Selasa, 28 Mei 2019

The Last Pneumococcal Vaccine

Finally we can wrap this vaccine. Kena ambil 4x. La ni Hospital Serdang pun sediakan khidmat ni. Tapi kami tetap buat kat Azzahrah. Ada caj doktor pakar la. Kalau kat Serdang tu caj vaksin sahaja...RM250. Claim selagi boleh kata laki.

Surau kat tingkat 1.

Dah lain sikit dari dulu2 la..selalu masuk sini untuk menyusukan.

Muka cengeyyy 

Lepas ni doktor cadang ambik vaksin untuk chicken pox. Boleh diambil selepas sebulan ambil vaksin pneumococcal..tapi dalam tempoh 3 bulan. Jadi kami laki bini tengah berkira2. Tak ingat Aqlan ada ambik tak. Sebab ni kena buat kat private jugak. Tak de kat gomen. Dan tak tahu berapa kosnya. Next KKM appointment just nak ukur berat tinggi tu. Sebab Aqeel hampir masuk draft line kuning. Dia kurus. Sedih.

Dari dah ada selera makan balik lepas demam hari tu, lepas kena cucuk ni dia punya selera kacau balik. Jadi doktor bagi sample susu untuk picker eateries. PediaSure perasa vanila. Cubalah juga ke anak ni. Hurmm dia tak berapa gemar. Kata doktor susu ni 100 kalori. Lactogen kami bagi tu 70 je. Jadi dia susah nak naik berat badan. Tengok lepas ni kami nak bagi susu kambing. Maybe beli Purenat tu.

Memang tak tahu nak bagi makan apa dah. Macam2 juga cuba..buah..nasi..sup ayam..roti.. hurm roti paling dia suka. Susu suka juga tapi aku bagi sekali je sehari. Especially waktu siang la sebab berpuasa susu kurang.

Kadang kita makan dia tengok mulalah mulutnya kecap kecap. Tapi ada makanan kita makan dia tak boleh makan. Kesian sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.