Daging ayam dah keluar lepas zuhur tadi. Keras kejung dari freezer. Entah nak masak apa pun tak tahu. Maybe black pepper.
Meh nak buat recap apa telah dimakan sepanjang seminggu puasa. Supaya jangan repeat dulu.
Ahad 7 Ramadhan
Beli lauk kat Mastar..eh betul ke eja. Makanla daging salai, ikan keli bakar dan telur itik yums2 serta keria antarabangsa ubat keria yang beli kat Puncak Jalil keras dan banyak tepung tu. Masak puding jagung tapi masih lembut untuk dimakan.
Sabtu 6 Ramadhan
Masak Ayam halia dimakan dengan nasi tomato dan bendi stim.
Jumaat 5 Ramadhan
Rasa dah sihat...alhamdulillah.
Masak Ikan goreng jenahak dan tenggiri je. Sayur kubis masak lemak cair. Syukurla tak pecah lemak santan punyalah bersabar belajar masak ni...masak jeli puding. Masak ke setakat ikut resipi kotak..haha.
Khamis 4 Ramadhan
Masak begedil. Haha gigih. Dan buat inti karipap.
Rabu 3 Ramadhan
Beli lauk kat Kesum. Kari kambing yang sedap tu. Tempe goreng pedas, paru goreng pedas, daging black pepper semua serba sedikit.
Selasa 2 Ramadhan
Beli lauk kari jantung dan ikan lemak patin. Kari jantung pisang tu sedap gila jadi kena repeat balik atau pergi cari resipi belajar masak.
Isnin 1 Ramadhan
Memandangkan tak sihat, selsema batuk maka ke bazar la suami beli juadah berbuka. Tak ingat dah lauk apa..haha...tapi ada kuih talam yang sedap tu.
Isnin, 13 Mei 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hari2 buka nasi
BalasPadamDah semestinya WP. Anak masih menyusu.
Padam