Selasa, 7 Disember 2010

1st Time Memasak Di Rumah Baru

setelah berhempas pulas unpack dan buang lagi barang..er...er...better sedekah je kan..akhirnya tercapaila hasrat nak memasak. maklumla nak memasak takde meja macam mana nak letak dapur...takkan nak memasak atas lantai..hadoi..dapur rumahku kecik..ngam2 je semua benda ni..peti ais, mesin basuh. tong gas, meja memasak, tong sampah bertutup..kira tak boleh dudukla..

jadi aku pun memasak untuk emak. tapi masih mintak tolong emak rebuskan cili kering nak buat sambal udang petai..maaf gambar tiada sebab lapar betul lepas masak terus ngaPpppp!

hari ini kan 1st day Maal Hijrah 1431. jadi mak puasa. jadi mak juga minta telur dadar untuk dimakan dengan ulam raja, timun & kacang botol. kuah takde makan kicap je..hehe..minta maaf mak..tak biasa sangat masak berkuah. dah ada mak kat rumah ni kenala rajin memasak. jika tidak beli je ataupun paling sengal buat cekodok bawang.

agenda memasak terus mencanak2 dalam kepala otak. lepas ni nak masak apa pula. mak aku ni ringkas je orangnya. tapi...tadi dia kata nak masak nasi lemak pula. huahua..santan takde..aku pulak tak suka santan kotak...maka esok kenalah beli groceries. yang untungnya mak dah belikan banyak groceries tapi bahan mentah nak masak takde..hehe..

3 ulasan:

  1. kirenye kalau mak x dtg memang x masak la ye?

    BalasPadam
  2. masuk rumah baru best! yg tak best nak mengemas tu..nak i tulun ke??? *wink

    BalasPadam
  3. benrauf; masakla..sekali sekala...eheheh

    MDT; takpe..dah siap puns..cuma adala lagi part nak kena upgrade kasi lawa..huhu

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.