Welcome To My Random Stories. From blogging about my family, recipes, hobbies, eating out and good bargain place. A little chit chat about myself so you will know me better.

Saturday, March 17, 2018

Red Wok, Bandar Baru Bangi

Asalnya nak makan kat area rumah je. Tapi bila laki tak jumpa beg duit dia..dia rasa tertinggal kat ofis. So ke BBB la..sebab semalam ada pergi ke ofis waktu malam ambil dokumen. Kot kot terbawak dan tertinggal.

Bila cari di ofis tak jumpa jugak.. maka kenalah kita keluarkan duit dari bank..nasibla ada bawak kad. Duit tunai memang jarang ada banyak. Selalu emergency je baru guna tunai.

So nak pergi makan kedai lain tapi kedai tu dah nak tutup. So kami masuk Red Wok jam 10 malam.

Rupanya steamboat. Tapi ada juga menu boleh order. Oklah dah lapar nak makan goreng2 je. Tengok harga bufet murah juga tapi aku kan rugi tak makan bufet.

So pesanlah makanan. Dah lapar gila. Last makan tengahari. Pastu buat kerja spring cleaning. Fuhh banyak betul barang. Kalau kena pindah nangis.





Makanan sampai dalam saiz yang agak besar. Boleh makan 2 orang satu pinggan. Tapi sebab lapar habis jugak. Cuma aku makan tak habis sebab ikan bilis tu masin sangat. Pulak2 pergi minum air mangga. Memangla kenyang cepat. Aqlan makan 3/4 dari hidangan. Boleh tahan budak ni makan..nasi goreng cina je tapi sedap.

2 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Recent Comments