Jumaat, 3 Disember 2010

Ingat Nak Menyapu Je..

lepas balik kerja, mandi solat semua lepas Isyak baru ke rumah sewa baru. aku datang nak sapu sampah dan buang segala tinggalan penghuni terdahulu. macam biasa aku pergi jengah rumah Ping. hari ni masuk parking dalam pagar batu...ko hade? sekali seorang jiran keluar tengok aku dari pintu rumah dia. aku pun selamba turunkan tingkap cakap aku penghuni baru. siap parking, panggil Ping minta tolong..hehehe..masa tu uncle dah keluar sambil senyum2.

masuk rumah, aku pun mengutip sampah sarap. Ping menyapu. Uncle pulak letak minyak pada jeriji tingkap. ketat sangat tak dapat buka.
masa pergi buang sampah, tiba2 aku ditegur dari belakang. " hai duduk mana?" aku pun confuse siapa pula berani tegur2 aku ni. pantang betul aku kena tegur dengan tiba2 di malam2 hari ni.. sekali aku jawab " saya duduk sana".. sambil tunjuk deretan rumah guru. sambil tu juga aku tengok rupanya polis didalam kereta polis. ok. aku rilek je. tanya lagi.."cikgu ke?" aku cakap bukanla..menyewa aje. lepas tu mereka pun pergi. haha..tiba2 seorang Melayu tinggal di kawasan penduduk Cina memangla pelik kan..

masuk rumah, Ping pun ajak terus cuci. la..ingatkan nak datang malam sabtu cuci dengan samak. sekali malam ni semua buat terus. Uncle dengan auntie pun datang tolong jirus, siram, menyapu air. berjemaah tiba2. aku pun rasa terkejut dan berterima kasih kepada mereka. sambil2 basuh ada jiran datang menjengah tanya aku lagi.."duduk sini ke?"..aku jawab jelah ya.. alamak jangan ada yang busy body dah..bukan nak MYOB, tapi setakat itu sajalah pertanyaan oklah. lebih2 aku pun penat nak cari idea nak jawab..hehe..

lepas dah cuci dengan sabun basuh, jirus air la..kemudian baru menyamak dengan sabun tanah liat. aku berdoa je semoga hilang was-was aku. bukan apa, sebelum ni penghuni berbangsa Cina. lelaki bujang dan tak pernah memasak pun. tapi sekadar nak menghilangkan rasa tak sedap hati. aku terangkan juga pada Ping. mujurlah dia faham. dan inilah kali pertama aku buat kerja menyamak. Ya Allah, semoga sucilah rumah tu dan mudahlah aku nak beribadah dengan tenang. Amin.

7 ulasan:

  1. InsyaAllah bersih dah tu..eri chan yakin je ok...sabun samak?kat mana nak beli tu?

    BalasPadam
  2. ko pindah mana lak skrang??? sama la ngan umah sewa aku skrang nie..dulu pun cina jugak penghuninya..masuk rumah siap samak bagai..ngan air tanah..hahaha adoi penat aku nak tonyoh tanah tue last skali..

    BalasPadam
  3. insyaAllah bersih lah tu sis...
    sronok gak cuci2 rumah berjemaah nie...

    BalasPadam
  4. hanim; beli sabun nama taharah. dia sabun tanah liat. nak cari tanah satu hal weh...karang jadi dosa lak terambil tanah orang.

    purple; sakit belakang la hari ni. jari pun lenguh2..

    rasp; iyer seronok main air kasi rumah banjir.

    BalasPadam
  5. kalau ko tak was was...Insya Allah di jamin...beb nak gi nak gi jengukkkkkkk

    BalasPadam
  6. ko dtg dgn ann senang nok.sekali arung..hahahah...tapi kelakar rumah aku tak bais setup lagi la..ann tau umah aku celah mana

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.