Akhirnya sampai ke Ayer Keroh jam 3.30 petang. Cuaca macam mendung jadi kami cari tempat yang berbumbung untuk dilawati. So nak masuk Planetarium. Tapi kecewa rupanya macam dah lama tak beroperasi. Sebab Aqlan so excited about planets and so on..siap pakai baju NASA. Takde rezeki jadi kami ke Taman Mini Malaysia Dan Asean.
As usual lepas masuk ada jelah photog suruh ambik gambar. Kalau nak nanti bayarla berapa2 kan sebelum exit.
Sebab dah jam 4 petang kami layan persembahan tarian dulu. Kemudian baru melawat rumah2.. tak semua dapat naik ada rumah ditutup. Ada rumah buat aktiviti, ada jual makanan..last2 bila nak hujan kelam kabut jadi ambil gambar luar rumah je. Sebab semua nak kena buka kasut. Kasut Aqeel la paling lama nak buka..budak kan dia tahu naik dan jalan2 happy sudah.. haha kita lak kena pegang dia dan bukakan kasut.
Mengekek ketawa |
Asyik menengok |
Rumah Sabah
Seram tak. Ambik kayu takik2 buat tangga. |
Rumah Sarawak
Rumah apa tah dah lupa so up je gambar. Kalau nak teka jugak, tengok bendera kat setiap rumah.
Ditutup pada masa ni |
Ada beberapa rumah ditutup juga. Seperti rumah Perak.
Tak berani la nak naik |
Nak main lastik |
1 keping untuk RM1. Belilah 3..2 keping tart dan 1 kek cawan. Rasa tart sekeping tu teringat zaman bakar biskut hangus2 sikit tu. Haha. |
Last hujan makin laju turun jadi laki la buat keputusan nak beli gambar ke tidak...
Harga tiket. |
Kami check in kat Silverscape just ambil kunci dari box yang ditinggalkan owner. Senang ada passcard untuk parking dan lift.
Masuk je rumah, Ya Allah happy nya. Rumah best sangat..ok rumah ni kena ada entry khas lain. Hehe.
p/s maybe ada gambar macam repeat tapi ada sedikit perbezaan. Tulah jadinya bila laki bini masing2 guna HP memasing ambik gambar. Dah beratus2 gambar.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.