Apa sebab nak test makan kat kedai ni? Sebab perkataan dalca. Laki memang suka makan lauk dalca..ala nanti kenalah belajar masak dengan mak mertuaku..
Lagi satu datang sini makan kes takde air. Apa nak masak pun kat rumah tu kalau air setitik pun takdak dari tangki. Tangki boleh bertahan 3 hari pun dah kira bersyukurlah. Itupun laki dan adik ipar pergi mandi di gym.
So sebab pergi hari Jumaat ada special menu..nasi hujan panas. Terusla aku order sebab aku memang suka makan. Laki aku order dalca la. Aku share dengan Aqlan sebab tengahari tadi makan nasi lemak tetek dah 2 bungkus. Aqlan pun dah makan roti canai sekeping.
Makanan dia sedap. Oklah not bad..tapi kan nak habaq sikit..masa keluar dari kedai aku baru perasan ada patung kucing yang tangan dia asyik gerak suruh datang tu kan..pastu laki aku lak baca lesen sape owner. Oklah seorang lelaki berbangsa Cina. Muslim ke tidak..wallahu a'lam. Tapi staff semua Muslim. Itulah berani masuk..
Lepas tu barulah ke rumah abang aku sebab aku belum mandi lagi hari ni. Air tiba2 habis sedang elok aku basuh kaki lepas mandikan Aqlan sebelum Zuhur. Pastu laki amik aku lepas dia solat Jumaat, bawak p solat dulu kat surau awam. Nasibla rumah abang kat KD ada air weh..
Jumaat, 9 Mac 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.