Sabtu, 7 Disember 2019

Dark

An original Netflix series. 1st aku yang godek2 apa nak tengok. Laki layankan aje bila aku dah pegang remote. Haha. Ikutkan hati aku buat marathon je tengok tapi laki aku jeling wehhhh..dia pun dah terjebak. Ala2 Stranger Things.


1st Episode Secret

Ok first episode je dah ada laki gantung diri. Ada pulak tinggal nota bunuh diri. Masa ni June 2019. Fast forward Nov 2019 seorang remaja lelaki jerit kat mak dia sebab letrik terputus jadi susu basi. Sekali camera shoot mak dia tengah main..giler tak censored. Matikla tak boleh ada Aqlan tengok sekali.

Ok seorang remaja lelaki bersama Erik hilang. Jadi pencarian belum berakhir tiba2 Mikkel pulak hilang secara tiba2 semasa diorang ramai2 pergi ke gua nak ambik barang tinggalan Erik. Ulrich - Bapak Mikkel ni ada abang nama Mads pun hilang masa baya2 Mikkel dan tak dijumpai sampai ke sudah.

2nd Episode Lie

Masa pencarian ramai2 diorang jumpa mayat seorang budak so dia panggil Ulrich. Sekali post mortem bukan anak dia tapi budak lain dan budak tu bersama2 dia adalah barang2 dari tahun 1984 ke 1986 camtu. Budak tu pun mati macam burn kat keliling mata dan kepala. So diorang tak tahu budak tu siapa.

Sejak Mikkel hilang, bapak Mikkel dah tak tentu hala la cari anak hilang. Dia masuk dalam gua dan jumpa satu pintu bertanda nuclear. So dia pergi pejabat Nuclear Plant tu nak minta masuk cari anak dia.

Masa ni juga ada seorang lelaki berhud kepala check in hotel sendu - takde pengunjung sejak kes Erik hilang. Lelaki ni buka satu beg dan ada mesin yang pelik.

3rd Episode Past And Present

Seorang wanita dalam kereta dengan anak dia nama Regina nak ke pejabat. Pakai2 lipstick kaler merah mak ngah. Rupanya dia akan jadi pengarah Nuclear Plant yang baru.

Mikkel pulak dah masuk rumah jumpa seorang wanita. Wanita ni pulak teriak ada jumpa Mads tak..Mikkel lari dia rasa pelik. So dia pergi sekolah cari mak dia..masa ni Mikkel masih tak sedar dia di tahun 1986.

Masa ni juga ada kes burung jatuh mati tiba2..biri2 pun sampai 33 ekor mati tiba2.

Dalam episode ni baru ada pengenalan karekter. Haaa sangkut.. anak aku ajak naik tidur.


4th Episode Double Lives

Ulrich cuba buka pintu dalam gua. Mikkel pulak cuba masuk balik dalam gua nak balik ke tahun 2019. Laki cakap tengok sikit je..haha..

Charlotte meminta post mortem untuk burung2 yang mati secara tiba2. Ada pendapat tukang bedah, Satu alat memungkinkan telah menghasilkan medan elektrik yang membunuh burung2 tersebut.

Jonas memasuki gua berdasarkan peta gua yang dijumpainya di dalam bilik ayahnya menggantung diri.

Elisabeth hilang semasa pulang bersendirian dalam kehujanan sebab Charlotte leka dengan penyiasatan yang membawanya ke dalam sebuah bunker. Masa ni aku sendiri dah berdebar budak ni kena culik atau termasuk masa lalu.

HINT. SETIAP KALI SATU BUNYI DENGUNG KELUAR AKAN BERLAKU SATU KEJADIAN MISTERI.

Malamnya Elisabeth pulang dengan membawa sesuatu untuk Charlotte. Katanya pemberian Noah.

5th Episode Truth

Keesokan hari, Yasin hilang semasa berjalan bersendirian ke sekolah. Alaaaa sianla budak2 ni asyik kena culik.

So macam biasa sambung esok..budak kecil pun dah pandai off Netflix guna remote.

Jonas dapat satu kotak yang dipos dari hotel.

6th Episode Sic Mundus Creatus Est (Thus The World Was Created)

Jonas telah memasuki gua menggunakan barang2 dan arahan dari kotak yang diterimanya.

Ulrich buka peti mayat untuk pastikan bahawa adakah mayat budak yang ditemui ialah adiknya yang hilang, Mads.

7th Episode Crossroads

Kepala Yasin berdarah2.

Jonas sudah berada di tahun 1986. Dia dilarang untuk mengambil Mikkel. One life for another kata mystery man.

Masa ni dah pening tapi perlahan2 dapat tahu siapa bapa Jonas.

8th Episode  As You Sow, So You Shall Reap

Ulrich menemui ruang masa. Dia ke tahun 1953.

Cerita makin DARK.

9th Episode Everything Is Now

Ok intro jelah tengok macam biasa.

8 ulasan:

  1. Uih lain mcm je cerita ni... cm best pun ye

    BalasPadam
  2. menarik citenya tapi kalau tak de geng memang tak layan tv sbb lebih syok layan novel..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama tak layan novel sebab kalau baca je budak kecik nak baca jugak...

      Padam
  3. Adoiii... ni yang payah kalau dah terjebak kan huhuhu...
    Sejenis cerita lepas nak tengok satu episod nak tengpk lagi dan lagi dan lagii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah berapa Hari tak tengok ni..sejak balik cuti baru layan 2 episode. Haha

      Padam
  4. Balasan
    1. Ni macam tengok tape je wak..anytime free je. Boleh ulang, rewind..hehe..fwd..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.