Ahad, 8 Disember 2019

,

Ikan Bakar Haji Musa, Sungai Duyung, Melaka

Malam kami pun dah lapar jadi pergi makan ikan bakar la apa lagi kan Melaka ni. Kami ke Ikan Bakar Haji Musa di Kompleks Nelayan Sungai Duyung. Dekat je dengan tempat penginapan kami.

Aku pun pilihla ikan..semua besar2 takde yang kecil. Sotong, udang dan kerang. Order2 terus duduk la. Orang belum ramai. So aku pilih ikan siakap masak stim limau, sotong goreng tepung, udang butter dan kerang rebus dan nasi putih 2 pinggan. Air tembikai laici dan laki minum 2 gelas air limau nipis. Aqeel makan nasi lemak satu bungkus. Yang bahagian pedas aku la kena makan.




Ok ni kali kedua kami ke sini. Dulu datang sini makan tahun 2016...lama dah.

Sotong goreng tepung

Kerang rebus ni sedap gila. Mula2 makan macam nak tambah lagi.

Udang butter ni pun sedap...adoila aku amik 10 ke 15 ekor je

Aku mintak stim limau tapi yang sampai macam sup ikan je. Tapi makan jelah..dah rezeki macam ni.

Ni orang marah2 sebab tak dapat jalan2 dalam kompleks nelayan ni.

Total kami makan semua dan air RM109. Air kedai lain..

Balik rumah lega je rasa dah boleh rehat2 sambil fikir esok nak ke mana pulak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.