Nasi Bambu Sekolah Tahfiz Kajang

Maafla nama panjang restoran ni aku tak berapa ingat. Tapi kali ni kami datang elok jam 12 tengahari lebih kurang. Tengok macam takde orang. Rupanya kami pelanggan pertama.

Masuk2 je Aqlan pergi main slide. Elokla ada tempat mainan kanak2. Aku pening kepala tapi berselera pulak nak makan nasi arab.

Aku tak tahu pun restoran ni sekali bangunan dengan sekolah tahfiz. Kiranya restoran ni pendapatan dia sedikit sebanyak menampung perbelanjaan sekolah ni? Sebabkan hari ni Ahad, dan cuti sekolah maka tak nampaklah pelajar2nya. Ada seorang je aku nampak. Kot dia pun baru sampai..

Pejabat sekolah

Kena buka kasut. Lantai bersih.

RM12 je

RM15 je


Air sedap..pulak2 minum tengah panas.

Overall makanan sangat sedap. Terutama nasi arab tu sendiri. Aqlan makan nasi kosong je.. boleh tahan dia makan banyak. Nak kena belajar masak nasi camni pulak. Laki suruh ya.
Share:

6 comments:

  1. lauk utk nasi yang rm15 tu nampak yumsss :D

    ReplyDelete
  2. wahh boleh try ni. tahfiz ni besar kan beb??? yg dekat dgn cibiuk kajang tu kan??? nak double chck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..p la makan sedap wei..nasi dia lagi sedap dari saba'. Oppss..

      Delete
  3. sejuk hati nak makan siap ada deko khat.. tempt nmpk clean

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau masuk kedai tu tiba2 kau pun jadi sangat beradab. Gitu.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.