Sabtu, 3 Mac 2018

,

Aqlan Birthday Celebrations No. 2

Selepas sambut dengan opah dan atok now sambut dengan nenek pulak dan sepupu2 kecil di Senawang. Kenapa Senawang?

Adik baru beli rumah kat sana jadi dah alang2 nak datang tengok rumah baru dia kami sambut Birthday Aqlan lagi. Saja nak bagi budak2 makan kek.

Adik pun ada anak sebaya Aqlan. Tapi dia lahir bulan Februari dan sudah disambut dengan keluarga sebelah iparnya masa CNY. Walaupun budak tu lahir 21 Februari. Eh kira dia pun celebrate awal. Hehe.

So waktu nak pergi tu sengaja lambat sebab adik ipar nak masak2. So dia nak pergi pasar bagai. Oklah kami pun lambat2 la datang. Dah sampai Senawang siap pergi cari kek dan masuk kedai 2 ringgit. Kekekeke. Ni semua kat bandar so dah tersasar dari rumah adik. Kena patah balik lah.

Hujan lebat pulak kat Bandar Senawang kemain. Bila sampai rumah adik ada angin sepoi2 je. Eh...kuasa Allah kan. So sebab semua dah lapar..diorang pun belum makan sebab tunggu kami. Jam pun dah nak 2.50 petang, maka kami semua pun makan secara berjemaah dengan kadar segera. Kekeke..

Adik ipar masak nasi beriani dan kuah kari kambing. Sedap gila kot. Semua orang makan nasi bertambah2. Ada juga sayur kobis goreng, ikan bawal goreng dan agar2. Sebab semua lapar, satu gambar pun tak amik. Ko percaya jelah.

Dah makan kekenyangan pulak. So ada yang layan TV, PC, HP dan mata. Budak2 memang main siap mengusik dan menangis. Eloklah sangat..

Aku pun akhirnya tertidur juga. Dah nak jam 6 baru nak siap2 sambut Birthday Aqlan. Tapi dia pun tidur dengan aku tadi tak bangun lagi. So bila dia bangun baru kami pasang lilin bagai.

Aqlan ni malu2 bila orang nyanyi lagu Happy birthday. Haha kelakar. Tapi abahnya amik video je. Satu gambar pun takde. So takde gambar kek...dan kuih muih. Yang pasti semua bertambah kenyang. Kali ni kek Aqlan dari Secret Recipe..New York Cheesecake.

Jam 9 malam baru kami gerak balik. Kemain lepak rumah adik siap dia offer tidur. Kami bawak baju nak mandi sebelum balik je. Baju untuk esok takde. Lagipun esok anak dia nombor 2 tu si Hannan nak masuk acara lari 4×100meter. Bangga sat mama dia sebab sorang tulah yang layak masuk sukan.

Bila nak balik tu ingat nak bergambar ramai2 tapi adik aku dah start sakit perut muka dia dah berkerut2 tahan sakit. Katanya selepas pegang anak kucing dia lupa basuh tangan terus makan betik. Oklah salam2 je sudah lain kali boleh datang lagi. Hehe..

Gambar chandelier je aku amik. Haha.


1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.