Sabtu, 31 Mac 2018

Lawatan Ke Petrosains, KLCC

Asalnya nak jumpa kawan2 lama yang masih lagi buat2 kerja untuk Petrosains. So sambil tu melawat la kawasan exhibit. Last time pergi Aqlan masih dalam carrier.

Harga tiket RM20 untuk dewasa. Kanak2 tak ingat. Tapi masa pergi tu ada diskaun 10% sebab satu exhibit ditutup iaitu Diorama. Kawasan dinosaur dan gunung berapi tulah..tapi itulah tempat yang aku nak tunjuk ke Aqlan sebab dia suka volcano.

Kami sampai jam 10.30 pagi camtu, orang masih belum ramai. So cepat je queue untuk naik dark ride. Share dengan satu keluarga cina. Aqlan pulak bising nasib boleh kawan dengan anak cina tu.

Dah naik dark ride mulalah terkenang kisah lama. Haha..inilah tempat pertama aku bekerja. Walau jadi volunteer je tapi aku sangat enjoy dan kat sinilah social life community aku bermula. Kalau tak...haram nak bercakap banyak.

Petrosains dah 19 tahun....so adalah beberapa exhibit baru. Takkanlah nak kekalkan yang lama selamanya.

Syukurlah Aqlan suka benda2 sains ni jadi dia tak boring. Semua benda nak dicuba. Hehe.

Peace!




Dah tiba stesen pertama terus kena snap ambil gambar. 

Sengih jelah kan..bayar kemudian.

 
Angkasawan sleeping bag



Boleh berangan kat sini ambil gambar dan jadi astronaut. 

Ni tengah bawak kapal angkasa ok.

Stesen ketiga..yang kedua Diorama yang kena tutup sementara tu..

Kalau boleh dia nak main selamanya



Science play pasal proses penghadaman makanan sehingga menjadi tinja.

Terusla dia kata ewwwww stinky poop. 


Ni pun macam tanak bergerak. Seronok sangat main.

Seterusnya stesen keempat, Platform. Kehidupan pekerja dalam kapal pun sudah ditutup exhibit. Mesti ada sesuatu.. hurm.. dulu2 jaga sini seram boleh naik bulu roma kalau takde orang lain. Hehe..

Dulu kawasan helikopter ride. Now dah takde. Ganti proses mining.

Ni muka jaga platform zaman dulu kala..


Oil rig

Stesen kelima Speed. Dulu Downstream.

Dia punya suka jumpa enjin kereta lumba...


Kaki pendek tak sampai nak tekan pedal..hehe..

Stesen keenam ialah Molecule. Kat sini aku jumpa kawan. Ada cafe. Boleh makan dan lepak berjam2. Eh..

Dengan Nomy, volunteer terawal dan ketua alumni volunteer. Banyak kami borakkan..dari hal2 volunteers sampailah pasal anak2.

Suamiku sungguh setia dan sabar menunggu aku berborak sakan. Bagus jugak dia boleh berbual2 dengan Nomy macam kawan2.


Lawatan ni bermakna untuk budak ni.





Sebelum balik kami masuk tengok tayangan 3D. So bolehla layan cerita dinosaur kejap. Kat sini juga bolehla print gambar2 yang diorang ambil tadi. Total bayar RM37 untuk 1 print. Kalau nak bawak balik copy gambar2 lain dia caj RM10. Dalam tempoh 2 minggu kena claim melalui QR code. Kalau tak hilang.


Babai nak balik dah..3 jam dalam tu ok. Tu pun tak puas banyak yang tak terlayan..

 

2 ulasan:

  1. ada a few thing yg baru.. dulu angkasawan sleeping bag tu takdak..tapi nak pegi lagi macam malas nk repeat hahahaa.. tgok kat blog hang pun jadi laaaaaa hehehee

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.