perit. Banyak urusan terbengkalai juga.

    Salam kenal & singgah Zaleha Pengedar Youth

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang perit sikit. Terima kasih kerana singgah 😀

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.