Khamis, 16 Mei 2019

Aqeel Shah Dah Setahun

Yeay!

16 May 2018 Aqeel selamat dilahirkan. Selepas beberapa minit dilahirkan Aqeel perlu bantuan pernafasan kerana alami masalah. Masa tu aku tak tahu pun lagi.

Esoknya aku lihat Aqeel dalam inkubator sebelum dihantar ke NICU Serdang. Balik rumah berpantang seminggu takde anak. Hari2 berdoa. Laki pula tanpa jemu hari2 ke NICU sejak Aqeel dimasukkan ke sana. Aku hanya dibenarkan ke sana setelah seminggu untuk menyusukan dia. Itupun setelah dia dikeluarkan dari bilik pemerhatian yang memang hanya menempatkan 2 bayi pada satu2 masa.

Hari keluar dari wad NICU


Allah Maha Penyayang. Dia benarkan kami memelihara Aqeel.












Aqeel sudah setahun. Gigi sudah ada 3 batang. Selepas demam selsema dia kurang selera makan. Tak pasal2 kena bagi susu formula Lactogen campur cerelac sebab susu aku pun tak cukup. Dia makan terlampau sedikit. Macam2 dah cuba cara tak tahu dah nak bagi apa. Tapi...dia tetap aktif..meniti dari satu perabot ke perabot. Tetap boleh bergaduh dengan abang dia Aqlan. Haha.

Mungkin juga Aqeel masih bersama kami kerana Aqlan perlukan kawan. Kita tak tahu kemahuan anak2.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.