Sabtu, 4 Mei 2019

Kedai Baju Serendah RM5 Sehelai

Kalau murah kita war war kan. Tapi satu jelah nak bagitahu tak ambil gambar kedai kat mana. Tinggal rajin nak pergi cari je.

Kedai ni dalam The Summit USJ. Mall yang kelam dan lesu. Tapi kami suka datang sebab semua bergerak perlahan. Haha. Takyah pening sangat kepala kalau tiba2 Aqlan lari jauh sikit masih boleh nampak. Dia dah pandai aim kedai mana nak tuju.

Ok kat tingkat LG sekali dengan McD. Takde nama. Maybe pop up sementara. Ada macam2 dijual. Pakaian, mainan, cable fon. Yang syoknya sebab selai RM5 dan kalau pandai cari jumpa pakaian yang kainnya sangat berkualiti. Bukan barangan terpakai tau. Tapi tak dapat lama shopping sebab Aqeel menangis. Dia tak sihat jadi dia nak aku je dokong. So abahnya mana tahu sangat nak pilih jenis kain. Yang penting corak kat mata dia. Aku jenis pilih fabrik. Sempat pilih baju je. Seluar tak sempat. Semua pun hanya beli untuk Aqlan.  Sian Aqeel pakai tinggalan abang dia. Hihi...asal masih elok buat apa beli baru kan. Ok mostly pakaian kat sini untuk lelaki. Ada je untuk perempuan tapi tak lawa dan terhad. Hahaha. So kalau nak beli pakaian untuk suami dan anak2 laki ke boleh datang sini lah.

Yang kelabu dan biru depan sekali tu laki yang pilih. Baju ni untuk umur 6 tahun. Besar sikit takpe sebab anak bujang tu cepat tinggi. Shawn the sheep tu fabrik macam Uniqlo. Saiz 120.

2 ulasan:

  1. Harga murah takpe asalkan berkualiti dan boleh pakai lama..SA pun sama..beli baju tgok kualiti harga tolak ketepi..lagi murah lagi bagus...baju raya SA ngan anak pun beli online je..senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pakaian susah sikit nak beli online. Sebab suka pegang fabrik. Ye betul yang penting tahan lama dan lasak.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.