Khamis, 16 Mei 2019

,

Umur Masuk Setahun, Aqeel Shah Kena Inject

Lengkapkan vaksin ye dok. Kata misi next appointment 3 months lagi kita tengok pertumbuhan fizikal. Diikuti vaksin chicken pox. Kata misi kalau graf Aqeel dalam area kuning 3x berturut2 dia kena jumpa pakar. Maybe dirujuk ke pakar nutrisi. Sebab Aqeel tak lalu makan lepas jatuh sakit minggu lepas berat dia macam tak gerak. Masa jumpa paed Tiny Tots tu berat 7.8kg. Ke paed Serdang 7.4kg.. misi KKM Puchong cek dah 7.5kg. Alahai...tapi ketinggian ok. Naik.

Masa cucuk nangis sikit. Kena cucuk kat bahu kanan. Lepas tu upah susu. Kemudian nak kena jumpa doktor gigi pulak. Tapi doktor takde, misi suruh datang esok, Jumaat. Jumaat pemeriksaan gigi hanya untuk kanak2 di waktu pagi. Jadi nak bawak Aqlan juga cek la. Sebab gigi tengah Aqlan dah ada lubang kecil sangat. Yuhana cakap kena rajin berus takle tampal. Anak dia pun kena sebab tak pantau masa mula2 hantar nurseri. Ok Yuhana tu doktor gigi, anak buah aku. Tapi duduk kat Rompin nun. Jauh pulak. Hehe.

Jadi kami cadang untuk bawak cek gigi lepas bulan puasa la. Ada pulak ibu yang berpantang minum ais depan aku. Ish ish. Baby dia kecil lagi maybe kena kuning. Elokla bapak budak tu yang dokong. Aku ke KKM laki tak pernah teman sebab sini parking cam susah sangat. Bilalah bangunan baru tu nak buka...

Kali ni memang kena bawak Aqlan sebab takde orang boleh jaga dia. Laki ke seminar. Takkan nak bawak. Dah pakai stroller senang suruh Aqlan duduk atas tu. Aqeel? Memang nak dokong jelah...manja noooo baby ni.

So dah settled semua lama juga tunggu laki datang. Yelah tu pun dia lari2 la..sebab seminar panjang habis petang. So lunch time tu dia amik kami. Kami dah ronda2 klinik. Baru nampak kafe, farmasi, klinik diabetik. Hehe.






Sebelum balik rumah beli kek siap2 untuk Aqeel. Aqlan dulu 1st birthday pun beli BR jadi Aqeel pun kena dapat BR. Baru adil. Walaupun nanti yang makan bukan dia. Hahaha.



Lepas terawih baru potong kekla.. abah dia pi masjid. Sementara tunggu tu aku dan Aqlan dah tertido. Aqeel mata bulat siap cium2 Aqlan yang tengah tidur. Hahaha..gaduh sayang la tu.

I hope you 2 always support each other in good things la. Jangan komplot nak menderhaka pulak.

So Aqeel dah turn 1. Aqeel belum pandai berjalan. Tapi dia suka meniti dan merangkak laju. Tiba2 je dah keletang keletung kat dapur. Memang barang2 kat dapur bagi dia main yang stainless steel atau plastik je. Yang kaca semua pindah tinggi. Seram weh.

Badak ke biru tu dia masam muka

Flavour cookies and cream









Potong kek

Pastu macam menyesal jari2 tangan dah hijau

Sebelum kejadian selet2 atas meja





0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.