Jumaat, 10 Disember 2010

Makan Di Subway

subway just opening new outlet at Jalan Sultan Ismail. i makan yang paling mahal..hehehe..sebab ada kupon. beli 1 free 1. jadi yang free bagi pada kawan yang tolong cuci rumah hari tu..Ping..buat masa ni masih tiada tax. jadi bayar RM12.50 for 6 inch sandwich. weeee...sukerrr..


siapa suka subway? tak dapat nak tunjuk gambar lebih sebab dah makan macam lahap je hari tu..ekekekek

Pernah Makan?

apa kebenda nya pasal makanan lagi............ehehehe jangan tension ok. aku pun da lama tak citer pasal makanan ni. sebagai peminat coklat aku try la coklat ini..
coklat ni tak manis sangat..rasa dia ok-ok je..takdelah nak repeat makan..ahahaha..tapi siapa nak rasa kemudian suka..tryla beli..selamat mencuba!

Nomad Masuk Rumah - Bukan Bilik...weeeeeee

memindah bukan kerja senang. dah pack barang kena unpack pulak...masak!
 angkut dengan keta
 cari kiblat
 cari line internet & wiFi dulu
heheh..pengsan!..almari2 dah masuk bilik. peti ais & washing machine dah kat dapur

lepas ni kena beli tikar getah...huahua...apapun tq to Ping for helping me..

Khamis, 9 Disember 2010

Nomad Bergerak

aku pindah kali ni (sejak keluar dari Bangsar) adalah kali yang ke-4. selalu masuk bilik sewa je. kali ni masuk rumah sewa. bukan senangla nak mencari yang sesuai. aku sampai tiap2 hari balik je kerja pergi web www.caribilik.com. - olx.com.my - mudah.com.my - biliksewa.com.my dan segala macam web. ke 7e pun seminggu sekali, yelah kat situ kan iklan akan ditanggalkan selepas seminggu. 

aku sampai dah tengok 2 rumah. 1 di Hulu Langat- rumah sewa apartment RM370 je sebulan tapi jauhla. kalau gatal2 pergi berjimba sampai tengah malam tu nak balik memang takutla..juga di hujung ampang apa tah nama..aku selalu lupa nama tempat. pergi tahu. apartment juga RM380. tapi...tapi...bilik air problem sikit...

kemudian aku juga berangan nak duduk di taman kosas je bilik jelah tapi....RM350. jadi kecil la nak menampung barang2 aku yang banyak.. bila pergi jenguk..oh cannot la...kemudian nak tengok di Sri Gombak dan Sri Kembangan tapi cancel last2. selalu ditenangkan oleh zcat. actually dah lama aku mencari rumah yang sesuai atau bilik yang sesuai...tapi zcat cakap jangan terburu2.. cuba bertenang, diakhir nanti pasti ada yang terbaik. ok....dengar cakap kejap. selalu melawan je..hahaha..

last2 Ping tanya pada ayah dia. sebab di depan rumah dia ada sederet rumah guru. ada penyewa yang hendak keluar. jadi minta dichop terlebih dahulu. dah rezeki aku agaknya, hari ahad aku dapat berita. isnin pergi isi borang. selalsa bayar deposit. RM330 termasuk air. ok....mampulah harapnya. ehehehe...kenalah cut segala perbelanjaan tak perlu dan membazir. ehehehe..siap cakap nak kena catu diri sendiri. tapi rezeki tak boleh buruk sangka. InsyaAllah ada. jadi aku teruskan je. sebabnya senang family nak datang. dulu duduk2 bujang, susah adik-beradik nak datang ziarah. la ni boleh tidur terusla..jadi aku buat bajet dan kuatkan semangat. proceed je tak fikir2 lagi.

 pack and marking
 my empty room
 1 tonne lorry
the lifters

Dari Singapura

mak ke Singapura October lepas. mak ajak aku tapi timing tak kena dan aku pun bukan ada hati sangat nak balik kampung aku yang "kampungla sangat". haha.. my mom was born at Singapore, so she decide to visit her sister, brother and all relatives who still alive down there. anyway my last time visit is in year 1994. ahahahaha..so long..very long...

ok mak tetap belikan oleh2. 
selain itu ada fridge magnet. citer pasal FM lain kali jelah..ehehehe..

Lunch Bersama Ikut Suka Dia Je...

macam biasa, 1st week every month aku kena ke property yang aku jaga. menunggu orang datang buat bayaran, maintenance staff yang datang nak buat kerja..bosan2 pun kerja jugak. at least takde la duduk dalam ofis aku setiap masa. ehehe..

Bos Subway bagi 1 kupon. aku nak guna nak ajak zcat makan. dia mula2 nak datang makan bersama, lepas itu aku yang tak bagi dia datang. yelah ada ke nak makan dalam ofis maintenance. lepas tu nanti kalau diorang datang tengok kitorang makan together2 tak ke mengganggu je..macam pelik je..ehehehe..nak keluar makan kena beratur mahu lama..yelah semua orang nak guna kupon beli 1 free 1 tu kan..ala korang boleh tengok dlm akhbar The Sun. gunting, bawalah ke mana2 Subway outlet pastu boleh jimat!!! setahu aku boleh guna sampai 16 Dec 2010.

so akhirnya. batal. elok 1230pm call nak datang nak juga pergi makan di KLCC. okay...jom.

 okay pokok krismas yang besar gabang tu dah takde...
 hehe titiber sekaler la pulak
 saya rasa malu~sila abai muka comot..
  Lunch makan beef lasagna kat food court 2nd floor. titiber lupa nama kedai. tapi ini memang favorite aku. sedap lazat...yeay..RM7.99 tanpa tax.
zcat makan nasi ayam..tengok mata melilau entah apa dilihatnya
licin. sedap sangat.

habis makan..haaa....macam2 sms la dia dapat. kantoi keluar lunch dengan aku kawan2 nampak. aku? tak tahulah kalau kawan2 kat Petrosains dulu nampak.

Selasa, 7 Disember 2010

1st Time Memasak Di Rumah Baru

setelah berhempas pulas unpack dan buang lagi barang..er...er...better sedekah je kan..akhirnya tercapaila hasrat nak memasak. maklumla nak memasak takde meja macam mana nak letak dapur...takkan nak memasak atas lantai..hadoi..dapur rumahku kecik..ngam2 je semua benda ni..peti ais, mesin basuh. tong gas, meja memasak, tong sampah bertutup..kira tak boleh dudukla..

jadi aku pun memasak untuk emak. tapi masih mintak tolong emak rebuskan cili kering nak buat sambal udang petai..maaf gambar tiada sebab lapar betul lepas masak terus ngaPpppp!

hari ini kan 1st day Maal Hijrah 1431. jadi mak puasa. jadi mak juga minta telur dadar untuk dimakan dengan ulam raja, timun & kacang botol. kuah takde makan kicap je..hehe..minta maaf mak..tak biasa sangat masak berkuah. dah ada mak kat rumah ni kenala rajin memasak. jika tidak beli je ataupun paling sengal buat cekodok bawang.

agenda memasak terus mencanak2 dalam kepala otak. lepas ni nak masak apa pula. mak aku ni ringkas je orangnya. tapi...tadi dia kata nak masak nasi lemak pula. huahua..santan takde..aku pulak tak suka santan kotak...maka esok kenalah beli groceries. yang untungnya mak dah belikan banyak groceries tapi bahan mentah nak masak takde..hehe..

Isnin, 6 Disember 2010

Mula Mengemas

penat..pindah memang penat..nak pindah kena kemas barang masuk kotak. kena marking sebab tak mahu susah cari barang nanti bila dah unpack. memang berguna kerja marking ni.

aku masih tak dapat nak buat entry bergambar. gambar ada je..gambar pindah randah si nomad. hehe...

elok je aku pindah, malam tu mak telefon tanya aku pindah mana. sekali nak datang esoknya (Ahad). mahu tak kelam kabut aku. mestilah bagi mak tidur bilik sebelah. mak dah macam tahu je bilik lagi satu dia punya. senang nak datang tidur. rasa nak balik kampung akulah yang kena hantar. tak kisah je..cuma sekarang aku punya penat...ya Allah. tak daya..

aku tak dapat keluarkan semua barang juga dari kotak2. sebab rumah ni memang totally kosong. aku kena bawa/beli apa yang patut. 

mak nak kipas, beli...(tapi mak yang bayarkan sendiri) aku nak masak..beli meja untuk letak dapur. lepas tu TV aku elok je pindah masuk dia mati. bagusla......... nasib dapat tgk internet..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...aku nak tgk CSI! 

yang pening sekarang washing machine aku tak dapat guna. tali paip pendek, wayar ke pin point pun pendek. sudahnya kain dah menimbun. kenalah mintak tolong kawan kerja maintenance kat ofis aku buat adjustment.

terasa nikmat berbaik dengan orang ni. kita tolong orang masa ni, Allah akan balas kemudian hari. jadi kawan2 jangan berat tulang bila nak ada orang nak minta tolong. aku kalau sihat, InsyaAllah aku tolong. kadang2 pertolongan datang dari sumber yang tak disangka2. jangan membayangkan wang, kesenangan membuat satu2 urusan juga satu nikmat. bacalah ayat 1000 dinar ya. pagi2..1 kali pun takper.

Sabtu, 4 Disember 2010

Mencari Kiblat

okay akhirnya dah pindah hari ni yeay!. lepas semua brg diangkat, mestilah kena susun kan. tapi aku tak susun. biarkan semua brg kat depan. except peti ais, mesin basuh dan tong gas memang letak di dapur siap2. kemudian almari pun dah masukkan dalam bilik. 

selepas dah angkut semua tu mestilah cari kiblat dulu..kelakar tak pandai guna kompas. beria2 tengok manual. kena cari 80 untuk Selangor. in the end yang jumpa kiblat Ping juga.

kemudian mencari line internet. aku kan pakai P1 wimax. modem harus ditingkap.. sekarang best jelah modem duduk atas kotak. nanti aku dah kemas mana pulak aku nak letak dia. hehe..

siaran TV gagal cari frekuensi. jadi akan berusaha. kepenatan tak hilang. fikir nak tidur je. walhal dalam perut bukan main lapar.

Jumaat, 3 Disember 2010

Ingat Nak Menyapu Je..

lepas balik kerja, mandi solat semua lepas Isyak baru ke rumah sewa baru. aku datang nak sapu sampah dan buang segala tinggalan penghuni terdahulu. macam biasa aku pergi jengah rumah Ping. hari ni masuk parking dalam pagar batu...ko hade? sekali seorang jiran keluar tengok aku dari pintu rumah dia. aku pun selamba turunkan tingkap cakap aku penghuni baru. siap parking, panggil Ping minta tolong..hehehe..masa tu uncle dah keluar sambil senyum2.

masuk rumah, aku pun mengutip sampah sarap. Ping menyapu. Uncle pulak letak minyak pada jeriji tingkap. ketat sangat tak dapat buka.
masa pergi buang sampah, tiba2 aku ditegur dari belakang. " hai duduk mana?" aku pun confuse siapa pula berani tegur2 aku ni. pantang betul aku kena tegur dengan tiba2 di malam2 hari ni.. sekali aku jawab " saya duduk sana".. sambil tunjuk deretan rumah guru. sambil tu juga aku tengok rupanya polis didalam kereta polis. ok. aku rilek je. tanya lagi.."cikgu ke?" aku cakap bukanla..menyewa aje. lepas tu mereka pun pergi. haha..tiba2 seorang Melayu tinggal di kawasan penduduk Cina memangla pelik kan..

masuk rumah, Ping pun ajak terus cuci. la..ingatkan nak datang malam sabtu cuci dengan samak. sekali malam ni semua buat terus. Uncle dengan auntie pun datang tolong jirus, siram, menyapu air. berjemaah tiba2. aku pun rasa terkejut dan berterima kasih kepada mereka. sambil2 basuh ada jiran datang menjengah tanya aku lagi.."duduk sini ke?"..aku jawab jelah ya.. alamak jangan ada yang busy body dah..bukan nak MYOB, tapi setakat itu sajalah pertanyaan oklah. lebih2 aku pun penat nak cari idea nak jawab..hehe..

lepas dah cuci dengan sabun basuh, jirus air la..kemudian baru menyamak dengan sabun tanah liat. aku berdoa je semoga hilang was-was aku. bukan apa, sebelum ni penghuni berbangsa Cina. lelaki bujang dan tak pernah memasak pun. tapi sekadar nak menghilangkan rasa tak sedap hati. aku terangkan juga pada Ping. mujurlah dia faham. dan inilah kali pertama aku buat kerja menyamak. Ya Allah, semoga sucilah rumah tu dan mudahlah aku nak beribadah dengan tenang. Amin.

Rabu, 1 Disember 2010

Sakit Pinggang dan Tertikam Diri Sendiri

sekarang hari2 pek barang. dah bersusun2 kat hall rumah tu. housemate faham takpe..kalau housemate tak faham mari aku bagitahu...aku nak pindah hari sabtu ni.  itu ikut perancangan.

dah berkotak2 barang siap di"seal". yang nak pakai lagi pun masih ada je dalam almari. baju2 yang tak dicuci pun masih ada...arghhhhhhhh tertekan.

basuh semua yang patut..simpan apa yang patut. tinggal apa yang nak diguna 2-3 hari ni. buang semua yang retak/rosak. sedekah mana yang rasa tak nak pakai.

sudahnya pinggang dah sakit sebab aku berdiri terlalu lama. berjam-jam. aku bukan jenis kemas duduk atas bangku. TV on tengok cerita tah apa2 tapi tak concentrate. tapi tadi dengar2 juga KES pasal Mona Fendey bunuh Datuk Mazlan. eeee dekat tak dekat dengan kampung aku je tempat kejadian tu. tahun 1993..dah lama kan. lepas itu tengok Bersamamu. cerita pasal orang2 pekak. mereka pergi sekolah dah belajar bercakap menggunakan isyarat tangan. lama2 mereka boleh bercakap tapi gagap. cikgu2 sekolah tu ada yang menangis bila anak2 murid dah boleh bercakap macam orang biasa yang gagapla. aku pun teremosi sekali.

kemudian basuh gunting dapur. masa nak keringkan gunting itulah aku tertikam lengan kecil aku..hehehe...huhuhuhu dah ada satu line cantik punya. esok mesti pedih. kemudian mulalah berparut. wawawawawa!!!!!