Sahur pagi ni jam 4 pagi dah bangun. Aqeel masih tak sihat tapi dah tak demam. Risau jugak kalau demam dah lebih 3 hari. Hidung dia tersumbat jadi susah sikit nak lena. Dengan aku sekali la tak lena sebab aku pun dah berjangkit.
Sahur makan nasi lemak Royal. Beli lebih semalam. Pagi ni laki yang panaskan. Nasi tu stimkan balik supaya macam baru masak. Ikan bawal pun masuk mod oven. Kalau microwave ikan jadi liat. Nasi jadi kering. Kemudian makan bendi kukus stim jugak. Sempat juga basuh kain 2 round.
Lepas subuh budak2 nak kena tidurkan balik. Sebab depa semua bangun.
Salam Ramadhan semua...
Isnin, 6 Mei 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.